Wednesday, 6 May 2009

Muzik Islam Alternatif Dakwah

Anda kenal x Yusuf Islam??


Lebih mudah kalau saya menggunakan Yusuf Islam sbg 'role model' utk menunjukkan Alternatif Dakwah yg cuba disampaikan beliau melalui Muzik Islam... Beliau merupakan penyanyi Muslim Inggeris yg digelar "Si Bono Muslim".(Bono adalah vokalis terkenal U2).

Sebanyak 5 juta keping telah terjual dr dua almbumnya yg berjudul Al-Mu'allim dan My Ummah. Lagu-lagu ciptaannya byk berkait dgn tema Islam dan menjadi salah seorang Muslim di masa sekarang. Ia adalah salah seorang artis muzik kontemporer yg popular.
Merdu suara dan wajah tampan Yusuf memang menggagumkan peminatnya. Tetapi dgn cara itu, ia juga berjaya menanamkan seruan dakwah Islam dgn lebih berkesan.
Pemuzik kontemporer muslim paling terkenal di dunia tentulah Yusf Islam. Di era 70-an, mualaf ini dikenali dgn lagu-lagu lembutnya. Sudah 60 juta keping lebih dr album-albumnya telah terjual hingga sekarang. Kini, setelah 28 tahun tidak aktif dr gemerlapan dunia muzik, ia melancarkan album pertamanya yg berjudul An Other Cup.

Sebelum album ini, Yusuf telah mengeluarkan beberapa album Islami. Namun dialbum An Other Cup, ia menambat hati para peminat lamanya melalui sebuah album yg kaya dgn seruan dakwah.
Muzik Islam telah menjadi muzik alternatif dunia yg kaya dgn budaya dan tidak lagi "berbau" padang pasir, tetapi sudah dipengaruhi khazanah muzik moden kotemporer. Kini, muzik "religius" Islami bukan lagi menjadi milik peribadi kumpulan nasyid je. Para seniman muzik berlumba-lumba menjelajah ke pelbagai jenis muzik terkini utk mengiringi seruan dakwah kpd pendengar.

Kumpulan Mestica kat atas ni adalah salah satu kump. nasyid dkt Malaysia. Secara sinonimnya, nasyid sudah semestilah membawa muzik unsur2 ketuhanan dan PAStinya mereka berada di atas paksi "dakwah". Namun ekspirimen muzik "religius Islami" yg menjadi tren di Malaysia dan Indonesia ini bukan perkara baru...

Di bawah adalah salah satu tren muzik dakwah di Indonesia...dr kump. Ungu (Para PencariMu)




Saduran muzik yg dibawa para pemuzik Muslim ini tidak hanya terikat dgn berbagai muzik mainstream di dunia. Genre-genre muzik kontemporer Islami ini sudah pelbagai dari hard rock, slow pop, soul, blues, jazz dan muzik rap atau hiphop.

Kualiti muzik religius Islami ini diiktiraf oleh pengkritik muzik dunia, bahkan oleh para juri dr penghargaan muzik prestij Grammy Award.

p/s: sebenarnya impian aku nak jadi spt mereka.jd, doa-doakanlah semoga ia termakbul...



1 comment:

ibnu muhammad said...

salam, nampaknya kita alam satu perjuang. duk mana