Monday, 22 June 2009

Usah menghukum POLITIK!!!

sumber; http://ibnumustofa.blogspot.com/

Tetiba aku nk sentuh bab politik pulak, aku x sempat nak tgk maksud perkataan 'politik' dlm kamus dewan. Ada masa nanti aku check. Ada org kata politik itu kotor, politik itu kerana ketagih kuasa, masuk politik kerana mahu hidup senang, berpolitik kerna mahu membela bangsa dan agama. Pelbagai tanggapan yg diberikan. Itu hak anda untuk memberi pelbagai pengertian dan penafsiran.

Bagi aku, bile kita masuk ke gelanggang politik,perkara pertama yg perlu ada ialah ilmu. Tanpa ilmu tak akan kemana. Ilmulah yang akan memimpin, memandu arah, mengawal anda agar menjadi seorang politikus yang hebat. Tanpa ilmu, seorang politikus itu akan kecundang sebelum mara ke medan juang. Banyak lagi elemen lain yg perlu ada bagi seorang ahli politik. Punya wibawa dan karisma, ada keberanian, tajam idea, amanah dgn tugas, berkeyakinan, berketrampilan, punya budi bahasa dan dekat dgn Tuhan.

Kebanyakan ahli politik itu memiliki semua elemen itu dan tidak kurang juga yang hanya punya separuh sahaja dpd elemen tersebut. Pokoknya, aku melihat, jika seorang ahli politik itu akrab dengan Tuhannya, maka tidak mungkin akan ada ahli politik yg rasuah, gila kuasa, pecah amanah, dan menghidap penyakit mazmumah dalam diri. Yang akan lahir daripadanya ialah seorang politikus yg bertakwa. Jika pula seseorang politikus itu renggang dgn Tuhannya, jarang syukurnya, hilang redhanya, maka yg akan lahir daripadanya ialah seorang politikus yg kotor hatinya, menebal mazmumah dlm jiwanya, khianat, sombong, tiada adab, gila kuasa, mencantas, takbur dan penindas.

Seorang politikus harus tahan dgn sepak terajang dalam dunia berpolitik, sabar hatinya, bersih jiwanya, amanah dgn tugasnya, tahan cacian dan makian, tahan umpatan dan ugutan, segala yg demikian perlu ada, jika tidak nescaya akan tewas dan membungkam ke bumi dgn hanya satu jentikan dpd lawan.

Politik itu tidak kotor, yg mengotori adalah org politik itu sendiri, jika dia berpolitik dgn batasan syariat, nescaya politik itu akan bersih mewangi tiada tercemar walau sepalit lumpur yang mengotori.

Ada org tidak paham politik. Katanya Islam dan politik tak boleh campur. Harus diasing, wajib dipisah. Siapa kata??itu tandanya orang tak mengaji. Dalam islam semua nya ada, dpd bangun tidur hingga tidur kembali semuanya diajarkan oleh Islam, politik merupakan satu juzuk dpd Islam, spt yg kita paham dalam Islam itu ada ibadat, muamalat, munakahat, jinayat dan lainnya. Segala urusan kita didunia ini harus disandar pada Islam, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara Islam acuannya. Ingat wahai politikus sekalian, amanah yang tertanggung di bahu kalian akan dipersoalkan oleh Allah swt di akhirat kelak, berpolitik la dgn cara Islam, jadikan redha Allah swt sebagai tujuan. Nescaya kamu akan mendapat kemuliaan disisi manusia dan Tuhan.

:: Berapa ramai yg sebelum jadi ahli politik baik lakunya, ramai kawannya, tapi selepas masuk politik, jelek lakunya, banyak musuhnya.

No comments: