Hari ni adalah hari terakhir nya bagi aku dan kamu sekelian yg menganuti Islam berpuasa... Rasa sayu je nak tinggalkan Ramadhan tahun ni. Jujur aku bagitahu yang Ramadhan kali ni banyak memberi makna buat aku sebagai khalifah di muka bumi ni...
Pertama, dengan nafas syukur ku pada Illahi aku bercoret di atas laman ini utk menyatakan kesyahduaan aku pada insan bernama "SAHABAT"....
Baru sehari aku terpisah dengan mereka, terasa seperti beribu tahun tak berjumpa kamu sahabat. Sebab ada yang balik kampung, tak bagitahu. Jadi, aku tertunggu nak ungkapkan kata terakhir sebelum mereka menjemput Syawal bersama keluarga masing2. Dah la kamu tinggalkan aku, Ramadhan pula yg akan berlalu pergi... Sedih... Sayu... Lesu.... Arghhh... Rindu....
Sempatkah aku bertemu kembali dengan Ramadhan tahun depan?
Sempatkah Allah temukan kita kembali sahabat??
Aku bukan hipokrik, tapi aku luahkan hati ku ni kerana terasa sebak bila menulis. Rindunya pada kamu. Ramadhan dan Sahabat!!!