Thursday, 28 May 2009

Apa kaitannya melodi dgn PERJUANGAN?!!!

Ramai yang bertanyakan kpd saya, dan ramai juga yang memahami "apa sebenarnya melodi dan kaitannya dgn perjuangan?!!"

Kdg2 dlam perjuangan ni, byk tribulasi dan mehnah yg dihadapi oleh seorang insan bergelar da'ie. Namun, mereka yg ikhlas dan benar2 berserah dirinya kpd Allah azza wajalla sahaja yg x gentar malah mereka merasakan diri mereka dikasihi Sang Pencipta yg Maha Penyayang!!

Teringat kpd sebuah hadith Rasulullah SAW ;

"orang-orang mukmin sangat menakjubkan! Semua perkara yang berlaku kepada mereka semuanya adalah kebaikan. Sesungguhnya apabila mereka menerima sesuatu yang baik mereka bersyukur. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu yang mengecewakan mereka tetap bersyukur kerana membawa kebaikan bagi mereka"

(riwayat Muslim)

Apa yg saya ingin kaitkan ialah ;
Ujian yang diduga oleh org mukmin ni, seperti melodi sebuah lagu yang rancak. Jika mereka gembira, melodi berbau "funky" dan jika mereka kecewa, melodi berbunyi "sayu"...

Kdg2 kalau kita hadapi ujian ini dgn seorang diri, terasa bebanan yg berat kita pikul di atas bahu dan akal akan letih memikirkannya.

Bagaimana kalau ujian itu dihadapi dgn bantuan sahabat2 yg sentiasa mendorong ke arah yg baik?? Jelas, melodi yg mulanya sayu, akan didengar dengan penuh semangat sbbnya lagu itu didendangkan beramai-ramai...walaupun kedengaran sayu, ia tetap didengar dengan penuh keinsafan!!

Utk penghasilan sesebuah lagu yg menarik, kena ada komposer, kena ada penulis lirik, kena ada PA, kena ada guru vokal, kena ada perakam audio, kena ada yg berkaitan.barulah dapat suatu penghasilan yg berjaya. Samalah sekiranya kita berjuang...tak boleh sekiranya berjuang berseorangan mahupun kita dikurniakan kelebihan yg mampu utk kita perjuangkan Islam.


Teringat firman Allah SWT dlm surah as-Saff ayat yg ke-4;
"Sesungguhnya Allah amat mengasihi hambaNya yg berjuang di jalan-Nya dalam satu barisan seolah-olah seperti bangunan yg tersusun kukuh"


Penting tak berjuang dalam kumpulan???
kalau lah boleh kita ni pikul beban perjuangan berseorangan, mana mungkin Islam itu akan subur tanpa Jamaah!!!
Inilah pentingnya sahabat2 yg senantiasa berada sebaris dgn kita utk memperjuangkan Islam sebegitu jugalah utk penciptaan melodi memerlukan beberapa yg berkaitan seperti yg saya telah sebutkan...

Andaikata jikalau mata rantai perjuangan ini, terputus dari pautannya, maka jgn fikir perjuangan ini akan berakhir, Islam tetap dijuangkan dan istilah kalah tiada lansung dalam perjuangan!!!

Andaikata jikalau seorang penyanyi terlupa akan liriknya, maka jgn pernah fikir lagu akan terhenti kerana melodi tetap berbunyi disebabkan fungsinya telah ditetapkan dan istilah sumbang tiada lansung dalam melodi yg mana telah terlatih nyayiannya!!!

Banyak yg ingin diperkatakan, tp yg penting pembaca dapat memahami istilah "Melodi Sebuah Perjuangan"

No comments: