Sunday 30 August 2009

MERDEKA kah Malaysia?

Adakah Malaysia masih merdeka?? Apa yang anda semua nampak dan boleh tafsirkan dengan karikatur di bawah??
Adakah Malaysia ini bebas dengan sebenar² nya??
Perlukah Malaysia ini mencontohi negara² seperti Switzerland, Sweden, Japan, Iran?
Bilakah agaknya Malaysia ini akan bebas dari fahaman sekulerisme org² barat??
Mengapakah hakim² di Malaysia tidak seadil seperti yang dipertanggungjawabkan??
Jawapannye...........lu pikir lah sendiri!

Saturday 29 August 2009

Lukisan 'hidup'

Wah3...gambar itu seolah² seperti realiti tetapi sebenarnya ia hanyalah sebuah lukisan di atas permukaan jalan, perkarangan bandar. Hebat2 si pelukis ni.. Sape die? Ha...tengok gambar di bawah ni kemudian anda akan dikenalkan oleh beliau...


Seolah² seperti ada sebuah bandar fantasi di bawah bandar realiti...


Bomba si penyelamat!


Air di tengah² jalan. Kalau kereta nak lalu, mesti kena elak. Huhu...


Ha...inilah dia si Kurt Wenner, pelukis jalanan bertaraf dunia. Sekali tengok hasil lukisan realistik ni, aneh sungguh. Khusyuk dia buat helah lukisan tu atas jalan. Memang hebat lah dia ni sebab berjaya mengeksploitasikan lukisan tu dengan suasana bandar sehinggakan ada satu gambar tu dua orang kanak² sedang naik permaidani terbang di sebuah bandar fantasi padahal permaidani tu hanya lah di atas bumi yang nyata cume bandar fantasi itu hanyalah lukisan si Kurt Wenner ni.
Nak tengok banyak lagi gambar, search la dekat google type "Kurt Wenner"
Saya masukkan sikit gambar ni sebab lukisan² dia banyak unsur² yang menyentuh agama, seksual dan yg tak sepatotnye... Kalau anda +18tahun, tak de masalah. Sebab anda sudah matang untuk berfikir! Sekadar perkongsian...

Kump. Raihan bernasyid dengan HUJAN?!!

Wah...kump nasyid terkemuka ( Raihan ) nak buat rakaman single Aidilfitri dengan kump indie terkenal di Malaysia ( Hujan ). Bagi saya satu cubaan untuk menarik minat anak muda untuk menghayati skrip2 dakwah dalam satu alunan seni suara, bukanlah hanya mengkelaskan nasyid itu sebagai satu elemen tertentu. Meletakkan nasyid itu pada sambutan2 seperti Aidilfitri, Maulidur Rasul, Ma'al Hijrah dsb. Tetapi penghayatan di luar dari itu......kosong!!

To all anak² muda, sape lah yang tak kenal dengan bro Noh, bro Hang Dimas dsb dlm kump Hujan nih. Mesti majoriti mengatakan, "Ya, aku kenal"...


RAIHAN...hanya menerima tawaran dari luar negara bukan dalam negara.



HUJAN...antara yang mendapat pengaruh golongan muda-mudi

Hem, bagus²... Ada kaedah yang menarik. Kolaborasi antara dua genre yang berbeza dengan misi yang berbeza dan akhirnya insyAllah akan membuat rakaman bersama. Berita ni saya baca dalam myMetro. Klik kat sini ( myMetro ) ye untuk baca berita yang mendalam tentang mereka. Ok lah, semoga abg² Raihan & bro² Hujan berjaya menampilkan single Aidilfitri.. Kalau keluar di pasaran, aku lah orang pertama akan berlari ke kedai cd. hahaha... Selamat berpuasa! =)

Kau gagah berjuang demi Islam!!! [ vol. 2 ]

Sebelum ni saya menulis tentang muslimah, tapi pada siri kali ni saya nak bermonolog tentang anak² muda yang sentiasa mahukan Islam ini mekar di bumi Tuhan...




Saudara...
Semalam sebelum seruan jihad memanggil jiwamu, ada di antara kamu menikmati dunia dengan penuh kenodaan. Kamu tidak kenal Islam apatah lagi berkaitan jihad bahkan kamu banyak dinodai keduniaan dan pada ketika dahulu, nafsu memandu kehidupanmu.... Diceritakan pada ketika dahulu.

Tetapi,

Hari ini... Islam menyinari dan menyelinap masuk merisik dirimu, kamu kenal dan sungguh² menghayati bait aqidah, tauhid, syahadah, iman, akhlak. Kamu benar² mempelajari sehinggakan kamu tertawan mekar bak kuntuman orkid yang kembang di waktu pagi. Terharu dengan Islam dan kamu ingin mendokong hakikat Islam ini. Tahniah, anak muda... Berjaya nya kamu mempelajari.

Aplikasinya... Jalan kebenaran yang sentiasa ingin kamu dokongi walau sekecil² tugas, hanyalah sebagai pencetak kertas, hanyalah sebagai tukang masak, hanyalah sebagai penjala ikan... Tapi, jalan dakwah itu terus kamu bajai dalam qalbu sanubari walau apa pun kedudukan dan sumbangan kamu terhadap jalan perjuangan...

Saudara...

Bukannya mudah ingin bertemu anak muda yang mengorbankan dunia demi Islam yang tercinta. Tinggalkan cara hidup remaja sekuler, dengan bersama al-Jamaah Islamiah. Tinggalkan perilaku kamu yang doif, dengan bersama sahabat² menentang puak kufar.

Yang dicari hanyalah satu, yang dituju hanyalah satu, yang diseru hanyalah satu! KepadaMu Allah, Oh Tuhanku!!!

....akan bersambung lagi, insyaAllah!

Friday 28 August 2009

Mangkuk, iman, dan sehelai rambut

Assalamualaikum... Sudah lama agaknye tidak mem'posting'. Tengok blog kawan2, sume nye ada pengisian yang berkesan. Sesungguhnya mereka jauh lebih baik dari aku.
Maaf kepada pengunjung blog saya kerana blog ni suram selama beberapa minggu. Saya kepeningan dalam bab2 nak menukar template baru ni.huhu... Tapi takpe, mari berkongsi kisah ni. Baca tau.....best!!!!

Rasulullah SAW, dengan sahabatnya Abu bakar ra, Umar ra, Utsman ra dan Ali ra, bertamu ke rumah Ali ra. Di rumah Ali ra istrinya Sayidatina Fatimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan mereka madu yang diletakan didalam sebuah mangkuk yang cantik,


Gambar hiasan

dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut didalamnya. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta semua sahabatnya untuk membuat perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut).

  1. Abu bakar r.a. berkata,"Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih sulit dari menjaga / meniti sehelai rambut ini.
  2. Umar r.a. berkata,"kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.
  3. Utsman r.a. berkata,"ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menuntut ilmu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.
  4. Ali r.a. berkata,"tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu ini, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang kerumahnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.
  5. Fatimah r.ha. berkata," seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, wanita yang beriman lebih manis dari madu ini, dan mendapatkan wanita yang tak pernah terlihat oleh orang lain kecuali olah murimnya sendiri lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.
  6. Rasulullah SAW berkata,"seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.
  7. Malaikat Jibril AS berkata,"menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menyerahkan diri,harta dan waktu untuk urusan agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.
  8. Allah S.W.T berfirman,"Surga-Ku lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat surga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju surga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.

kutipan : dari majalah cahaya nabawi

Thursday 20 August 2009

"Lunch" bukan lagi untuk IKHWAN!



Menanti-nanti fajar esok akan menjelang kerana di situ bermulanya Ramadhan. Tiada lagi istilah lunch... Tiada pula yang ajak "tea-break" selepas ni. Yang kedengaran hanya laungan2 zikrullah, kata2 hikmah, tadabbur/tadarus Quran di sekeliling kita demi meraikan bulan yang penuh keberkatan...

Hebat sungguh kamu wahai Ikhwan...
breakfast kamu di awal pagi sebelum subuh. Kemudian kamu sambung pula dengan solat subuh Berjemaah berbanding dgn bulan2 yg lain.

coffee-break kamu gantikan dengan tunduk syukur kamu di waktu dhuha. Sanggup masuk ke kelas lewat demi semata2 mencari waktu untuk mengerjakan solat sunat Dhuha.

lunch pula kamu hebat berjihad kala matahari 90 darjah di atas kepalamu, dihiasi pula bacaan ayat2 suci al-Quran selepas selesai solat zohor Berjemaah, untuk menunggu waktu perkuliahan seterusnya.

dinner pula kamu corakkan dengan pandangan insaf kamu ke atas kebesaran Allah. Berjalan menafsir seribu satu hikmah kejadian Tuhan di persisiran pantai, gunung-ganang, air terjun dsb. Melihat pada keagongan itu, lantas kamu terpandang pula pada pasangan2 sebelum perkahwinan "couple" lalu kamu menegur untuk mencegah perkara munkar. Hebat sungguh kamu Ikhwan walaupun tak setanding para sahabat di zaman Rasulullah, para tab'in, para tab'ie tab'in dan seterusnya... Tetapi kamu mengisi Ramadhan itu dengan penuh hikmah, mencuba yang terbaik hatta tak sempurna tapi seboleh2 nya mencari yang terbaik...

Itulah yang dibanggakan wahai Ikhwan2 sekelian.
Lantas supper yang sepatotnya diambil, kamu gantikkan dengan amalan bermuhasabah, menangis di hadapan Allah di dalam saf-saf masjid, tunduk dan menyesal dengan perbuatan maksiat yang dahulu... Hebat kamu Ikhwan!

Bila kamu menangis, kamu teringat akan Rasulullah lalu kamu rindu pada Rasulullah walau tak pernah bersua. Menyedari perkara ini, kamu capai al-Quran di rak bersebelahan kamu dan kamu labuhkan kerinduan itu dengan bacaan al-Quran dihiasi pula titisan2 air mata keinsafan... Mantap dan terbinanya kemanisan kamu wahai Ikhwan!!!


Jelas kamu sungguh rindukan Ramadhan. Kamu ingin Ramadhan ini berkekalan. Bersabar wahai Ikhwan... Doa kamu untuk bertemu Ramadhan kali ini, tercapai dan ingat jua di kalangan Ikhwan2 yang lain. Mereka tak sempat bertemu Ramadhan pada kali ni kerana kasihnya Allah pada mereka spt pemergian Almahrum Ust. Asri Rabbani.
Kamu beruntung Ikhwan! RAMADHAN kini datang menzahirkan kerinduan lalu. Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan!


Sunday 16 August 2009

Kau gagah berjuang demi Islam!!! [vol. 1]

Catatan ini khas untuk tatapan seorang yang bergelar muslimah!



Semalaman aku memikirkan perjuangan mu wahai muslimah. Kau korbankan dunia untuk kepentingan akhirat yang kau ingin gapai... Terfikir aku melihat kelantangan dan keberanian di medan perjuangan. Tidak gentar walau secebis, tak berganjak walau selangkah namun hatimu tetap pada perjuangan yg hakiki ini. Sungguh hebat dan tergugat kami kaum muslimin!



Sepatutnya, medan mu di dalam kalbu istana keluarga tetapi kau libatkan diri demi menampung semangat kaum2 muslimin yang kadang2 longgar dihanyut kemaksiatan. Kau terkadang penyelamat buat kami wahai muslimah.... Kau terkadang mengikat kami untuk kami terus menglibatkan diri dalam perjuangan yang penuh onar dan pancaroba.



Hati syahdu melihat kamu mengangkat tangan sambil melaungkan laungan keramat "ALLAHUAKBAR!!!" yang terkadang aku melihat kau bersemangat sambil menitiskan air mata kerana sifat keberanian mu itu bercampur dengan sifat mahu menginsafi diri hasil daripada penglibatan kamu di dalam perjuangan ini.



Hairan sungguh, wanita yang dahulunya menghayun buaian bisa mengegar dunia?!! Kini, wanita bukan lagi di dalam rumah tetapi ada yang turun padang menantikan syahid datang menghadap mereka. Tahniah muslimah, kau menjadi sebahagian dari susuk pelosok golongan yang sentiasa inginkan ISLAM mekar di bumi Rabbul Izzati ini. Tahniah sekali lagi...akan bersambung insyaAllah!

Saturday 15 August 2009

Tutup Aurat tak boleh masuk kolam!


PARIS: Pengendali sebuah kolam renang di Paris enggan membenarkan seorang wanita muda Muslim yang memakai 'burqini' daripada memasuki kolam itu kerana pakaian mandi yang dipakainya menutup hampir keseluruhan tubuh. Larangan itu dilakukan ketika ahli Parlimen Perancis berdebat sama ada akan melarang burqa selepas Presiden Nicolas Sarkozy menyifatkan pakaian yang menutup bahagian kepala hingga kaki 'tidak dialu-alukan' di negara sekular seperti Perancis.

Pegawai di Emerainville, sebuah kawasan luar bandar Paris, berkata mereka membenarkan wanita berkenaan memasuki kolam renang itu bulan lalu dengan memakai 'burqini' yang direka khusus bagi wanita Muslim yang ingin ke kolam renang tanpa mendedahkan tubuh mereka. Namun, apabila dia kembali bulan ini, mereka memberitahunya dia tidak boleh memasuki kolam jika berpakaian sedemikian atas alasan mereka memutuskan untuk menguat kuasakan peraturan kebersihan. Kakitangan kolam renang 'mengingatkannya mengenai peraturan di semua kolam renang (awam) yang melarang berpakaian dalam kolam renang," kata Daniel Guillaume, pegawai pentadbiran kolam renang berkenaan.

Akhbar La Parisien berkata, wanita itu yang dikenali dengan nama Carole, adalah warga Perancis yang memeluk Islam dan berhasrat untuk mencabar keputusan itu di mahkamah. "Ini adalah satu bentuk pemisahan. Saya akan lawan bagi mengubah keadaan. Jika saya kalah, saya tidak menolak kemungkinan meninggalkan Perancis," akhbar itu memetiknya. Akhbar juga menyiarkan gambar wanita itu memakai 'burqini' yang dibelinya ketika bercuti di Dubai baru-baru ini. - AFP

Tuesday 11 August 2009

Kufur nikmat...

Bala yg Allah turunkan pada manusia itu kadang2 saya terfikir banyak hikmahnya. Terutama bagi mereka2 yg lupa akan Tuhan nya maka dengan kemurkaan Allah itu, manusia akhirnya akan kembali pada pangkuan Sang Pencipta. Cuba direnungkan semula dengan kejadian H1N1 yg begitu hangat diperkatakan tika dunia sibuk menggeledah penawar bagi racun ini. Dan kamu lihat bagi mereka yang Muslim akan berjinak-jinak semula kepada Tuhannya dengan kewajipan mereka kepada solat 5 waktu bertambah pula dengan solat sunat Hajat supaya dijauhkan bala itu. Lau hau lawala..., memang banyak hikmah sebenarnya Allah turunkan bala kepada manusia.

Jangan pandang wabak selsema babi itu dari sudut negatif sahaja, namun harus difikirkan dari persepektif kebaikan. Walau kita bimbangkan kadar kematian yang semakin tinggi, tapi mati itu telah ditakdirkan Allah tentang sejauh mana manusia hari ini ingat akan kematian... Maka, semakin ramai manusia yg akan memikirkan tentang kematian. Subhanallah, satu kebaikan lagi yg saya lihat dari sudut turunnya bala Allah ini. Dan kita lihat pula kajian dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1).


Adakah kamu perasan bahawa Allah turunkan bala itu sedikit demi sedikit sebelum kamu menerima keperitan yg teramat sangat di Mahsyar kelak?? Mari bermuhasabah kwn2...




Allah tidak akan turunkan sesuatu penyakit itu tanpa ada penawarnya, tiap2 penyakit wajib ada penawarnya. Bukan saya yg kata, tp Rasulullah yg bersabda. Saya ambil secara maksudnya shj dari segi mantan dan sanadnya tak berapa nak ingat. Jadi, AYUH!!! kita kembali kepada Tuhan dengan terus merayu kepada Dia shj tempat kita mengadu "iyya kan'a budu wa iyya kanas ta'in" dan tempat kita meminta pertolongan.


Nikmat air terputus

Di asrama bekalan air terputus sejak dengar berita ni, teringat mase kesusahan bangun di awal pagi. Dalam pukul 5.00pagi dah kena bangun semata2 kena mandi awal sebelum fajar pagi menjelang. Al maklumlah kalau dah terbit fajar ni, hari pun terang pastu nampak kat orang. Ish, seganlah dibuatnya. Tapi sebenarnya, Allah nak suruh kita bangun awal solat subuh. Adik2 semester satu ada yg mengeluh dengar tak de air tp diorg mengalah jgk.



Student : abang, sampai bile air xde?

Saya : kite tgh uruskan masalah ni, tapi biasanya tiap sem mcm ni la jadi. Ambil mase 3 hari la kot, (jawab aku smbil tersengeh2 tersipu2).

Student : oh, maknenya nak gi kelas esok x mandi la?

Saya : bkn x mandi, tapi tahap keselesaan kurang. Nak mandi kat masjid pon leh.

Student : nampaknye...kami kena jadi budak masjid la pasni, (sambung die dgn penuh yakin sambil mengajak kawannya), jom malam ni kite Qiamulail kat masjid nak?, (sambil menepuk2 belakang kawannye.
Saya : Alhamdulillah...
Barulah saya perasan, rupa2 nya kebanyakan umat akhir zaman ni dah diketuk dengan kekurangan keperluan baru nak tergadah melutut pada Tuhan. Hikmah bala ni membuatkan manusia kembali pada Tuhan. Pengalaman mengajar erti kehidupan! THANK YOU Allah!!!

Saturday 8 August 2009

Lagi Penghinaan terhadap ISLAM!!!

Aku tidak pasti dengan perkara ini kerana aku tidak pernah bermain games Guitar Hero . Tetapi kepada mereka yang memiliki games Guitar Hero III: Legends of Rock cuba perhatikan betul-betul pada games tersebut, dan sekiranya benar ia menghina kalimah Allah , aku cadangkan bakar sahaja games itu.




Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam . Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT . Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT . Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.







Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak oleh makhluk yang berupa "syaitan" bermain gitar. Sungguh biadap game ini!!!


Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane . Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat . Dipunyai oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika ) bersama dengan Chris Ward dan Mick West . Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.



Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam . Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

Friday 7 August 2009

Aku, dia & IKHWAN.....


Semalaman saya menjenguk gambar2 dlm laptop sahabat saya. Tiba2, terjumpe satu gmbar yang menarik tentang kump nasyid kotemporari "IKHWAN". Kalau diperhatikan, gambar ni ada dialog sebenarnya. Masing2 dgn mimik muke tersendiri. Yg paling x tahan, bro Boy(yg pakai baju kuning)...huhu. Mcm ada satu yg nak diperkatakan. To abg Mimi, sory ye takde dalam gmbr ni, jgn marah2 nanti kena bwk lari.hehe... Gambar ni masa Pertandingan Nasyid IPT Pahang 2009, berlansung di Dewan Kampus B, POLISAS. TAHNIAH!!! kpd kump ikhwan kerana merangkul naib johan dalam pertandingan tu.

Sbnrnye, shbt2 perjuangan dlm arena nasyid ni, rindu nak bertemu semula. Kebanyakan shbt dlm gambar di atas, sume nye dah tamat pengajian. Yg tinggal hanye saya, fadil dan alip. Dan insyallah Ikhwan akan terus mencari pelapis yg baru untuk diserapkan dalam kump Ikhwan Jr.

Kemungkinan ada pertandingan yg lebih besar selepas ni, kami menuju ke Pertandingan Nasyid antara Politeknik se-Malaysia yg dlm perancangan akan berlansung di Perlis. Moga2 dapat lah kami kesana dgn bantuan shbt2 Ikhwan yg dah grad utk tunjuk ajar.


Isu skang ni, bukannye kami bernasyid semata2 kerana pertandingan tp dgn bernasyid dakwah itu dapat disampaikan hatta kalau kami dijemput buat persembahan pun, kami terima. Bkn kerana duit atau glamor, tp kerana jalan dakwah yg terbentang luas utk anak2 muda spt mereka!


To IKHWAN guest: teruskan lh perjuangan anda semua dgn lunak merdu suara yg bisa menginsafi mereka2 yg mendengarnya. Manfaatkan lh kelebihan itu ke jalan dakwah sebaiknya kerana anda dipilih sebab Allah Maha Mengasihi akan hamba-Nya!!!

Menyingkap kisah khanaz si anak SYAITAN!!!


Assalamualaikum...

Kisah Syaitan bernama Khanaz pernah dengar tak?

Cerita nya macam nie..

Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi. Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anakcucu Adam, dok pikir2 macam mane nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan Allah.


Suatu hari si Ibu Syaitan nie tengah dok pikir "Macammana aku nak kena kan anak cucu Adam "....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu di panggilnya:


"Khanaz....mari sini ikut mak...".


Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa.

Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggalkan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2,pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya:

"Siapa kamu.."


IbuSyaitan menjawab

"Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik"


Hawa yang tidak mengetahui apa2 memberi pertolongan. Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa:

"Anak siapa nie..?",


Lalu Hawa menjawab

"Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini."


Adam berpikir dan

"Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..."


.."Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam.


Setelah lama pikir-pikir..."Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 dagingnya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahu anak nya sudah tak de..."Idea Adam.


Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja,


"Mana anak aku...."Tanya Ibu syaitan pada Hawa,


Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan


"Anak kamu.....,,...Semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ...lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luarsana..."terang Hawa.


"Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.


KemudianIbu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz....!!!"Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....dan IbuSyaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya,Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.


Hawa menerang apa yang berlaku."Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucukita.." kata Adam ."


"Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa.


"Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan..abu nya kita buangkan ke Laut, biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anaknya ini lagi..." terang Adam.


Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketikaAdam sudah keluar bekerja.


"Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.


"Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa..


"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil"Khanaz!!!"...kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz. Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya


"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam .


"Apa harus kita laku kan?" tanya Hawa.


"Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ...kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam.


Keesokan pagi, datanglah lagi si Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja.


"Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan.


"Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa.


"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan.


"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.


"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ˝Khanaz !!!Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa..Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2.. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.



Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.Syaitan Khanaz nie tugas dia

- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum.Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.


- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.


- Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.."ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR...


- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya...banyakkanZikir...


Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini.Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa. Sekurang2nya BISMILLAH. Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah. Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA. Baca lah doa2. nanti Khanaz dan the geng akan ikut serta. Tengok bagaimana Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anakcucu Adam.. Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was.Walllahualam....


Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.

Tuesday 4 August 2009

Khas buat Muslimah


Kami sulit menahan pandangan mata kami

ketika melihat kalian,

apalagi jika kalian diamanahkan Allah

kecantikan dan postur yang ideal,

kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,

kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian

dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami

ketika berbicara dengan kalian,

apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah

suara yang merdu dengan irama yang mendayu

kerana itu tegaskanlah suara kalian

tatkala berbicara di berhadapan dengan kami

dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan

bayangan-bayangan hati kalian,

ketika kalian dapat menjadi

tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,

waktu luang kami kadangkala akan sering terisi

oleh bayangan-bayangan kalian,

kerana itu janganlah kalian membiarkan kami

menjadi curahan hati bagi kalian.


Kami tahu kami insan lemah

bila harus berhadapan dengan kalian,

kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh

hanya dengan senyum kalian,

hati kami akan bergetar

ketika mendengar dan melihat kalian menangis.


Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,

maka jagalah amanah itu

jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu

akan kelemahan hati kami ini,

hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,

kalian akan menjadi halal bagi kami.


"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.

Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,

untuk iman yang tak dipelihara,lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,

kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,

Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti

menemani kami siang dan malam

agar iman kami dapat dijaga"...

Monday 3 August 2009

Saling menyalahkan, sedang mereka tidak bersalah..

Reputasi negara dilihat penuh dengan rimba dan domba puak2 yang suka menyalahkan sesama mereka sedangkan mereka itu berada dalam keadaan yang salah... Umpama makan dengan tangan kiri. Bukankah makan dengan tangan kanan?? Semua manusia tahu tentang ini, mustahil dan ajaib kalau tak tahu makan dengan tangan kanan. Tapi sedihnya, dah tahu salah makan dengan tangan kiri, nak jugak guna... Sebab dia rasa dia cukup bagus untuk menyanggah perkara itu..







Eh, kalau masing2 nak berada dalam keadaan betul, sampai KIAMAT mende ni tak selesai. Cuba la akur dan baiki kelemahan tu. Ni kan pulak dah tahu salah, tapi cuba lak duk mencari kesalahan orang lain sedang diri dalam keadaan bersalah!!! Dah kesalahan dulu? Boleh tutup dengan dapat kenyataan baru? Kiranya kalau saya ada kenyataan terbaru tentang keburukan orang itu, maka saya terselamat dari kesalahan dulu??? Macam tu ka?

Sabda Rasulullah:

"Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya didunia dan diakhirat".(Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)



Manusia ni kata Malaikat, akan sentiasa buat kerosakan di muka bumi. Normal dan fitrah akan ada kelemahan, tak semua dilahirkan sempurna kecuali junjungan Nabi kita Muhammad SAW... Bukan kah kita dilarang menceritakan kelemahan orang lain?!!



Mereka sangat jelas melanggar hukum2 agama Allah SWT yang dirujuk melalui panduan Al-Quran dan As-Sunnah, tapi mereka cuba jugak mencari sesuatu asbab untuk menutup kelemahan mereka dengan perkara2 yang kadang2 kita tak sangka akan perkara tersebut. Mereka ini cuba memeningkan dan mengelirukan masyarakat dengan pendapat dan kenyataan mereka. Memutar belit kenyataan untuk kepentingan sendiri. Memfatwakan sesuatu perkara untuk kepentingan politik. Meredah syari'at untuk tujuan memuaskan nafsu. Memaharajalelakan pemimpin yang buruk rekodnya. Bukankah Allah ada menyebut dalam surah Al-Maidah; 2


"...Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran"



Mencari kesempurnaan hidup ni, tak kan pernah terkejar untuk sempurna seluruhnya tapi dari segi pengisian perlu dihebatkan dengan kekuatan rohaniah bukan batiniyyah semata2. INGAT!! perut sentiasa lapar tapi rohani lapar, ada kita kesah?? Sampai bila nak biarkan hidup ni dipenuhi dengan pembangunan, kemajuan, teknologi dan hal2 duniawi yang manusia tika ini berTuhankan perkara2 sebegitu. Nauzubillah...


Bila aqidah tak kukuh. Macam ni la manusia berTuhankan apa2 sahaja sehinggakan sanggup menghina ulama' yang menjadi benteng terakhir untuk rujukan agama Islam. Perkara macam ni yang sangat2 sedih apabila melihat mereka bertindak sedemikian. Memaki hamun ulama', mencacai ulama', ada yang mengaku ulama' untuk memfatwakan perkara yang tak sepatutnya difatwakan terlebih dahulu. Nauzubillah...


Kenapa saling nak bertekak dan mempolimikkan perkara2 berkaitan Islam yang melibatkan ulama'-ulama' yang berbeza fikrah, kemudian hebahkan di dada2 akhbar dan media elektronik?!! Bukankah itu merumitkan orang2 yang masih mahu menjinak2 kan diri dalam Islam? Kesian kat muallaf, kesian kat remaja2 yang belum fakih dgn Islam. Terkial2 nak cari hala tuju yang betol. Mereka pulak sibuk menghukum sana dan sini.

Justeru, langkah terbaik dengan cara pendamaian dan duduk satu meja dalam memperhalusi masalah ummah pada masa kini! Wallahu'alam...

Sunday 2 August 2009

Serangan H1N1 di bumi POLISAS

"Tanggal 1 Ogos merekodkan peristiwa yang buruk dalam dairi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.... Seramai 49 orang siswa dan 76 orang siswi menghidap Demam Infeluzua A dan dikuarantinkan di dua buah blok yang berbeza. Bagi pelajar semester 1 sahaja yang mendapat cuti tanpa perkuliahan selama 7 hari. Malangnya, pegawai perubatan di sini terkena juga serangan wabak ini dan dia dikuarantinkan di rumahnya".



Polisas dah ada wabak ni. So, asrama lelaki dan perempuan kena tutup dari segi keluar masuk student memang dikawal rapi.... Polisas tak cuti cume student sem 1 je yang dapat keistimewaan itu sebab rata2 pesakit adalah di kalangan student sem 1. Lagipun yang senior tak masuk lagi memandangkan student sem 1 masuk awal sebulan dari pelajar senior.



Ramai yang gelabah dan goyah dengan berita ini sampai ke telinga2 mereka... Biasa la tu mende yang jarang berlaku. Jelas sungguh wabak ini dari kemurkaan Allah kepada hamba Nya yang masih ingkar dengan perintah Nya....



Saling menyalahkan sesama mereka. Jom! Masa untuk menutup muka........