Saturday 20 June 2009

Pemergian seorang "abah"

Sudah terlewat ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada seorang ayah yg mendidik dan menjaga aku tika aku dilahirkan sehingga lah pada hembusan nafas terakhirnya pada tanggal 4 April 2007. SEDIH!!!

Pemergian dia menjadi pengajaran yg sangat besar buat aku dan seluruh keluarga. Tak sempat nak membawa abah ke tempat belajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah... Tak sempat jua nak tunjuk keputusan SPM... Tak sempat nak buktikan kepada abah, balasan menjaga dan mendidik dengan segulung diploma!

Sedih dan pilu jiwa ini tika mula mengenangkan mu. Bila dia tiada, barulah kita rasakan bahawa dia sangat berharga buat kita. Yg memilukan, aku tiada di sebelahnya atau di sampingnya tika hembusan terakhir. Tak sempat nak mendengarkan amanat2 terakhir dari mulut seorang ayah! Dengan kesakitan yg dia hadapi. Dgn kesengsaraan dia menanggung penderitaan sakit tua nya sendiri. Dgn menghadapi perih luluh menahan kesakitan Malaikat Izrail si Pencabut Nyawa... Tak tahu menahu situasinya bagaimana?!! Alangkah sedihnya bila aku duduk keseorangan mengenangkan kamu wahai ayah...



Adakah aku ini seorang anak yg derhaka pada engkau?? Tak bersama engkau bila sudah menyahut panggilan Allah... Tak menjaga engkau bila mana engkau berseorangan di Hospital Ipoh, Perak! Aku tidak tahu harus bagaimana aku luahkan perasaan sedih ini. Taktala sahabat2, pulang ke kampung demi menatap wajah seorang ayah, aku luluh memikirkan kamu. Rindu mahu berdoa dan munajat di hadapan pusara mu wahai ayah... Walaupun jauh berbatu-batu pusara mu di Tapah, Perak, aku tetap cuba berusaha utk menyinggah pusara mu wahai ayah... Tak terungkap rasanya menulis di ruangan kecil ini melainkan aku bertemu engkau wahai ayah..

Kepadamu ayah, moga kitakan berjumpa di padang Mahsyar dgn seribu satu penyebab kerinduan! Dan jika Allah merahmati utk kita ke SyurgaNya, aku akan memeluk mu erat wahai ayah di hadapan pintu syurga. Alangkah indahnya pada saat itu. Allahu Rabbi...

Kepadamu jua ayah, Doa anak yg soleh di antara bekalan engkau di alam barzakh. aku hadiahkan doa di setiap tangisan ku moga engkau dicucuri rahmatNya dan tenang menghadapi Munkar dan Nankir. Amin.... Dan dgn ucapan SELAMAT HARI BAPA!

1 comment:

Anonymous said...

Doakannya moga ditempatkan dikalangn para solihin....