Thursday, 28 May 2009

Apa kaitannya melodi dgn PERJUANGAN?!!!

Ramai yang bertanyakan kpd saya, dan ramai juga yang memahami "apa sebenarnya melodi dan kaitannya dgn perjuangan?!!"

Kdg2 dlam perjuangan ni, byk tribulasi dan mehnah yg dihadapi oleh seorang insan bergelar da'ie. Namun, mereka yg ikhlas dan benar2 berserah dirinya kpd Allah azza wajalla sahaja yg x gentar malah mereka merasakan diri mereka dikasihi Sang Pencipta yg Maha Penyayang!!

Teringat kpd sebuah hadith Rasulullah SAW ;

"orang-orang mukmin sangat menakjubkan! Semua perkara yang berlaku kepada mereka semuanya adalah kebaikan. Sesungguhnya apabila mereka menerima sesuatu yang baik mereka bersyukur. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu yang mengecewakan mereka tetap bersyukur kerana membawa kebaikan bagi mereka"

(riwayat Muslim)

Apa yg saya ingin kaitkan ialah ;
Ujian yang diduga oleh org mukmin ni, seperti melodi sebuah lagu yang rancak. Jika mereka gembira, melodi berbau "funky" dan jika mereka kecewa, melodi berbunyi "sayu"...

Kdg2 kalau kita hadapi ujian ini dgn seorang diri, terasa bebanan yg berat kita pikul di atas bahu dan akal akan letih memikirkannya.

Bagaimana kalau ujian itu dihadapi dgn bantuan sahabat2 yg sentiasa mendorong ke arah yg baik?? Jelas, melodi yg mulanya sayu, akan didengar dengan penuh semangat sbbnya lagu itu didendangkan beramai-ramai...walaupun kedengaran sayu, ia tetap didengar dengan penuh keinsafan!!

Utk penghasilan sesebuah lagu yg menarik, kena ada komposer, kena ada penulis lirik, kena ada PA, kena ada guru vokal, kena ada perakam audio, kena ada yg berkaitan.barulah dapat suatu penghasilan yg berjaya. Samalah sekiranya kita berjuang...tak boleh sekiranya berjuang berseorangan mahupun kita dikurniakan kelebihan yg mampu utk kita perjuangkan Islam.


Teringat firman Allah SWT dlm surah as-Saff ayat yg ke-4;
"Sesungguhnya Allah amat mengasihi hambaNya yg berjuang di jalan-Nya dalam satu barisan seolah-olah seperti bangunan yg tersusun kukuh"


Penting tak berjuang dalam kumpulan???
kalau lah boleh kita ni pikul beban perjuangan berseorangan, mana mungkin Islam itu akan subur tanpa Jamaah!!!
Inilah pentingnya sahabat2 yg senantiasa berada sebaris dgn kita utk memperjuangkan Islam sebegitu jugalah utk penciptaan melodi memerlukan beberapa yg berkaitan seperti yg saya telah sebutkan...

Andaikata jikalau mata rantai perjuangan ini, terputus dari pautannya, maka jgn fikir perjuangan ini akan berakhir, Islam tetap dijuangkan dan istilah kalah tiada lansung dalam perjuangan!!!

Andaikata jikalau seorang penyanyi terlupa akan liriknya, maka jgn pernah fikir lagu akan terhenti kerana melodi tetap berbunyi disebabkan fungsinya telah ditetapkan dan istilah sumbang tiada lansung dalam melodi yg mana telah terlatih nyayiannya!!!

Banyak yg ingin diperkatakan, tp yg penting pembaca dapat memahami istilah "Melodi Sebuah Perjuangan"

Monday, 18 May 2009

Nanti saya "update"...

Maaf kpd pengunjung2 'melodiperjuangan', kesibokan dan keletihan membuat aku sering terhenti dari medan blog ni....inilah alasan2 yg mudah dan sering digunakan oleh pejuang2 utk mereka mencipta alasan... (jgn beralasan lagi)!!!

Inilah pentingnya pejuang2 yg slalu memberi semangat utk aku terus semai nikmat perjuangan. Shbt2 menjadi semangat utk aku teruskan perjuangan.Syukran kpd mereka!!!

Wednesday, 6 May 2009

Muzik Islam Alternatif Dakwah

Anda kenal x Yusuf Islam??


Lebih mudah kalau saya menggunakan Yusuf Islam sbg 'role model' utk menunjukkan Alternatif Dakwah yg cuba disampaikan beliau melalui Muzik Islam... Beliau merupakan penyanyi Muslim Inggeris yg digelar "Si Bono Muslim".(Bono adalah vokalis terkenal U2).

Sebanyak 5 juta keping telah terjual dr dua almbumnya yg berjudul Al-Mu'allim dan My Ummah. Lagu-lagu ciptaannya byk berkait dgn tema Islam dan menjadi salah seorang Muslim di masa sekarang. Ia adalah salah seorang artis muzik kontemporer yg popular.
Merdu suara dan wajah tampan Yusuf memang menggagumkan peminatnya. Tetapi dgn cara itu, ia juga berjaya menanamkan seruan dakwah Islam dgn lebih berkesan.
Pemuzik kontemporer muslim paling terkenal di dunia tentulah Yusf Islam. Di era 70-an, mualaf ini dikenali dgn lagu-lagu lembutnya. Sudah 60 juta keping lebih dr album-albumnya telah terjual hingga sekarang. Kini, setelah 28 tahun tidak aktif dr gemerlapan dunia muzik, ia melancarkan album pertamanya yg berjudul An Other Cup.

Sebelum album ini, Yusuf telah mengeluarkan beberapa album Islami. Namun dialbum An Other Cup, ia menambat hati para peminat lamanya melalui sebuah album yg kaya dgn seruan dakwah.
Muzik Islam telah menjadi muzik alternatif dunia yg kaya dgn budaya dan tidak lagi "berbau" padang pasir, tetapi sudah dipengaruhi khazanah muzik moden kotemporer. Kini, muzik "religius" Islami bukan lagi menjadi milik peribadi kumpulan nasyid je. Para seniman muzik berlumba-lumba menjelajah ke pelbagai jenis muzik terkini utk mengiringi seruan dakwah kpd pendengar.

Kumpulan Mestica kat atas ni adalah salah satu kump. nasyid dkt Malaysia. Secara sinonimnya, nasyid sudah semestilah membawa muzik unsur2 ketuhanan dan PAStinya mereka berada di atas paksi "dakwah". Namun ekspirimen muzik "religius Islami" yg menjadi tren di Malaysia dan Indonesia ini bukan perkara baru...

Di bawah adalah salah satu tren muzik dakwah di Indonesia...dr kump. Ungu (Para PencariMu)


video



Saduran muzik yg dibawa para pemuzik Muslim ini tidak hanya terikat dgn berbagai muzik mainstream di dunia. Genre-genre muzik kontemporer Islami ini sudah pelbagai dari hard rock, slow pop, soul, blues, jazz dan muzik rap atau hiphop.

Kualiti muzik religius Islami ini diiktiraf oleh pengkritik muzik dunia, bahkan oleh para juri dr penghargaan muzik prestij Grammy Award.

p/s: sebenarnya impian aku nak jadi spt mereka.jd, doa-doakanlah semoga ia termakbul...



Friday, 1 May 2009

Salam Perkenalan..

Alhamdulillah saya telah pun mencipta sebuah 'blog' bagi mengembangkan lagi medan dakwah ini, insyaAllah..

Harap segala perkongsian ilmu dapat dikongsi bersama...
Aku di sini bukanlah semulia dan sempurna,
Kebanyakkan waktu aku cuba mencari makna,
Makna
sebuah perjuangan yang nyata,

Tapi adakah dari penulisan blog ini,
Mampu aku luahkan segala penat dan perih meniti perjuangan ini...