Friday 27 August 2010

Friday the 13th...satu helah

Anda pernah menonton filem "Friday The 13th?" Saya tak pernah menontonnya, tapi bila saya search di google dan type keyword "Friday The 13th", saya boleh bayangkan bagaimana filem ini ditayangkan dan isi kandungan filem tersebut. Sudah tentulah ia berkaitan dengan kisah pembunuhan dan berunsur seram.

TAPI!!
Adakah anda tahu kenapa pengarah filem ini memilih hari jumaat dan angka 13??


Jom kita semak rukun solat kita bersama fadilatnya...

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


Rukunlah 13 ini lah yang kita amalkan setiap hari, jika tingal salah satunya, tidak sah lah solat kita. Dan di dalam 13 rukun yang kita kerjakan ini, bersama2 nya fadilat yang amat bermakna untuk kita. Sebenarnya ia mendidik kita untuk lebih khusyuk dalam mengerjakan ibadah.

Bagamaimana pula dengan Hari Jumaat yang dipilih oleh pengarah "Friday The 13th"? Seperti yang sedia maklum, Hari Jumaat lah penghulu bagi segala hari (sayyidul ayyam). Hari Jumaat lah hari untuk semua umat Islam berhimpun mempendegarkan khutbah seperti yang pernah dilakukan Rasulullah, para tabi' dan tabi'in.

Anda perasan kan? Mereka orang2 kafir sangat MEMBENCI angka 13 dan hari jumaat!! Untuk menzahirkan kebenciaan mereka, mereka mengarahkan sebuah filem yang sangat seram dan secara tak lansung mendoktrinkan pemikiran manusia supaya membencikan apa yang mereka benci dan takotkan. Jelas di sini, ia adalah satu helah dan tipu daya.

Firman Allah dalam surah Ali-Imran : 54,
"Orang-orang kafir membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya"

Wallahu'alam.

Thursday 26 August 2010

Refresh tahap Mandi Junub kita...



" Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing.. " terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


PANDUAN TAMBAHAN
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Tuesday 24 August 2010

Salam Ramadhan Kareem!

Rasanye belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Bulan Ramadhan terkandung kerahmatan Allah yang tidak putus-putus.

Jom kita 'refresh' balik Iman kita. Yang berdosa, perbanyakkan taubat. Yang lalai, perbanyakkan selawat. Yang lemah, perbanyakkan dzikir. Yang sakit, perbanyakkan tahjud. Yang mudah lupa, kurangkan tidur perbanyakkan bacaan al-Quran. Yang susah, perbanyakkan doa...

Sia-sialah puasa sekiranya seseorang itu tidak berbuat apa2 untuk dirinya dengan Allah. Jangan pula beralasan takut ditimpa dosa dengan tidur seharian. "Topup" iman dengan Taqwa bukan sikap sambil lewa.

Kita boleh berbangga dengan diploma, ijazah atau PhD di universiti2 terpilih tapi bagaimana dengan pengajian kita di Universiti of Ramadhan?? Kita juga boleh berbangga dengan projek akhir dari pelbagai bidang, tapi macam mana pula projek akhir kita dalam bulan Ramadhan?? 10malam terakhir, Rasulullah tinggalkan rumah dan banyak berada di masjid. Orang-orang beriman menangis meninggalkan Ramadhan tetapi mereka yang sebaliknya gembira meninggalkan Ramadhan dan menyimpan dendam syahwah untuk ditebus di bulan berikutnya.

Ayuh semua kita jejaki Lailatul Qadr di 10 malam terakhir. Saya berdoa untuk diri saya dan pembaca, supaya ditemui Laitul Qadr yang dianggap malam 1000 bulan. Usah tinggalkan tahjud walaupun semalam kerana yang ditinggalkan itu lah yang dicari. Ikhlaskan hati dan kuat berusaha, insyaAllah akan ditemukan. Allah merindui suara hambaNya yang meminta di waktu malam...

Kita semua insan yang penuh dengan dosa, apa tidaknya?? Keluar sahaja rumah, kita sudah nampak dosa, sudah nampak maksiat, sudah dengar fitnah, apatah lagi di tempat yang lain dalam suasana kita di akhir zaman ni.

Astaghfirullah... Manfaatkanlah bulan Ramadhan ini. Carilah penawar di bulan kerahmatan ini. Penulis juga ada salahnya, tetapi tak salah kalau saling menasihati. Selamat berpuasa dan Selamat mencari Lailatul Qadr!

Gelisah Si Mantan


Pandangan buruk selamanya bersikap PASIF!

Siapa sangka sesorang yang kita banggakan akhirnya dipandang enteng. Dahulunya, dia lah perwira, dia lah harapan, dia lah rujukan, KINI yang dilihat digelarnya Sang Mantan (dicaci, diburuk, dipersalahkan)...

Di sepanjang pemulauan Si Mantan, dia dibiarkan kesunyian keseorangan sehingga Si Mantan ditekan dan terus ditekan. Si Mantan tidak punya apa² dalam hidupnya melainakan pinjaman nikmat yang pasti akan dipulangkan. Si Mantan merayu, berteriak dan menangis seorang akibat tersentuh hati bak tikus yang kepanasan. Menggelupur mencari jalan keluar sehinnga terasa bagaikan berada di hujung waktu.

Si Mantan terus berdoa memohon keampunan. Takut-takut belum sempat selesai semua permasalahannya. Dia berkhalwat dengan Tuhan, tunduk dan rebah mendahi bumi, teresak-esak seperti sakti lalu lemas ditenggelami kelukaan, mengharap Illahi mendengar rintihannya.

"Si Mantan perlu berubah!!, Si Mantan perlu keluar dari kedukaan ini!!!", bermonolog dia dalam hati kecilnya.


Sudah 3 bulan berlalu, Si Mantan jumpa jalan penyelesaian. Si Mantan bersyukur kerana doanya diperdengarkan Tuhan. Akhirnya, sifat ego Si Mantan perlu diminimakan supaya dia yakin benarlah sekiranya aku yang mengalah dan mengucup tangan mereka yang dahulunya mempersalahkan Si Mantan...

Walaupun terkadang Si Mantan pada ketika dahulu pernah bertekad utk tidak akan kembali tetapi keberkatan mereka lebih di tahap cemerlang berbanding Si Mantan yang hanyalah di bawah tempurung retak.

BANGKIT dari terjatuh! Itulah cabaran Si Mantan yang perlu dilalui....bersambung!

Monday 23 August 2010

1bulan 1Posting...

Salam... Dah lama sangat tak meluahkan perasaan dalam kotak putih ni (hehe)... Bila aku tengok kat area blog archive, aku tersengeh sorang sebab Posting yg terbaru bulan Julai punye update.. Hmm, apa lah nak jadi... Penyakit "M" susah nak diubah...

Lalu berkatalah Tok 4 Kg. Bukit Cermin :
"Bersempena dengan degalasi 1Malaysia, dengan ini saya melancarkan kempen 1bulan 1posting bagi pemilik blog yg Penyakit "M" sukar nak dibendung.." (hahahahahaa...ape aku mengarut ni??)

Sudah3...OK!!

Cantik tak template baru ni?? Dulu melodiperjuangan ada orang cakap terlalu kusam sebab bila bukak je blog, hitam macam cerita seram.. Tapi bukan ke hitam itu menawan??
Yeah.... pejam celik, pejam celik melodiperjuangan sudah 1tahun berada di alam siber, menjadi bahan bacaan pihak2 yg berminat utk membaca cerita yang mengarut ini...

Astaghfirullah...........

*************************************************************************************
Sekarang ni terlalu hebat berita tentang kes buang bayi... Sana sini duk cerita pasal buang bayi... Pegi kedai cite pasal buang bayi, pegi bazaar Ramadhan ada bunyi2 pasal buang bayi, bukak tv tak henti2 nak laporkan bayi yg baru dibuang, sana sini cite pasal bayi.... Apa nak jadi?? Hampir setiap jam anak luar nikah dilahirkan...

Lalu, bila dua2 pihak tidak bertanggungjawab dan rasa panik, mereka buang bayi tersebut... Macam2 teknik bungkusan ada... Balut dgn plastik hitam, buang dalam mangkuk tandas, isi dalam guni beras, campak di tepi2 pinggir sungai.... Nauzubillah!!!!

Kite duk cakap pasal mende ni, kite duk tunding jari org tu org ni yg salah, kite duk cakap2 kosong ngumpat anak org tu ngumpat anak org ni......

TAPI, apa penyelesainnya??
aku hormati cadangan yg dikeluarkan oleh Ust. Nasrudin Hassan ( Ketua DPP Pusat )
berkaitan "nikah gantung"....


Selamat membaca!!

Tuesday 20 July 2010

Hitler dan Islam

Assalamualaikum....

Sudah hampir 7 bulan agaknye melodiperjuangan senyap sepi tanpa khabar berita. Maklumlah semenjak penyakit 'mukabuku' ni berleluasa semakin hari semakin jauh meninggalkan laman blog ni, TAPI atas permintaan ramai shbt2 yg menginginkan melodiperjuangan kembali menulis, dengan HIDAYAH Allah s.w.t, jari jemari ni sudah mula menjalankan tugasnya menekan butang2 keyboard utk sebuah coretan sbg perkongsian semua...


HITLER!

Anda tahu tentang HITLER??

Apa yang anda tahu??

Dari mana HITLER ni ditubuhkan??

Apa kaitan German dengan HITLER??

Siapa pemimpin HITLER?

TAPI........... mampukah HITLER mengikut ajaran Islam??
Pelikkan...tapi klik link di bwh ni sbg bahan bacaan bersama.


Selamat membaca ;)