Monday 30 November 2009

Solat Jumaat di Masjidil Haram dan di sebaliknya...





MasyaAllah...sampai kat jalan raya depan Hotel Lee Meriddien orang solat Jumaat. Kalau lah jumlah sebegini yang benar-benar memperjuangkan Islam seperti zaman khulafa' Ar-rasyidin, zaman Bani Abasiyyah dan zaman-zaman seterusnya;
  • sudah tentu dunia ini dimiliki oleh orang Islam.
  • sudah tentu Masjidl Aqsa milik Islam.
  • sudah tentu 2/3 dunia atau lebih ditakluki oleh Islam.
  • sudah tentu sistem khalifah kembali mekar.
  • sudah tentu al-Quran dan as-Sunnah panduan dalam segala aspek, bukannya retorik, ideologi, gagasan, polemik, tipu daya orang Yahudi dan Nasrani!!!

Tapi malang jumlah ini seperti buih-buih di lautan. Tak boleh buat ape-ape untuk dunia? Terlalu sayang...dan jumlah ini lah yang terhanyut dengan sosok pemikiran Yahudi seperti budaya Hedonisme (suka berhibur) serta malangnya pemimpin mereka melunaskan/mengiktiraf perkara ini...

Jawabnya, mereka tidak bersedia dan mereka takot untuk membicarakan apa-apa tentang Islam, kerana mungkin mereka ini terikat dengan suatu perjanjian yang mana isi kandung perjanjian itu menjanjikan harta, kuasa, nama dan sebagainya. Impak daripada perjanjian itu, mungkin mengimpikan sebuah negara yang aman dan sentosa. TETAPI....

adakah kita rela duduk dalam keadaan bermaksiat?? ataupun kita sanggup hidup dalam kedaan melaksanakan hukum hakam Islam seperti terkandung dalam Kitabullah (al-Quran nul kareem) tetapi negara itu diganggu oleh barat?

Sama-sama renungkan... ;)

Wednesday 25 November 2009

Kuat beralasan...

Sememangnya hidup dalam kelompok yang sentiasa inginkan kebaikan adalah hidup yang sukar nak ditemui. Lebih-lebih lagi, sesuatu kelompok itu dikatakan mendokong perkara-perkara kebaikan, ia mendapat keberkatan dari Illahi di atas dokongan mereka.

Di suatu masa, bila mana datangnya seorang hamba Allah ini kepada seorang Imam, maka ditanyakan 3 soalan yang sentiasa berlegar di mindanya sejak mengenali Islam...
Justeru, bermulalah pertanyaan beliau :- Di mana Allah, Sakitkah Syaitan jika dihumban ke Nereka dan apa itu Takdir??

Tiga soalan itu dijawab mudah oleh tok Imam berkenaan...
PAAAANNNNGGGG!!!!!



gambar hiasan

Satu putaran momen berhalaju tinggi yang dikenakan beban tangan menuju tepat ke wajah Hamba Allah berkenaan. "Aduhhhh...", mengherdik beliau. Maka disimpulkan cerita, sebenarnya tamparan itu sudah terjawab ketiga-tiga soalan yang ditanyakan. Fikir-fikirkan jawapannya...

Jadi dalam konteks berpasukan atau erti kata lain berJemaah, tidak wajarnya menimbulkan perkara-perkara yang merumitkan keadaan. Seperti contoh: suka beralasan, menimbulkan fitnah, berperang sesama sendiri dan seangkatan dengannya...

Apa yang saya nak "higlights" kan di sini adalah sikap suka beralasan dalam sesuatu kerja. Sebab apa lahirnya perkara macam ni? Saya tafsirkan di sepanjang pengalaman saya berada di dalam organisasi,

  1. Pertama ; bila berlakunya pertembungan di antara tanggungjawab kerja berorganisasi dengan tugas individu (rehat, study, basuh baju etc. etc.), maka perkataan "sibok", sangat popular digunakan ketika ini. Sibok kita dengan urusan dunia, adakah beruntung untuk hari akhirat? Apakah persoalan-persoalan utama yang Allah akan soalkan pada kita? bukankah TANGGUNGJAWAB @ AMANAH itu persoalan yang utama di Mahsyar kelak
  2. Kedua ; bila arahan yang dikeluarkan ketika itu, tidak gemar @ tak seronok nak buat, sebab dia bekerja kerana kesoronokkan diri dia sendiri. Bukan bekerja untuk kepentingan Islam.
  3. Ketiga ; orang yang memimpin sesebuah organisasi tu, bukanlah dari persetujuan dia, maka dia tak redha kepimpinan ketuanya. Jadinya, nak pilih ketua kena dengar cakap dia sorang shj bukannya dari majoriti pemilihan.
  4. Keempat ; cuba menyembunyikan sesuatu perkara MAKSIAT dibelakang ketuanya, sehingga kan bila sesuatu mesyuarat diadakan, dia malu menghadirinya dan cuba mencipta alasan yang pelbagai.

Organisasi menjadi tidak KEMAS sekiranya masih terdapat ahli-ahli yang begini. Umpama memandu kereta dengan tayar yang yang bocor. Tayar yang bocor diibaratkan ahli yang beralasan....Malas........hipokrit.......nafsi-nafsi...... Sukarlah terdapat ahli yang begini, dan mudahlah jika ia tersingkir sebagaimana Salahuddin al-Ayubi membersihkan kerajaan Mesir daripada pemimpin2 yg tak ada kepentingan. Bijaklah tindakan beliau walaupun di sekelilingnya timbul pelbagai fitnah dan bahan mengumpat.

Salahuddin menyingkirkan mereka ini untuk memudahkan pengurusan kerajaan pada ketika itu dan tidak mahu kebocoran rahsia kerajaan tersebar dari mereka-mereka yang menyusahkan ini. Termasuklah ancaman daripada tentera Salib pada ketika itu yang mana mudahnya tentera Salib ini menghulurkan wang kepada pemimpin2 Mesir demi mengetahui rahsia kerajaan Mesir hatta menghancurkan tentera Islam yang sangat dikagumi dengan strategi peperangan lebih-lebih lagi ia dipimpin oleh Panglima Salahuddin al-Ayubi pada ketiku itu

Inginkah kita mengembalikan nostlagia kepimpinan Islam seperti kisah di atas?? Adakah kita bersedia ke arah itu?? Jadi, JANGAN BERALASAN jika gerak kerja Islam diperlukan. Moga Islam akan terus mekar di bumi Allah ini. Insyallah...

Sunday 8 November 2009

WAH!!! Cantiknya... alam Tuhan





























Sekadar perkongsian untuk semua. Hayati keindahan Tuhan....

Saturday 7 November 2009

Buat penonton Kelantan (final Piala Malaysia)

Bila tengok perlawanan akhir piala Malaysia baru-baru ni, rasa kecewa sungguh dengan penyokong Kelantan. Dengan sifat membrontak nya mereka, sikap fanatik nya mereka, cara mereka melepaskan geram!! Seolah-olah sedang menetang puak2 kuffar dalam peperangan.

Kalau berperang nak menegakkan Islam tak pe lah... Sebab Islam kalah dalam peperangan dan demo nak zahirkan kemarahan demo. Itu tak pe lah bagi saya. Sebab ia melibatkan agama!!
Ni yang sadis nya "frust" sebab tengok bola. Ape ke hal nya demo ni??

Paling saya sedih nya dengan penyokong Kelantan ni, bila dengan tak de perasaan nya membakar kerusi sesuka hati, membuang/membaling botol2 ke arah pengadil @ pengawal keselamatan @ bomba, membakar mercun dan yang seangkatan dengannya...

Itu isu di luar padang, dalam padang pulak timbul pulak beberapa pergaduhan kecil antara pemain yang berkemungkinan di atas sikap penonton-penonton yang mengapi-api kan pemain di dalam padang sehingga timbul beberapa insiden yang memburukkan sejarah bola sepak tanah air.


kredit to : http://justkhai.com/blog

Bukan dekat stadium bukit jalil je yang berlaku perkara2 macam ni, dekat kafeteria Asrama pun ada jugak penyokong Kelantan sorang ni yang sangat fanatik macam mereka. Saya ingatkan dekat stadium je ada peristiwa baling2 botol ni, rupe-rupe nya dekat tempat yang saya tengok tu pun ada yang baling2 kerusi. Nyaris-nyaris pulak nak bergaduh dengan sorang ni sebab sorang ni tegur jangan rosakkan barang Asrama. Tapi ape boleh buat, mereka sungguh fanatik!!!

Niat saya bukan lah nak menghentam pihak kerajaan negeri Kelantan, tetapi niat saya nak mengembalikan kesedaran penonton-penonton Kelantan supaya sikap "fanatik" tu harus dikurangkan ke tahap yang rendah. Dan jangan terlalu OBSES di atas satu-satu perkara.... Buat pasukan Kelantan, janganlah kecewa di atas kekalahan. Itu semua adat permainan, hatta kalau kita main konda-kondi pun PASti ada yang akan kalah....

Cuba lagi untuk musim2 hadapan dan saya suka gol terakhir tu. Gol yang dijaringkan Indra Putra Mahyuddin (macam David Beckham)...huhu. Tahniah di atas jaringan dan Takziah di atas kekalahan!!!

p/s ; gambar ni juz nak tunjuk Indra Putra, bukan gambar final Piala Malaysia

Monday 2 November 2009

Bayi satu mata - satu KEJUTAN!!!

Assalamualaikum..

Kali ni nak menyingkap kisah seorang bayi yang bermata satu, diperayai "Dajjal" dan ini tersebar luas dalam email selama hampir sebulan lalu. Wartawan Isu dan Berita Hangat cuba menyiasat kebenaran berita tersebut. Sekiranya berita ini benar, maka benarlah dunia ini sudah di ambang kiamat....

Gambar 1.1; bayi yang bermata satu



Sebenarnya, apa yang dialami oleh bayi ini adalah dari sejenis penyakit iaitu Cyclopia, di mana bayi tersebut dilahirkan dengan memiliki satu mata..

Gambar 1.2 ; Bayi yang dikatakan Dajjal


Tempat dan tarikh saya tak pasti dimana dan bila. Saya cuba buat pencarian dan harapnya perkongsian ini sebagai PERINGATAN untuk kita semua. Kalau benar2 sohih berita ini, maka tunggu lah bermulanya janji Tuhan...................................

Jom kita baca hadith Rasulullah berkaitan dengannya.

Hudzaifah bin As-yad Al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang tiba-tiba datang Nabi Muhammad SAW kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang Hari Kiamat".
Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat 10 tanda :-
  1. Asap
  2. Dajjal
  3. Binatang melata di bumi
  4. Terbitnya matahari di sebelah barat
  5. Turunya Nabi Isa A.S
  6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  7. Gerhana di timur
  8. Gerhana di barat
  9. Gerhana di jazirah Arab
  10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Kesohihan bayi itu masih lagi dikaji, namun kita jangan alpa dengan maksiat dunia sebab kiamat kecil ; MATI akan datang bila-bila masa shj....wassalam