Sunday 20 September 2009

Coretan Eidulfitri


Riuk pikuk suara budak kecik menyatakan kegembiraan ke atas perayaan eidulfitri. Terutama bagi budak2 yang baru nak merasa hari raya. Al-maklumlah baru nak merasa besor. Kita selalu dengar perkataan ni "kalau x puasa mane leh raye...raye utk org puasa je", berkata ibu kepada cucu2 nya sambil tersenyum.

Kesian........

Tapi nak bagi senyum senang je...hulur duit rayer sudeeehh.huhu.
Ada sekali tuu tanye la dengan si Daniel ( anak sedara )..
Aku : Daniel, seronok x raya?
Daniel : Best...leh makan banyak2!!
Aku : Tadi makan ape?
Daniel : Makan kuih je, tp nanti leh makan maggi.

Haha... Macam2 la budak kecik ni.

Dah la..perutusan ni juz nak ucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf dari hujung kepala hingga hujung buku lali..eh, Hujung rambut hingga hujung kaki..
Mungkin di sepanjang coretan aku di dalam dunia blogger ni ada menyinggung mana2 pihak. Sesungguhnya, aku ini adalah insan yang lemah dengan penuh keHINAan!
Pada, sahabat2 sekelian yang sentiasa mendorong aku, akhi fadil, mizan, keri, zaim, luqme, along, hassan, imran, azlif, aizad, adik madi, adik razmi, adik poji, adik syukri, akhi muiz & sume lah yang terlibat secara lansung or x lansung. Sorry, jika ada yg x tersebut name. Tak lupe juga kepada bonda tercinta yg sentiasa sibok mengemas rumah di saat2 terakhir. Letih mak.....gatal hidung main dengan habuk2..huhu. Tapi xpelah, letih dalam keadaan berpuasa!
Hem....ok lah. Nak beraya lak & nak melayan budak2 kecik nih. Macam2 pe'el ada. Bye2 smoga Ramadhan yang lalu diberkati olehNya dan semoga sempat kita temukan Ramadhan tahun hadapan! Ma'assalammah.... Wassalam =)

Friday 18 September 2009

Sahabat dan Ramadhan!


Hari ni adalah hari terakhir nya bagi aku dan kamu sekelian yg menganuti Islam berpuasa... Rasa sayu je nak tinggalkan Ramadhan tahun ni. Jujur aku bagitahu yang Ramadhan kali ni banyak memberi makna buat aku sebagai khalifah di muka bumi ni...

Pertama, dengan nafas syukur ku pada Illahi aku bercoret di atas laman ini utk menyatakan kesyahduaan aku pada insan bernama "SAHABAT"....

Baru sehari aku terpisah dengan mereka, terasa seperti beribu tahun tak berjumpa kamu sahabat. Sebab ada yang balik kampung, tak bagitahu. Jadi, aku tertunggu nak ungkapkan kata terakhir sebelum mereka menjemput Syawal bersama keluarga masing2. Dah la kamu tinggalkan aku, Ramadhan pula yg akan berlalu pergi... Sedih... Sayu... Lesu.... Arghhh... Rindu....

Sempatkah aku bertemu kembali dengan Ramadhan tahun depan?
Sempatkah Allah temukan kita kembali sahabat??
Aku bukan hipokrik, tapi aku luahkan hati ku ni kerana terasa sebak bila menulis. Rindunya pada kamu. Ramadhan dan Sahabat!!!

Monday 14 September 2009

Foto-foto candid di sekitar kem akhlak dan sahsiah 2009

Ahhh...x suke la kem ni...krrroooohhh!!!



Hahahahahahahahaha.........



Aceeewaaahhh...penuh bergaya merenung mase dopan!


Name saye Mat, panggil saje saye Abg Mat...



Akhi along semakin gah di persada pencalonan...haha


Loloq mataku, hanya Tuhan saja yg tahu....huhu

Ape kena dengan kamu adik Isroy??
p/s: Isroy tu bdk tahfiz.dah 23 juzu'


Akhi Poji mentelaah kuku nya...

Gambar2 ni gambar candid, tentu nya si tuan pemilik tak perasan...rase nak tergelak sorang2 jgk kalau tengok gambar2 ni.hehe....
x-ctlly enjoy la dengan gmbr2 ni. Sorry ye kepada gambar2 yg terpakse dipostkan dalam blog ni. JGN! saman sudah....



Friday 11 September 2009

Akhirnye...terhasil juga kombinasi mereka!

Alhamdulillah terlaksana jgk lagu Aidilfitri kombinasi dua kumpulan yang popular di Malaysia iaitu Raihan dan Hujan...

Baru² ni diorang wat persembahan di 'Melodi Raya' baru-baru ini. -foto TV3



Wah...bestnye.. Saya nak download lah lagu diorang. Tajuk lagu "Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda".. Mesti best kan??

Actually, korang pun leh download, carenye tak kan nak ajar jugak kot... Ikuti dialog mereka dengan mstar (klik disini)

Hadis tentang ; mereka yang rugi pada bulan RAMADHAN!!

Daripada Ka'ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Hadirlah ke mimbar."

Maka kami semua pun hadir.

Apabila beliau naik satu anak tangga mimbar, beliau berkata, "amin"
dan apabila naik anak tangga yang kedua, beliau berkata "amin" dan apabila beliau naik anak tangga yang ketiga baginda berkata "amin."

Apabila beliau turun, kami telah bertanya,
"Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar."

Baginda bersabda,
"Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata :
  • Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin."

"Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata :

  • Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan di depannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata, amin."

"Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata :

  • Binasalah dia yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata "amin."(Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)

Thursday 10 September 2009

10 malam berbaki...

Assalamualaikum w.b.t..
Dah lama sangat tak mencipta posting terbaru... Mungkin kerana malas.. Mungkin kerana sibok?? or mungkin disebabkan kelesuan idea... Tapi apa2 pun kpd2 pengunjung melodiperjuangan, syukran diucapkan kerana sudi melawat blog saya yang lesu dengan idea2 menarik dan lemah mengupas isu2 terbaru masa kini...

Namun, kesempatan yang ada menarik ingin berkongsi cerita tentang mujahadah kita di bulan Ramadhan ni... Pejam celik, pejam celik... Rupanya kita dah berada di penghujung Ramadhan.. Kalau bagi orang2 beriman, mereka akan menangis menitis kan air mata kerana rindunya pada bulan Barokah ni taktala Allah hadirkan pula malam yang besar ganjarannya dari malam seribu bulan yakni Malam Lailatul Qadr.


Kalau di POLISAS, ada program di 10malam terakhir.... Nak join bleh ler...
Program ni anjuran kamsis al-Biruni... Menarik dan tahniah saya ulungkan ucapan kepada pihak pengajuran kamsis al-Biruni.

Saya terus kepada penceritaan di 10 bibik2 terakhir Ramadhan ni, kalau nak diperhatikan memanglah kebanyakan kita sibok mencari juadah2 raya, baju2 raya, kelengkapan2 raya.... Nasib baik tak repair jalan raya..huhu.. Tapi renung2 kan, sejauh mana pula kita ni sibok mempersiapkan diri, mengukuhkan iman untuk memanfaatkan bulan Ramadhan ni?? Adakah sekadar berpuasa untuk mencipta perayaan. Tak dinafikan hari raya eidulfirti adalah hari kemenangan bagi umat Islam tetapi ia hanyalah sekadar renungan kita bersama....

Adakah kita sudah bersedia??? Kerana bila mana berakhir nya Ramadhan terlepas mereka2 yang bergelar SYAITAN.. Adakah kita sudah mempersiapkan jentera Aqidah, senjata Iman, bisikan zikrullah, ukiran syahadah?? Untuk apa?

Untuk menempuh hari2 mendatang yang penuh dengan fitnah dan pancaroba!
Sampaikan lah ucapan selamat tinggal mu pada Ramadhan jika masih hanyut dibuai MAKSIAT!! Masih selesa kee?? Mati itu datang tak syarat nya sakit dan Mati itu datang tak syarat nye tua. Kalaulah Mati itu dianugerahkan kepada warga2 tua, maka bersenang2, berpesta rasta lah golongan2 muda kerana mereka tahu akan Matinya mereka pada usianya tua...

Mari kita sama2 memburu Lailatul Qadr dengan keadaan kita bersedia tunduk akur dengan penuh mujahadah agar kita tak tergolong di kalangan orang2 yang ingkar kepada Allah.. Nauzubillah!!!

Tuesday 1 September 2009

Di sebalik kena 'tagged'...

Assalamualaikum...
Sebelum nak mula buat assignment or lab report or something else, biasalah kalau dah ada blog ni mesti la tengok blog sendiri jenguk² kot..kot...ada komen baru ke. Tapi takde...huhu. Tiba² menyinggah ke blog xikree sebab tengok die sedang rancak mem'posting'. Terbaca lak satu artikel tentang tagged mengtagged ni. Rupe² nye aku pun kena tagged oleh si insan bernama xikree ni. Klik sini untuk baca artikel beliau...

Aku tak paham ape motif di sebalik tagged ni tapi dengan rase hina diri, aku cubalah menjawab soalan² yg mencabar ni...


Nama timangan anda

  • Asraf
  • Acak
  • cap....
  • Achik (kalu ank sedara)

Anda seorang yang

  • kuat bebel
  • kdg pendiam
  • suka tersenyum.... =)

Lagu feveret

  • Ape² yang boleh menginsafkan diri, muhasabah dan keTuhanan.

Makanan kegemaran

  • Halal dan toyyibah
  • Masakan mak semestinya...

.................-->sila tanya hua sheng...

  • ape ni??? hua sheng ni bukan ke jenama biskut merry?!
  • ^_^

Warna kesukaan

  • Semua yang ada pada cheloreng askar. Cari ar...

Benda yang mesti ada dalam beg

  • Beg duit kena ada duit
  • Beg buku kena ada buku
  • Beg balik kampung kena ada kampung...wahahaha

Kali terakhir anda menangis

  • Bila aku berhadapan dengan Allah (rahsie......)
  • Bila menatap pusara ayahanda (tahun lepas)
  • Bila beban ujian yang tak mampu dipikul walau sebenarnya mampu (baru lagi tp x ingat)
  • Bila mendengar lonjakan² jihad spt doa wehdah, laungan takbir (1 ogos 09)

Sikap yang buat anda strezz

  • Member yang suka beralasan ada assingment bila mintak tolong, macam aku ni tak ada asgment?
  • Nak pinjam barang tp memaki hamun. Hampeh...

Tag 6 rakan anda

Yang tersebut di dalam list of sixth members tagged, sila jalankan tugas sebagai seorang blogger yang telah di tagged. Haha... Caranya, hanye menjawab soalan² yang diseneraikan. Copy n paste je... Tq! Tugas hamba dah selesai.