Thursday 25 June 2009

Tabiat tak menghalalkan matlamat!

Diceritakan sebuah kisah seorang pahlawan bernama Hang Chor bin Mas Chor. Hang Chor adalah anak kelapan dari lapan org adik beradik. Kiranye anak manja la tapi Hang Chor sangat marah bila rakyat2 kampung memanggil nye dgn gelaran anak manja sbb dia cuba menjelaskan, anak terakhir bukannye anak manja, cume dia diberi perhatian lebih dari abang2 dan kakak2 nye yg lain... Samalah pun kalau nak panggil anak manja, tp Hang Chor tak mahu di "anakmanjakan"... Kate dia, tak macho la!!! Haha. Mcm2 Hang Chor ni....


Berbalik pada kisahnya, Hang Chor sangat digeruni oleh rakyat2 kampung pada ketika itu disebabkan kehebatannya bertempur dgn ilmu keSILATan nya. Ramai yg tumpas bila ada yg mencabar kehebatannya itu. Lebih menarik, dia tak pernah berguru dgn siapa2 kerana sifat dan bakat yg dikurniakan kpdnya telah diberi mandat kehebatannya bersilat dan menetang musuh2 yg cuba mencabar nya...


Pada suatu hari, Hang Chor pergi ke pasar utk membeli ikan. Hehe... Pahlawan, pahlawan jgk, nak makan kena la cari... Dalam perjalanan, Hang Chor terpaksa meredah lumpur, paya, bukit dan kemudian taman permainan. Halangan terakhir amat sukar bagi Hang Chor. Al-maklumlah org kampung... Pakaian kena la dikekalkan sbg pahlawan. Alamat nye, kena gelak la dgn budak2 yg di taman permainan nun. Sbb tu lah Hang Chor sukar melalui halangan terakhir ni. Hahahahaha... Kesian.... Tapi Hang Chor sangat kuat menabahkan hatinya kerana dia tahu, budak2 ni kacang goreng je bagi dia.



Sampai di pasar, Hang Chor terus ditertawakan oleh warga2 pasar kerana pakaian nye ala2 pahlawan zaman Hang Jebat!! Mane ada dah org pakai macam tuh.. Hang Chor....Hang Chor.... Tapi Hang Chor cekal dan tabah menghadapi kerenah orang ramai, kate dia;

"Lantak pi la hang nak kata cek ni lagu mana, cek pakai gini ka, cek pakai gitu ka, cek x nyusahkan orang...yg penting!!! cek pakai baju tutp aurat!" tegas Hang Chor di dalam hati.

Wah... bagos jgk si Hang Chor ni. Hehe. Berbalik pada cerita...
Setelah selesai membeli ikan, matlamat seterusnya adalah pulang ke rumah. Maka, Hang Chor terpaksa meredah jalan pulang seperti mana yg dia datang. Sampai di Taman Permainan, macam biasa lah...kena kacau dengan budak2. Tetapi kali ni Hang Chor tak dapat menahan kesabaran nya lagi. Maka, dikeluarkan ilmu keSILATan nya utk menyepak, menerajang bdk2 berkenaan. Lalu, bapak budak pun keluar utk membalas serangan yg dilakukan Hang Chor.


Secara kesimpulannya, Hang Chor tewas dalam pertempuran berkenaan kerana terlupa nak bawak keris sakti nya. Lalu, ikan yg dibeli di pasar dijadikan senjatanya utk bertempur...

p/s: Hang Chor punya satu perangai, kalau nak bertempur kena ada sesuatu di tangan!

Maka berteburai lah ikan2 berkenaan akibat ketaksuban Hang Chor menentang musuh2 nya! Mana tak nya, dari jauh Hang Chor datang terpaksa meredah berbagai2 halangan. In the end, matlamatnya membeli ikan, musnah di pertengahan jalan. Semuanya akibat ketaksuban Hang Chor dalam menentang musuhnya. Tanpa berstrategi, tanpa berfikiran tinggi.... Persiapan tak mencukupi akhirnya membinasa diri sendiri... Mengidam nak makan ikan keli, termakan pula penumbuk di dahi... Hai lah Hang Chor, balik rumah ngaji la tinggi2... Nanti tenang kau hidup berdikari... Bukan nya ikutkan kata hati, nanti MATI!!!


Konklusinya


Para da'i menghadapi jalanan yang panjang. Liku-liku dan lorongnya penuh ranjau dan duri2. Tetapi dalam menghadapi cabaran dan liku2 ini, mereka perlu kepada sesuatu bekalan yang amat penting yang akan menentukan sejauh mana keteguhan pendirian mereka dalam meneruskan perjuangan!


Bukanlah mcm Hang Chor tadi. Berlagak hebat tanpa berguru, tanpa ilmu. Akhirnya tabiat sukar ditinggalkan (nak berlawan kena ada sesuatu di tangan). Bukan kah itu satu tabiat Hang Chor?? Sehingga tak menghiraukan, matlamat yang sebenar ingin dicapai, terkoban akibat tabiat yang selalu diamalkan. Walaupun tabiat itu satu kebiasaan, Hang Chor tak hiraukan matlamat atau amanah yang lebih lagi AULA itu. Terpaksa mengorbankan ikan demi semata-mata kerana tabiatnya.


Dalam konsep berdakwah, kita bimbang mereka ini akan tewas dengan tabiat atau kebiasaan mereka sebelum mereka diberikan Hidayah oleh Allah SWT. Akhirnya, dakwah yang dahulunya diterima masyarakat menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri.


Seperti Malaysia hari ini, digembar gemburkan dengan seorang pendakwah yang dihormati oleh masyarakat. Dia tewas dengan tabiatnya. Kita kenal latar belakangnya yang dahulu seorang penyanyi 'rockers' terkemuka tanah air dan lansung mendapat hidayah untuk kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya lantas menjadi pendakwah yang hebat! Malah ke'Izzah'an pada wajahnya menjadi faktor penarik kepada yang melihat dan mendengarnya.


Tetapi malangnya, dia tertawas dengan tabiatnya yang lampau... Berdua2 an dengan wanita bukan mahramnya. Bergelak, bertawa tanpa batas2 syariat... Tidak pulang ke rumah selama tempoh beberapa bulan demi semata2 kerana kerjanya! Alasannya, terlalu sibok dan tak cukup masa!!! Kalau duduk kat tepi pantai berdua2 an dengan wanita bukan mahramnya, ada pulak masa?? Mukhtahirnya, menjadi fitnah kepada Islam. Masyarakat lebih sukar mempercayai telunjuk kata pendakwah2 yang sememangnya ikhlas. Bak kata org2 Melayu, "kerana Nila setitik, habis rosak susu sebelangga"



Saya tak mahu menyebut nama nya. Tapi pembaca boleh faham sendiri. Tak guna jgk saya marah2 pada orang yang dah arif tentang hukum hakam ni. Tapi realitinya, seorang da'i atau pendakwah itu akan menghadapi liku2 dalam meniti kehidupan nya. Cuma jangan termakan akan tabiat yang buruk. Ubatnya, bekalan bagi seorang da'i perlu dihebatkan, mesti disemaikan dengan kasih sayang. Kasih sayang bermaksud ukhwahnya dengan sahabat-sahabat yang lain, yang bersama2 dengannya dalam satu barisan. Seperti mana kata Allah:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang di jalanNya di dalam satu barisan, seolah2 seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh"


[ Surah as-Saff ayat 4 ]

Moga2 para da'i sekelian menyediakan bekalan secukupnya untuk menghadapi pelbagai halangan dan cabaran dari segenap sudut serangan terutama dari serangan2 Nafsu yang merangsangnya, Org Mukmin yang dengki kepadanya, Org2 Munafiq yang benci kepadanya, Org2 Kafir yang memeranginya dan Syaitan yang menyesatkannya... Wallahu'alam


Saya berpesan kepada diri saya dan kamu semua...moga2 bermanfaat!™

Wednesday 24 June 2009

Memasak jgk ko jang...

Assalamualikum...
Petang sebelum nak berbuka puasa, aku tolong la mak memasak dekat dapur. Aku pergi ke dapur dan melihat mak tengah bersungguh-sungguh sorang2 memasak. Rasa tak berjasa pulak kalau tolong tengok. Hehe... Sempat jgk aku menyelit lalu bertanya:

"Mak, nak tolong boleh?"
"Apa salahnya...", mak menjawab

Aku mundar mandir di sekitar dapur... Tak tahu nak buat apa. Sebab tengok banyak benda yang dah seakan2 nak siap dihidangkan! Secara tak semena-mena lagi, bertanya pula utk kali kedua:

"Mak, nak mintak tolong buat apa?"
"Ha...soalan cepumas. Ko tolong goreng ikan", lantas mak memberikan tugas!

Adesss...lemah betol kalau suruh goreng ikan ni, tp atas dasar kita nak tolong, terpaksa la tolong!!! *aku berbisik dlm hati
Secara profesional dan bergaya, aku menggoreng ikan dengan penuh ketenangan, menghirup bau2 masakan ikan yg sedang dibakar di dalam api bertatangkan minyak masak yg panas membara... Fuyooo...sempat jgk aku bersastera! Hehe

Dalam kepayahan menghayati kesungguhan untuk menghasilkan ikan goreng, teringat akan kepanasan azab api neraka. Aku takot melihat minyak itu membakar ikan seolah2 aku melihat neraka yg sedang membakar manusia. Cuba lah kita renung sekejap dan kita bayangkan ikan itu ialah manusia?!! Bagaimana ya? Ikan itu meraung, menjerit, mengelupas kulitnya, terbeliak matanya, meletup2 anggota seluruhnya kerana dibakar!!!

Cerita ini sekadar muhasabah utk kita sentiasa berhati-hati dgn perbuatan pabila terkenang dan terbayang akan membara nya api NERAKA. Baru tengok api dkt dunia. Tak pyh gi jauh pun takpe, bagi api lighter je dah meraung 2hari 4malam... Inikan pulak sebesar-besar api kan?!! Memang ada sesetengahnya yang tak berapa takot, sebab mereka tak lihat NERAKA tu. Tapi bagi org2 Mukmin, mereka sentiasa yakin dgn azab Allah SWT sehingga kan mereka berserah sepenuh dan sesungguh-sungguhnya kpd Allah azza wajalla...

♫ Allahu Rabbi, Aku tidak layak Ya Allah untuk ke syurgaMu...namun tak pula aku sanggup untuk aku ke NERAKAMU!™ ♫

Monday 22 June 2009

Usah menghukum POLITIK!!!

sumber; http://ibnumustofa.blogspot.com/

Tetiba aku nk sentuh bab politik pulak, aku x sempat nak tgk maksud perkataan 'politik' dlm kamus dewan. Ada masa nanti aku check. Ada org kata politik itu kotor, politik itu kerana ketagih kuasa, masuk politik kerana mahu hidup senang, berpolitik kerna mahu membela bangsa dan agama. Pelbagai tanggapan yg diberikan. Itu hak anda untuk memberi pelbagai pengertian dan penafsiran.

Bagi aku, bile kita masuk ke gelanggang politik,perkara pertama yg perlu ada ialah ilmu. Tanpa ilmu tak akan kemana. Ilmulah yang akan memimpin, memandu arah, mengawal anda agar menjadi seorang politikus yang hebat. Tanpa ilmu, seorang politikus itu akan kecundang sebelum mara ke medan juang. Banyak lagi elemen lain yg perlu ada bagi seorang ahli politik. Punya wibawa dan karisma, ada keberanian, tajam idea, amanah dgn tugas, berkeyakinan, berketrampilan, punya budi bahasa dan dekat dgn Tuhan.

Kebanyakan ahli politik itu memiliki semua elemen itu dan tidak kurang juga yang hanya punya separuh sahaja dpd elemen tersebut. Pokoknya, aku melihat, jika seorang ahli politik itu akrab dengan Tuhannya, maka tidak mungkin akan ada ahli politik yg rasuah, gila kuasa, pecah amanah, dan menghidap penyakit mazmumah dalam diri. Yang akan lahir daripadanya ialah seorang politikus yg bertakwa. Jika pula seseorang politikus itu renggang dgn Tuhannya, jarang syukurnya, hilang redhanya, maka yg akan lahir daripadanya ialah seorang politikus yg kotor hatinya, menebal mazmumah dlm jiwanya, khianat, sombong, tiada adab, gila kuasa, mencantas, takbur dan penindas.

Seorang politikus harus tahan dgn sepak terajang dalam dunia berpolitik, sabar hatinya, bersih jiwanya, amanah dgn tugasnya, tahan cacian dan makian, tahan umpatan dan ugutan, segala yg demikian perlu ada, jika tidak nescaya akan tewas dan membungkam ke bumi dgn hanya satu jentikan dpd lawan.

Politik itu tidak kotor, yg mengotori adalah org politik itu sendiri, jika dia berpolitik dgn batasan syariat, nescaya politik itu akan bersih mewangi tiada tercemar walau sepalit lumpur yang mengotori.

Ada org tidak paham politik. Katanya Islam dan politik tak boleh campur. Harus diasing, wajib dipisah. Siapa kata??itu tandanya orang tak mengaji. Dalam islam semua nya ada, dpd bangun tidur hingga tidur kembali semuanya diajarkan oleh Islam, politik merupakan satu juzuk dpd Islam, spt yg kita paham dalam Islam itu ada ibadat, muamalat, munakahat, jinayat dan lainnya. Segala urusan kita didunia ini harus disandar pada Islam, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara Islam acuannya. Ingat wahai politikus sekalian, amanah yang tertanggung di bahu kalian akan dipersoalkan oleh Allah swt di akhirat kelak, berpolitik la dgn cara Islam, jadikan redha Allah swt sebagai tujuan. Nescaya kamu akan mendapat kemuliaan disisi manusia dan Tuhan.

:: Berapa ramai yg sebelum jadi ahli politik baik lakunya, ramai kawannya, tapi selepas masuk politik, jelek lakunya, banyak musuhnya.

Saturday 20 June 2009

Pemergian seorang "abah"

Sudah terlewat ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada seorang ayah yg mendidik dan menjaga aku tika aku dilahirkan sehingga lah pada hembusan nafas terakhirnya pada tanggal 4 April 2007. SEDIH!!!

Pemergian dia menjadi pengajaran yg sangat besar buat aku dan seluruh keluarga. Tak sempat nak membawa abah ke tempat belajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah... Tak sempat jua nak tunjuk keputusan SPM... Tak sempat nak buktikan kepada abah, balasan menjaga dan mendidik dengan segulung diploma!

Sedih dan pilu jiwa ini tika mula mengenangkan mu. Bila dia tiada, barulah kita rasakan bahawa dia sangat berharga buat kita. Yg memilukan, aku tiada di sebelahnya atau di sampingnya tika hembusan terakhir. Tak sempat nak mendengarkan amanat2 terakhir dari mulut seorang ayah! Dengan kesakitan yg dia hadapi. Dgn kesengsaraan dia menanggung penderitaan sakit tua nya sendiri. Dgn menghadapi perih luluh menahan kesakitan Malaikat Izrail si Pencabut Nyawa... Tak tahu menahu situasinya bagaimana?!! Alangkah sedihnya bila aku duduk keseorangan mengenangkan kamu wahai ayah...



Adakah aku ini seorang anak yg derhaka pada engkau?? Tak bersama engkau bila sudah menyahut panggilan Allah... Tak menjaga engkau bila mana engkau berseorangan di Hospital Ipoh, Perak! Aku tidak tahu harus bagaimana aku luahkan perasaan sedih ini. Taktala sahabat2, pulang ke kampung demi menatap wajah seorang ayah, aku luluh memikirkan kamu. Rindu mahu berdoa dan munajat di hadapan pusara mu wahai ayah... Walaupun jauh berbatu-batu pusara mu di Tapah, Perak, aku tetap cuba berusaha utk menyinggah pusara mu wahai ayah... Tak terungkap rasanya menulis di ruangan kecil ini melainkan aku bertemu engkau wahai ayah..

Kepadamu ayah, moga kitakan berjumpa di padang Mahsyar dgn seribu satu penyebab kerinduan! Dan jika Allah merahmati utk kita ke SyurgaNya, aku akan memeluk mu erat wahai ayah di hadapan pintu syurga. Alangkah indahnya pada saat itu. Allahu Rabbi...

Kepadamu jua ayah, Doa anak yg soleh di antara bekalan engkau di alam barzakh. aku hadiahkan doa di setiap tangisan ku moga engkau dicucuri rahmatNya dan tenang menghadapi Munkar dan Nankir. Amin.... Dan dgn ucapan SELAMAT HARI BAPA!

Perumpamaan Bola Sepak

Seringkali dalam perumpamaan, bola sepak boleh dijadikan contoh untuk meningkatkan lagi kefahaman pendengar ataupun pembaca... Dan dengan perumpamaan spt ini, dapat kita memahami perjalanan seseorang penyampai. Perumpamaan bola sepak amat sesuai untuk kerja2 berpasukan spt contoh;



  • dalam padang ada 'captain' yg akan mengarahkan pasukannya, di luar padang ada 'coach' yg akan melatih pasukannya... Situasi ini sama lah spt di dalam sebuah organisasi yg mana, penasihat (sbg medan pemerhati dan pemantau) diibirat spt 'coach' tadi tu dan ketua atau presiden atau pengerusi diumpamakan spt tugas seorang 'captain' yg mengarahkan ahli di bawahnya melakukan kerja! 'Captain' juga berperanan mengatur strategi utk pasukannya..







  • tempoh 90 minit di padang ibaratkan spt seumur hidup kita di atas muka bumi, mereka bertempur dgn musuh selama 90 minit. Berhempas pulas, bermatian-matian semata2 ingin mendapatkan kemenangan... Begitu jugalah kita atas muka dunia, yang perlunya berlumba2 utk membuat kebajikan ( fastabiqul khaiirat ) demi semata2 inginkan kemenangan di hati Allah.






  • mereka yg bermain bola sepak, mesti akan dilatih sebelum bertempur di atas padang. Yelah...kena la training dulu. Kalau tak, macam mane nak lawan dgn musuh!! Spt kita yg perlunya mencari ilmu sbg persediaan menyampaikan KEBENARAN kpd org2 jahil, munafiq, fasik, kafir, agar mereka tahu KEBENARAN itu. Mencari ilmu tu ibarat spt kita di medan latihan.






  • peranan seorang 'coach' tak lari dari melatih anak buahnya supaya menjadi sebuah pasukan yg mantop untuk menghadapi serangan musuh, tak salah juga 'coach' nak marah dekat anak buah walaupun berbeza pendapat. Dah memang peranan seorang 'coach'... Begitu juga dalam sebuah organisasi, ada seorang penasihat yg akan memimpin, menegur dan memerhati gerak geri anak buahnya. Jikalau dia marah bila ada perselisihan pendapat, maka anak buah seharusnya berlapang dada menerimanya!







  • jelas seorang penyerang ( striker ), mestilah menjaringkan gol utk mendapat kemenangan... Dibantu juga oleh rakan-rakan yg bermain di posisi yg berlainan.. Ada yg kena mempertahankan gol, ada yg menggerakkan serangan, ada yg menghantar bola di sebelah tepi, ada yg mengejar bola, ada yg kena buat serangan gol.. Memang itu lah lumrah nya sesebuah kerja berpasukan ( al-Jamaah ), PAStinya ada kelebihan masing2 utk menggerakan pasukannya!! Walaupun kelebihannya hanya pandai memasak, sudah tentulah itu satu kelebihan baginya. Kalau tak, berLAPAR lah ahli pasukan sebab tak ada orang yg nak masak!! Hehe...along jgn marah ye!!


Itulah di antara perumpamaan nya yg dapat saya gariskan di sini. Mungkin sahabat2 yg membacanya ada lebih lagi perumpamaan tentang nya. Apa2 pun saya harapkan dari penulisan kali ini memberi mandat besar utk kita memikirkan permasalahan UMMAH dan sentiasa ingin berada di dalam sebuah pasukan!! Moga2 bermanfaat untuk kita semua. Jazakallah...

Friday 19 June 2009

Perancangan Yahudi!!!

Ini lah di antara perancangan jahat Yahudi Laknatullah!!! Cerita ini diaptasi dari filem "Lord of The Rings"...

Yg mana jikalau golongan yg cerdik pandai tengok cite ni, memanglah kisah dalam filem LOTR banyak diambil dari Sirah Nabi Muhammad SAW dan perjalanan kewujudan 'dajjal'.. Di mana kalau yg tak perasan, memanglah filem ini di antara filem yg hebat dari aspek strategi peperangan, tp org Yahudi menggunakan filem ini utk menunjukkan bahawa mereka bersedia utk menyambut kewujudan dajjal yg mahu memusnahkan muka bumi ini demi menghancurkan atau memusnahkan Islam. Mereka tak sedar bahawa itulah antara petanda besar KIAMAT akan berlaku!!!

Relevannya, sama2 lah fikirkan akan perancangan Yahudi yg mana kita tak perasan akan kesulitan permainan mereka!!! Saya ambil video ni dalam youtube; The Arrivals ... Ada banyak lagi video dalam tu, dalam 50 episod! Sama2 lah tengok sbg persediaan kita di samping mengetahui isu semasa berkaitan dgn kewujudan dajjal... Durjana Iblis yg mahu menyesatkan manusia walau dgn cara apa pun utk membalas kesengsaraan nya.

Firman Allah SWT;

"Iblis berkata: 'Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka" Surah al-Hijr ayat 39-40

Banyak lagi perancanggan mereka, antara yg saya ingat:

  • wanita bergaun merah
  • cite kartoon yg dilukis karakternya berasas kan gambar lucah
  • pembinaan2 bangunan yg berpiramid di puncaknya
  • 13 anak tangga
  • pertalian darah antara Bush dan Obama

kalau nak tahu lebih terperinci dan mendalam, lihat la video itu dalam saluran youtube! Saya cuma menyampaikan apa yg perlu disampaikan. Yg salah dan fitnah itu atas kelemahan saya sendiri. Wallahu'alam...

Thursday 18 June 2009

Rindu la...


Tempoh 6 bulan saya bersama sahabat-sahabat dalam rumah sewa... Pelbagai episod suka, duka, tawa dan kecewa utk mematangkan kami menempuh seta meniti perjuangan yg abadi. Menjadikan kami semakin rapat dan erat dalam bersama-sama mengapai kasih dan cinta kami kpd Tuhan Penguasa Langit dan Bumi!!!

"Ya Rabbi... aku RINDU pada mereka, namun dgn cara bagaimana Ya Allah harus aku labuhkan kerinduan ini?!!! Hanya pada Engkau, aku merayu akan rintihan rindu aku ini..."

RINDU pada Mizan!
RINDU masakan Along!
RINDU senyuman Luqman!
RINDUkan gurauan Keri!
RINDU nasihat Imran!
RINDU kerajinan Hambali!
RINDU laungan azan Abe Lias!
RINDU semua sahabat yg byk mendorong saya ke arah kebaikan!!

Sahabat, bila dah berjauhan baru rasa hati ini gelisah tak bertemuan kalian, baru rasa kamu sangat berHARGA buatku,
Kamu sungguh istimewa sahabat, sehinggakan aku lupa akan peristiwa2 buruk yg menimpa aku atas tindakan kalian kerana aku perlu menjaga ikatan persaudaraan ini! Terkadang kau buat aku menyinggung perasaan, sampai aku berani berbisik, "sanggup kau buat aku mcm ni"...

Aduss...mcm suami isteri la plak.. Hehe!

Bagi mereka yg pelik membacanya, jgn lah berfikiran lain. Kami sgt kasih pada Rasulullah SAW. Tak salah kalau kami mengikuti sunnah nya... Sehinggakan para sahabat Nabi Muhammad SAW sangat disanjungi dan disayangi Nabi spt Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Khalid al-Walid, Ibnu Mas'ud dan ramai lagi para sahabat.

Rasulullah pun bergurau jgk sesama sahabat baginda!
Begitu jgk kami yg sentiasa menjaga ukhwah atau talian persaudaraan di antara kami utk mengelakkan kami terlibat dgn gejala2 sosial yg saban hari semakin mengganas!!

Atas dasar kami menjaga ukhwah ini jgk, mengelakkan kami terjebak dgn budaya 'couple' yg sgt popular di kalangan remaja sekarang ni, yg jelasnya HARAM di sisi Islam.. (klik di sini)

Sepanjang di rumah sewa, kami byk berkongsi ilmu...


Kami cari ilmu sama-sama (gi ceramah)...


Kami makan dan meniaga nasi lemak sama-sama...


Kami letih beriadah main futsall sama-sama...

Yg bestnya, hasil ukhwah kami bersama, sampaikan nak "start" moto pun sama-sama...

Pendek kata, ke mana-mana pun kami selalu bersama...

Seronok kan??

Sebab itulah saya merindui mereka... Tak sabar nak menzahirkan kerinduan ini di alam kampus dgn Iman dan Ukhwah yg kami bina di sepanjang berada di rumah sewa... Hasilnya, rukun tafahum dan takaful dipraktikkan setelah rukun takruf (berkenalan) dipraktikkan di alam kampus sebelum ni tp tak semesra bila berada di rumah sewa...

Apa2 pun buat sahabat ku sekelian, nantilah aku utk mendakapimu, melabuh tirai kerinduan, melerai rasa keresahan, mengikat semula lirikan mata walau kita jauh di pandangan tetapi sentiasa di hati!!!

Miss u all!! =)

Tuesday 16 June 2009

Tahniah!!


Baru menjenguk http://www.harakahdaily.net/ ...

Terpegun dgn gambar saf kepimpinan Islam Malaysia dan sempat saya selitkan dalam posting kali ini...


Tarbiyyah Rabbaniah!

Dalam membicara kan soal Tarbiyyah!
Sangatlah sukar untuk dibicarakan terutama bagi jiwa dan kekuatan diri yang masih lemah...
Soal kelemahan memang terdapat dalam setiap penusuk sanubari seorang insan, mengetahui kelemahan itu kita harus bahkan perlu ada sifat mahu mematangkannya!!!!

Keimanan bukan sekadar omong kosong. Malah beriman sekadar iman teori; menggembur-gemburkan tentang Tarbiyyah Rabbaniah dengan lidah ataupun ungkapan yang enak kedengarannya di telinga sahaja. Malah mestilah wujud perlaksanaan amali yang dapat membersih dan memurnikan jiwa serta hati daripada segala kotoran dan karat-karat dosa perlaksanaan iman ini akhirnya dapat menguatkan hakikat keimanan itu sendiri di samping membawa seorang da'i mendekati tahap kesempurnaan.

-Almahrum Dr. Fathi Yakan-

Begitulah kata2 seorang mujahid ulung pada abad ini melalui penulisan nya dalam "Bahtera Penyelamat -dalam kehidupan pendakwah". Tp sayang nya, pemergiaan beliau menghilangkan secebis sinar Islam yang menerangi di bumi Syria pada 13 Jun lalu...

Terkedu dan terkejut membaca mesej dari sahabat saya, akhi Zaim...dalam mesej tu dia tulis:
"Dr. Fathi Yakan, Mursyidul Am Ikhwan Syria telah kembali ke Rahmatullah hari ini (13/6/09)..Al-Fatihah!"
Saya terhenti sejenak, mengigit jari, meremang bulu roma naik ke muka...Sedih!!!


Sungguh banyak pengorbanan beliau dalam perubahan bumi Islam tika ini. Berani dalam kebenaran tanpa ada rasa gentar!!!
Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh. Amin....
Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu diakhir zaman. Hasan Basri berkata:

مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ

"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamanya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)

Sunday 14 June 2009

MACINDA Sdn. Bhd. mengajarku...

Gambar di atas bersama staf2 syarikat... dari kiri, Asyraf(trainee), Damien(account), Michelle(saller director), Kak Mi(admin), Hei Ling(saller staf)....

Alhamdulillah pada tanggal 12/6/2009, tamat lah penantian 5 bulan yg memenatkan...
Pelbagai kisah suka, duka, tawa dan kecewa pabila berada di Macinda Sdn Bhd yg menjadi sebuah syarikat kontraktor kelas A yg mana syarikat ini terkemuka la jgk di sekitar daerah kuantan, pekan dan gambang especially di bumi Pahang ini.
Ber'praktikal' ni, byk la pengalaman. Kena datang awal, bergaul dgn pekerja2 yg macam2 ragamnya; ada yg dari seberang(mat indon), ada yg dari Myanmar, Bangladesh, tp hakikatnya berkenalan dgn org2 macam mereka memanglah sangat beruntung sebab kita dapat memahami pandangan mereka terhadap negara Malaysia ini... Pernah saya bertanyakan dgn sorang warga Myanmar, Nasir name dia...


"Abg, kenape suke keje kat Malaysia...dkt Myanmar macam mane??"

Nasir cakap:
"Aku malas nak keje kat sane, org Islam kena tindas...ada sekali tu aku keluar nak jalan2 dkt Myanmar, sekumpulan Buddha datang nak *bahan aku, siap bwk kayu lagi"
*bahan=belasah
"Berapa lame dah abg duk kat sini?"

Nasir jawab:
"14 tahun dah"

"Uish...lame sangat tu!!"

Nasir membalas:
"Mcm ni la hidup pelarian...aku tak paham macam mane aku boleh takot dgn negara sendiri, duk Malaysia ni bagus la...umat Islam tak ditindas"
p/s: Nasir yg berbaju kelabu hitam

Pada awalnya, rasa nak marah dgn masyarakat Myanmar, tp saya bangga dgn pendirian Nasir sbg seorg umat Islam yg cuba mencari ketenangan walaupun di negeri orang...yg penting Akidah dia masih lagi ampuh dan tak terkeluar dari agama Islam yg mulia ni (murtad).Nauzubillah..

Moga2 jadi pengajaran buat kita semua utk semangat kebersamaan kita terhadap Islam...
Memang lah Islam ni, diperangi hebat sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Apatah lagi kita yg umat akhir zaman... Walhal, dunia Islam baru2 ni digemparkan dengan kematian beberapa umat Islam yg ditembak mati ketika sedang mengerjakan solat Maghrib dkt Narathiwat, Selatan Thailand... Sungguh kejam manusia!!!



Tp, persoalannya, apa peranan kita sbg umat Islam??




Kembali pada cite sebenar... Saya cite serba sedikit tentang syarikat MACINDA. Nama MACINDA adalah singkatan dari Melayu, Cina dan India...
Dan menunjukkan semangat perpaduan dalam sesebuah syarikat tak mengira bangsa, asalkan kerja2 yg ditetapkan tu, berjalan dgn sempurna...hihi
Sempat jgk la di hari2 terakhir beramah mesra dgn staf2 syarikat walaupun terdapat insiden kecil ketika bekerja. Kaki saya kena lenyek dgn tayar forklift. Aduh!!!
Mula2 ingat kaki dah kemek kena lenyek, tp Alhamdulillah ada safety boot. Hehe...
Berguna jgk alat2 keselamatan ni!!
Apa pun, all the best to MACINDA Sdn. Bhd...

Wednesday 10 June 2009

Wah...tembok IMAN

Kagum melihat keunikan tembok besar China ni sehingga ia menjadikan salah satu dari 7 keajaiban dunia...

Tembok yg panjang sejauh 6400 km tak terjangkau dari sejauh mata memandang ini dibina atas dasar melindungi utara China dari serangan-serangan hebat dari puak Mongol dan Turkik.

Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Yang anehnya, bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama sehingga ke hari ini. Subhanallah...

Saya tertarik dengan pembinaannya sehingga menjadikan ia salah satu inspirasi utk terus meniti perjalanan yg masih jauh dan kita boleh lihat panjangnya dengan beberapa "menara pemerhati" di setiap puncak bukit...

Begitulah manusia menciptakan setiap kebendaan, pembangunan, kemajuan dengan kurniaan akal yg Allah berikan. Itu dari segi pembangunan!?? Bagaimana pula dgn jasmani?? Atau Rohani!!??

Dalam meniti kehidupan, memunggah segala macam kerahsian, kerahsian berupa penciptaan keAGUNGan, jasad ini memerlukan tembok utk membenteng dari serangan-serangan musuh yang lahiriyyah... Dgn cara bagaimana??
Jaga pemakanan, belajar ilmu seni mempertahankan diri, senaman dll. Barulah jasad ini mampu menghadapi dari segenap sudut serangan yg menyangkal akan kelemahan kita. Saban waktu, kita dengarkan kes-kes jenayah yg semakin memanjangkan taringnya, baik dari ragut, rogol, rompak, rasuah, liwat, dan macam-macam lagi yang tak bermoral.
Dengar je dah letih apatah lagi memikul beban si mangsa. Nauzubillah!!!

Riuk pikuk, lintang pukang cuba memboloskan diri dari permasalahan jenayah berkenaan membuatkan masyarakat semakin takot... Dan perasaan takot ini perlu dijadikan satu penyelesaian tentang bagaimana dan apakah cara yg terbaik utk membereskan masalah ini??!!

Duduk sebentar (bersama kopi radix..hehe), fikirkan dan renung2 kan...

Kekayaan, kecantikan, kebendaan, ke"seksi"an menjadi aspek utama kes ini berlaku. Mana tidaknya;
  • wanita dah pakai seksi, memang lah senang2 je kena rogol or ragut...
  • duit da terlalu byk, tak tahu nak sumbang dekat mane...hemmmm berjudi semacam
  • muka dah cantik tp tak pandai memanfaatkannya (tak jaga adab2 batas pergaulan dan aurat;utk kaum hawa), mula lah wujud kes rogol...yg memilukan hubungan bukan mahram sebelum perkahwinan...nak kata mudah "couple"
  • jawatan tinggi, duit berlipat tebal, hidup nak kejar dunia cari harta benda.....tak ada benda lain dah kalau bukan RASUAH!!!
  • IMAN goyah dan lemah, alamat nye nafsu la yg memandu kereta kehidupan!!
Nak betulkan manusia ni bukan senang, nak men'jahanamkan' manusia lagi senang.
So, jalan mana nak pilih? Nak senang kat dunia or senang kat akhirat??
Dari kisah tembok China tadi, dapatlah diambil cerita nya dari isi yg tersirat yg mana saya cuba mengajak untuk membina TEMBOK KEIMANAN!!!

Seperti nak bina tembok besar China, kena ada pekerja kena perah keringat tenaga...
Seperti juga nak dinding luaran, fizikal kena berusaha bagi membina tembok2 ampuh dgn kepelbagaian usaha...
Samalah juga nak mambina TEMBOK KEIMANAN. Perlu ada semangat, kekuatan, keyakinan, kesabaran bahkan PASti melalui ujian yg ditetapkan oleh Tuhan, Sang Penguasa Alam!!

Ujian atau cabaran yg dilalui tidak diberikan Allah di luar kemampuan kita malah kita yang merasakan ujian itu berat utk dipikul... Jgn memberat2 kannya!!!
Ujian-ujian sebeginilah yg selalu dialami oleh manusia dan kebanyakkan nya tak mampu memikulnya bagi mereka lalu terhanyut ke lembah bahana kedosaan.. Percayalah!!! Ujian itu PASti dihadapi. Cuma kita yang mahu menerimanya atau pun tidak?!!

Seringkali bagi org2 yg beriman akan diserang oleh musuh yg selalu menyerang seperti yg dikatakan Rasulullah. Apa??? Jihad melawan hawa nafsu...jihad yang besar utk kita tentangnya sebab ia tetap menyerang secara berterusan tanpa ada rasa jemu bahkan menyampah!!
Sbg penyelemat, kena ada sesuatu yang menghalang spt tembok besar China yg dibina utk melindungi utara China, inilah pentingnya TEMBOK KEIMANAN!!!!
Sbg penghadang serangan nafsu syahwat yang sentiasa meransang ke arah keMAKSIATan.. Nauzubillah!!

Shbt2,
binalah tembok itu agar kamu tahu betapa luasnya cintamu terhadap Dia,
tapi dengan cara apa harus aku binanya??,
keTAKWAan itulah yg menjadi kunci kehidupan,
kunci penunjuk jalan,
kunci utk ke taman,
taman-taman syurga yg penuh dgn keindahan...

keTAKWAan itulah yg menyuluh menyinari,
setiap langkah menyusuri,
akan manis mulut zikir,
pengubat hati,
menempuhi ranjau2 berduri,
utk menghindari,
panas membakar API yg tak terperi...

Tuesday 9 June 2009

Mari berkongsi cerita...

budak2 yg lahir pd thn 80/90an mesti ingat mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku cerita.ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.salesman susu pon camtu gak.
- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je.bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
- pakai pensel box msti yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
- main lwn pemadam, syg nak guna utk padam.padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
- cikgu pakai pembaris kuning pjg.Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgag pon kat situ.
- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh.ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolajla, ape la...
- main game 2D.super contra, supermario, street fighter, sume pakai tape.
- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
- balik skola beli JoJo xpon Dendang.Tora pon best gak.Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan diekat tV bole tembak alien tu...
- Siri kartun; power rangers, ultraman,transformers, ninja turtles,Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 xsmpt lyn bende2 ni.kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent....yarhhh!!

Pengajarannya ;
sentiasa muhasabah...sbb bila mane kita teringat akan peristiwa td, secara x lansung teringat juga zaman2 jahiliyyah yg lampau...syukur ku atas Hidayah Allah, Dia tempatkan aku di jalan yg benar bersama2 org2 yg beriman, moga jahilliyyah dahulu jd pgajaran buatku dan semua!!!

Sunday 7 June 2009

Jagalah pergaulan

PERGAULAN (khususnya FRIENDSTER & YM)
MUHASABAH KITA BERSAMA

1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )
Bukankah ada pepatah yang mengatakan, “ Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil “warak berbungkus”.

2. Couple
Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

3. “Chop awal2” Untuk berkahwin
“Mcm mane cik? Saya redha je kalau org tu dah ada empunya.” Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.’


4. Telefon Tidak ‘Urgent’
Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku

5. SMS Tidak ‘Urgent’
Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu
Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’
YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku. Firman Allah Subhanahu Wataala : Rasulullah s.a.w bersabda,
“ Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (HR. Ahmad)

RENUNGKANLAH…
Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka. Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini. Wallahu ‘alam.

Saturday 6 June 2009

TAHNIAH buat mereka yg memimpin Islam di Malaysia!!!



Pertamanya, sy mengucapkan TAHNIAH buat Ust. Nasruddin Hassan Tantawi kerana dipilih Allah utk memimpin Pemuda Islam di Malaysia, secara kolektifnya dipilih menjadi Ketua DPP Pusat sbb sifat keterbukaan ustaz terhadap kami yg selalu mengikuti kuliah ustaz di Akademi ar-Rasyidin setiap hari rabu dan khamis, memberi ustaz peluang utk ber"futsall" bersama2 kami....

Kami amat menghargai jasa dan pengorbanan masa yg ustaz berikan...walaupun sibok dgn kerja2 Islam ataupun amanah sbg ketua DPP Pusat, ustaz tetap mempunyai masa dan tenaga yg amat MANTAP...hehe. Sbb ape sy ckp MANTAP????



Sbb ustaz slalu buat gol!!!!hehe....setiap minggu kami slalu mgharapkan ustaz dpt bersama2 kami utk bermain futsall. Tp kdg2 dpt bermain, seronok jgk walaupun bkn setiap minggu...

Beruntung jgk dapat mengikuti kuliah ustaz di Akademi ar-Rasyidin, bukan setakat ilmu yg kami dapat, bahkan kami dapat menjalinkan hubungan dgn lebih erat membuatkan kami menjadi tidak kekok bertemu dan bertanya pada ustaz...tgok gmbr dkt atas tu!!

Gambar tu adalah hari pertama kami bersama ustaz di DeRhu Beach Resort... Walaupun jauh dari rumah sewa kami, tp semangat dan keyakinan kami tetap membara... Tahniah ustaz dilantik dan takziah juga kerana memikul beban amanah yg berat!!! ape2 pun yg trbaik buat ustaz dan Islam. Semuanya datang dari ketentuan Allah azza wajalla...




Keduanya, sy bangga dan yakin dgn kepimpinan ulama' terutama kpd Tuan Guru yg memenangi kerusi presiden tanpa ada yg bertanding... sy tidaklah mahir dalam ilmu politik, tanpa sy rasa satu ke"IZZAH"an dalam parti Islam ini terutamanya apabila rata2 pemimpin adalah dari kalangan yg berakhlak, berilmu, berpedoman, berpengaruh dan yg penting TAKWA yg membezakan di antara manusia yg lain...

Sy sendiri sbg org biasa, melihat dan berfikir, mengapa ramai di kalangan org Islam di Malaysia ini, tidak menyokong ataupun menghormati mereka yg berjuang utk agama Islam??? Sape lagi yg nak berjuang mempertahankan Islam, kalau bukan mereka yg bergelar ulama', da'ie, ustaz, pemuda Islam, pemudi/muslimat.... Dan kita yg beragama Islam ni, kenalah menyokong dan memberi galakkan pada mereka. Ini kan pulak, kita yg menentang mereka!!! Utk ape??? Agama Islam yg dikurniakan Allah ni pun nak tentang!!!! Nauzubillah....

Sy bukan nak memarahi mana² pihak, tetapi sy berfikir sejenak, sy duduk meratap, sy merenung sekejap hanya utk Islam yg dibawa oleh mereka... Sungguh mulia jasa dan pengorbanan mereka utk memuliakan Islam itu sendiri. Asalkan Islam itu mulia, walaupun mereka dicaci dan dihina. Sanggup buat apa saja yg tidak bertentangan dgn hukum-hakam agama, demi memartabatkan Islam yg diturunkan drNya...

Tabik hormat pada Tuan Guru yg menjadi pemimpin paling atasan utk mendaulahkan syariat Islam. Sy skali lagi berkata, sy x mahir dalam ilmu berpolitik, tp sy jadikan Tuan Guru sbg idola sy di sepanjang kehidupan sy sehari² dan yg lainnya membuatkan sy tertarik dgn perwatakan yg dibawa Tuan Guru.. Moga Islam itu menjaminkan perubahan dalam kerajaan yg penuh dgn rasuah dan penyelewengan.


Dan yg terakhir, kelantangan dan kezuhudan Tuan Guru menjadikan sy tertarik dgn keperibadiaannya menjadikan majoriti rakyat di Malaysia, menghormati Tok Guru dlm segenap sudut... Ingin sy ceritakan pada zaman sy kecil dahulu, masa tu tgh sekolah rendah. Fikiran x matang lagi tp dah mula berjinak² sokongkan Parti Islam se-Malaysia.
Kwn sy tanya :
"knape PAS, bukan ke Parti Islam se-Malaysia itu singkatannya ( PIS )" sindir seorg kwn sambil menunjukkan dua jari nya...
Sy ketika itu fikiran x matang lagi, jd sy diam la sbb x tahu nak ckp dan balas ape yg sepatotnye.. Maklumlah tgh zaman budak²... Bila dah semakin hari semakin membesar, Allah berikan nikmat akal utk kita berfikir, rupa2 nya PAS adalah daripada huruf "Fa, Alif, Sin" dari penulisan secara jawi....
Ooo..indah dan terungkai benar pemikiran pengasas ini sehinggakan nama PAS itu pun menjadikan sy tertarik dan tertawan.
Buat Tok Guru, semoga dapat meneruskan perjuangan yg diperjuangkan sejak dari Junjungan Nabi Muhammad SAW dan sy harap²kan inilah di antara golongan yg dikatakan Allah dalam surah al-Hujurat ayat 15:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kpd Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah"

Friday 5 June 2009

Cakap je tak guna...

Saya ni byk cite pasal melodi la, lagu la, nyayi2 la... "cakap je x guna la kan".
Kena lar tunjukkan serba sikit usaha2 dakwah yg cuba ditonjolkan...Setakat ni, Alhamdulillah ada dua kaedah dalam seni hiburan yg dpt membantu medium2 dakwah yg ingin disampaikan.



  • Pertamanya, kump Nasyid IKHWAN yg baru ditubuhkan selama x sampai setahun. Tp kehadiran mereka mcm ada satu izzah pada student2 POLISAS utk menghayati msg mereka...
    Kejayaan kump IKHWAN menyertai Pertandingan Nasyid antara Politeknik Se-Malaysia, di Ipoh menjadikan IKHWAN selalu dijemput utk membuat persembahan di dalam majlis2 rasmi sekitar POLISAS. Byk lagi kump IKHWAN kena blajar...dan yg plg penting, akhlak sbg pyampai Islam, kenalah jaga sbb dah memang lumrah pun, bile kita berada di atas pentas, mcm2 alasan nk kena buat demi semata2 nak lari dr keadaan...hehe.

IKHWAN



p/s : maaf xde gmbr yg khusus sbb x byk sesi penggambaran.hehe
  • Keduanya, kump band muzik HITAMPUTIH. Ni jgk salah satu usaha saya dan rakan2 utk menyampaikan msg2 bertauliah atau berilmiah. Kami nk selami minat remaja2 masa kini yg lebih tertumpu kpd hiburan2 yg me'lagho'kan.. Dan kami harapkan melalui medium dakwah ini dpt ditonjolkan nilai2 Islam. Stakat ni, dah ada dlm 3 or 4 lagu yg sedang dalam pembikinan. Tak rancang nk buat rakaman di studio2 sbb x cukup "perfect" dr segi susun atur melodi...hehe.


HITAM PUTIH

rythm - Alip


drum - Yat

lead guitar - Acak

bass - Bob

Begitulah td cite2 menarik ttg kump IKHWAN dan HITAMPUTIH...jgn singkatkan pemikiran, kalau tgok org main gitar je, SALAH...HARAM...jgn senang2 nk jatoh fatwa yg mcm tu. SKOP ruang dakwah tu luas terbentag bak seluas lautan. Cewaaaahhhh....ayat org sasterawan.hehe

Islam itu indah dan mudah kan......?kita sendiri yg menyusah2 kan Islam tu sbb kita sempitkan pemikiran, seolah2 Islam x bleh wat ape2.kalau tgok org Yahudi Laknatullah potong kek utk sambot hari jadi, xkan kita yg bergelar Islam ni, dihalang utk membuat perkara2 mcm tu??? Kalau mcm tu, org Islam x pyh la bwk kete. Pakat naik keta kuda belaka...ok? Main gitar x salah kalau dimainkan secara berhikmah...berbeza kalau org2 maksiat main gitar dlm konsert, terhanguk2, terhantuk, terketuk, masyarakat pandang biasa je....tp kalau yg kaki2 masjid ni pegang gitar je dah mengumpat sana sini...sbb pe?? Fikir2 kanlah!!!

Saya bukan nk pertikaikan soal Islam sbb Islam ni datang dari ALlah.kena berhati2 kalau nk karang ayat sendiri. Bimbangkan terkeluar dari Islam akibat cakap2 kita tanpa disedari, mensyirikkan ALlah... Na'uzubillah himin zalik!!!