Wednesday 10 June 2009

Wah...tembok IMAN

Kagum melihat keunikan tembok besar China ni sehingga ia menjadikan salah satu dari 7 keajaiban dunia...

Tembok yg panjang sejauh 6400 km tak terjangkau dari sejauh mata memandang ini dibina atas dasar melindungi utara China dari serangan-serangan hebat dari puak Mongol dan Turkik.

Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Yang anehnya, bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama sehingga ke hari ini. Subhanallah...

Saya tertarik dengan pembinaannya sehingga menjadikan ia salah satu inspirasi utk terus meniti perjalanan yg masih jauh dan kita boleh lihat panjangnya dengan beberapa "menara pemerhati" di setiap puncak bukit...

Begitulah manusia menciptakan setiap kebendaan, pembangunan, kemajuan dengan kurniaan akal yg Allah berikan. Itu dari segi pembangunan!?? Bagaimana pula dgn jasmani?? Atau Rohani!!??

Dalam meniti kehidupan, memunggah segala macam kerahsian, kerahsian berupa penciptaan keAGUNGan, jasad ini memerlukan tembok utk membenteng dari serangan-serangan musuh yang lahiriyyah... Dgn cara bagaimana??
Jaga pemakanan, belajar ilmu seni mempertahankan diri, senaman dll. Barulah jasad ini mampu menghadapi dari segenap sudut serangan yg menyangkal akan kelemahan kita. Saban waktu, kita dengarkan kes-kes jenayah yg semakin memanjangkan taringnya, baik dari ragut, rogol, rompak, rasuah, liwat, dan macam-macam lagi yang tak bermoral.
Dengar je dah letih apatah lagi memikul beban si mangsa. Nauzubillah!!!

Riuk pikuk, lintang pukang cuba memboloskan diri dari permasalahan jenayah berkenaan membuatkan masyarakat semakin takot... Dan perasaan takot ini perlu dijadikan satu penyelesaian tentang bagaimana dan apakah cara yg terbaik utk membereskan masalah ini??!!

Duduk sebentar (bersama kopi radix..hehe), fikirkan dan renung2 kan...

Kekayaan, kecantikan, kebendaan, ke"seksi"an menjadi aspek utama kes ini berlaku. Mana tidaknya;
  • wanita dah pakai seksi, memang lah senang2 je kena rogol or ragut...
  • duit da terlalu byk, tak tahu nak sumbang dekat mane...hemmmm berjudi semacam
  • muka dah cantik tp tak pandai memanfaatkannya (tak jaga adab2 batas pergaulan dan aurat;utk kaum hawa), mula lah wujud kes rogol...yg memilukan hubungan bukan mahram sebelum perkahwinan...nak kata mudah "couple"
  • jawatan tinggi, duit berlipat tebal, hidup nak kejar dunia cari harta benda.....tak ada benda lain dah kalau bukan RASUAH!!!
  • IMAN goyah dan lemah, alamat nye nafsu la yg memandu kereta kehidupan!!
Nak betulkan manusia ni bukan senang, nak men'jahanamkan' manusia lagi senang.
So, jalan mana nak pilih? Nak senang kat dunia or senang kat akhirat??
Dari kisah tembok China tadi, dapatlah diambil cerita nya dari isi yg tersirat yg mana saya cuba mengajak untuk membina TEMBOK KEIMANAN!!!

Seperti nak bina tembok besar China, kena ada pekerja kena perah keringat tenaga...
Seperti juga nak dinding luaran, fizikal kena berusaha bagi membina tembok2 ampuh dgn kepelbagaian usaha...
Samalah juga nak mambina TEMBOK KEIMANAN. Perlu ada semangat, kekuatan, keyakinan, kesabaran bahkan PASti melalui ujian yg ditetapkan oleh Tuhan, Sang Penguasa Alam!!

Ujian atau cabaran yg dilalui tidak diberikan Allah di luar kemampuan kita malah kita yang merasakan ujian itu berat utk dipikul... Jgn memberat2 kannya!!!
Ujian-ujian sebeginilah yg selalu dialami oleh manusia dan kebanyakkan nya tak mampu memikulnya bagi mereka lalu terhanyut ke lembah bahana kedosaan.. Percayalah!!! Ujian itu PASti dihadapi. Cuma kita yang mahu menerimanya atau pun tidak?!!

Seringkali bagi org2 yg beriman akan diserang oleh musuh yg selalu menyerang seperti yg dikatakan Rasulullah. Apa??? Jihad melawan hawa nafsu...jihad yang besar utk kita tentangnya sebab ia tetap menyerang secara berterusan tanpa ada rasa jemu bahkan menyampah!!
Sbg penyelemat, kena ada sesuatu yang menghalang spt tembok besar China yg dibina utk melindungi utara China, inilah pentingnya TEMBOK KEIMANAN!!!!
Sbg penghadang serangan nafsu syahwat yang sentiasa meransang ke arah keMAKSIATan.. Nauzubillah!!

Shbt2,
binalah tembok itu agar kamu tahu betapa luasnya cintamu terhadap Dia,
tapi dengan cara apa harus aku binanya??,
keTAKWAan itulah yg menjadi kunci kehidupan,
kunci penunjuk jalan,
kunci utk ke taman,
taman-taman syurga yg penuh dgn keindahan...

keTAKWAan itulah yg menyuluh menyinari,
setiap langkah menyusuri,
akan manis mulut zikir,
pengubat hati,
menempuhi ranjau2 berduri,
utk menghindari,
panas membakar API yg tak terperi...

2 comments:

Anonymous said...

Terpaku merenung kata hikmah ini...
Moga apa yg diperkatakan, itulah yg dilakukan terlebih dahulu...
JGN hanya berani berkata tp x melakukan!!!
-ikhlas menulis-

zikri alias said...

Alahamdulillah acak....sonok bace penulisan acak...bgus2...berani berkata kerana menyampaikan kebenaran...