Thursday, 18 June 2009

Rindu la...


Tempoh 6 bulan saya bersama sahabat-sahabat dalam rumah sewa... Pelbagai episod suka, duka, tawa dan kecewa utk mematangkan kami menempuh seta meniti perjuangan yg abadi. Menjadikan kami semakin rapat dan erat dalam bersama-sama mengapai kasih dan cinta kami kpd Tuhan Penguasa Langit dan Bumi!!!

"Ya Rabbi... aku RINDU pada mereka, namun dgn cara bagaimana Ya Allah harus aku labuhkan kerinduan ini?!!! Hanya pada Engkau, aku merayu akan rintihan rindu aku ini..."

RINDU pada Mizan!
RINDU masakan Along!
RINDU senyuman Luqman!
RINDUkan gurauan Keri!
RINDU nasihat Imran!
RINDU kerajinan Hambali!
RINDU laungan azan Abe Lias!
RINDU semua sahabat yg byk mendorong saya ke arah kebaikan!!

Sahabat, bila dah berjauhan baru rasa hati ini gelisah tak bertemuan kalian, baru rasa kamu sangat berHARGA buatku,
Kamu sungguh istimewa sahabat, sehinggakan aku lupa akan peristiwa2 buruk yg menimpa aku atas tindakan kalian kerana aku perlu menjaga ikatan persaudaraan ini! Terkadang kau buat aku menyinggung perasaan, sampai aku berani berbisik, "sanggup kau buat aku mcm ni"...

Aduss...mcm suami isteri la plak.. Hehe!

Bagi mereka yg pelik membacanya, jgn lah berfikiran lain. Kami sgt kasih pada Rasulullah SAW. Tak salah kalau kami mengikuti sunnah nya... Sehinggakan para sahabat Nabi Muhammad SAW sangat disanjungi dan disayangi Nabi spt Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Khalid al-Walid, Ibnu Mas'ud dan ramai lagi para sahabat.

Rasulullah pun bergurau jgk sesama sahabat baginda!
Begitu jgk kami yg sentiasa menjaga ukhwah atau talian persaudaraan di antara kami utk mengelakkan kami terlibat dgn gejala2 sosial yg saban hari semakin mengganas!!

Atas dasar kami menjaga ukhwah ini jgk, mengelakkan kami terjebak dgn budaya 'couple' yg sgt popular di kalangan remaja sekarang ni, yg jelasnya HARAM di sisi Islam.. (klik di sini)

Sepanjang di rumah sewa, kami byk berkongsi ilmu...


Kami cari ilmu sama-sama (gi ceramah)...


Kami makan dan meniaga nasi lemak sama-sama...


Kami letih beriadah main futsall sama-sama...

Yg bestnya, hasil ukhwah kami bersama, sampaikan nak "start" moto pun sama-sama...

Pendek kata, ke mana-mana pun kami selalu bersama...

Seronok kan??

Sebab itulah saya merindui mereka... Tak sabar nak menzahirkan kerinduan ini di alam kampus dgn Iman dan Ukhwah yg kami bina di sepanjang berada di rumah sewa... Hasilnya, rukun tafahum dan takaful dipraktikkan setelah rukun takruf (berkenalan) dipraktikkan di alam kampus sebelum ni tp tak semesra bila berada di rumah sewa...

Apa2 pun buat sahabat ku sekelian, nantilah aku utk mendakapimu, melabuh tirai kerinduan, melerai rasa keresahan, mengikat semula lirikan mata walau kita jauh di pandangan tetapi sentiasa di hati!!!

Miss u all!! =)

1 comment:

mey said...

antara kita da terbina 1 jalinan;kasih syg,,huhu.."kasih sayang terlalu indah untuk d kenang"