Sunday, 14 June 2009

MACINDA Sdn. Bhd. mengajarku...

Gambar di atas bersama staf2 syarikat... dari kiri, Asyraf(trainee), Damien(account), Michelle(saller director), Kak Mi(admin), Hei Ling(saller staf)....

Alhamdulillah pada tanggal 12/6/2009, tamat lah penantian 5 bulan yg memenatkan...
Pelbagai kisah suka, duka, tawa dan kecewa pabila berada di Macinda Sdn Bhd yg menjadi sebuah syarikat kontraktor kelas A yg mana syarikat ini terkemuka la jgk di sekitar daerah kuantan, pekan dan gambang especially di bumi Pahang ini.
Ber'praktikal' ni, byk la pengalaman. Kena datang awal, bergaul dgn pekerja2 yg macam2 ragamnya; ada yg dari seberang(mat indon), ada yg dari Myanmar, Bangladesh, tp hakikatnya berkenalan dgn org2 macam mereka memanglah sangat beruntung sebab kita dapat memahami pandangan mereka terhadap negara Malaysia ini... Pernah saya bertanyakan dgn sorang warga Myanmar, Nasir name dia...


"Abg, kenape suke keje kat Malaysia...dkt Myanmar macam mane??"

Nasir cakap:
"Aku malas nak keje kat sane, org Islam kena tindas...ada sekali tu aku keluar nak jalan2 dkt Myanmar, sekumpulan Buddha datang nak *bahan aku, siap bwk kayu lagi"
*bahan=belasah
"Berapa lame dah abg duk kat sini?"

Nasir jawab:
"14 tahun dah"

"Uish...lame sangat tu!!"

Nasir membalas:
"Mcm ni la hidup pelarian...aku tak paham macam mane aku boleh takot dgn negara sendiri, duk Malaysia ni bagus la...umat Islam tak ditindas"
p/s: Nasir yg berbaju kelabu hitam

Pada awalnya, rasa nak marah dgn masyarakat Myanmar, tp saya bangga dgn pendirian Nasir sbg seorg umat Islam yg cuba mencari ketenangan walaupun di negeri orang...yg penting Akidah dia masih lagi ampuh dan tak terkeluar dari agama Islam yg mulia ni (murtad).Nauzubillah..

Moga2 jadi pengajaran buat kita semua utk semangat kebersamaan kita terhadap Islam...
Memang lah Islam ni, diperangi hebat sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Apatah lagi kita yg umat akhir zaman... Walhal, dunia Islam baru2 ni digemparkan dengan kematian beberapa umat Islam yg ditembak mati ketika sedang mengerjakan solat Maghrib dkt Narathiwat, Selatan Thailand... Sungguh kejam manusia!!!



Tp, persoalannya, apa peranan kita sbg umat Islam??




Kembali pada cite sebenar... Saya cite serba sedikit tentang syarikat MACINDA. Nama MACINDA adalah singkatan dari Melayu, Cina dan India...
Dan menunjukkan semangat perpaduan dalam sesebuah syarikat tak mengira bangsa, asalkan kerja2 yg ditetapkan tu, berjalan dgn sempurna...hihi
Sempat jgk la di hari2 terakhir beramah mesra dgn staf2 syarikat walaupun terdapat insiden kecil ketika bekerja. Kaki saya kena lenyek dgn tayar forklift. Aduh!!!
Mula2 ingat kaki dah kemek kena lenyek, tp Alhamdulillah ada safety boot. Hehe...
Berguna jgk alat2 keselamatan ni!!
Apa pun, all the best to MACINDA Sdn. Bhd...