Saturday 6 June 2009

TAHNIAH buat mereka yg memimpin Islam di Malaysia!!!



Pertamanya, sy mengucapkan TAHNIAH buat Ust. Nasruddin Hassan Tantawi kerana dipilih Allah utk memimpin Pemuda Islam di Malaysia, secara kolektifnya dipilih menjadi Ketua DPP Pusat sbb sifat keterbukaan ustaz terhadap kami yg selalu mengikuti kuliah ustaz di Akademi ar-Rasyidin setiap hari rabu dan khamis, memberi ustaz peluang utk ber"futsall" bersama2 kami....

Kami amat menghargai jasa dan pengorbanan masa yg ustaz berikan...walaupun sibok dgn kerja2 Islam ataupun amanah sbg ketua DPP Pusat, ustaz tetap mempunyai masa dan tenaga yg amat MANTAP...hehe. Sbb ape sy ckp MANTAP????



Sbb ustaz slalu buat gol!!!!hehe....setiap minggu kami slalu mgharapkan ustaz dpt bersama2 kami utk bermain futsall. Tp kdg2 dpt bermain, seronok jgk walaupun bkn setiap minggu...

Beruntung jgk dapat mengikuti kuliah ustaz di Akademi ar-Rasyidin, bukan setakat ilmu yg kami dapat, bahkan kami dapat menjalinkan hubungan dgn lebih erat membuatkan kami menjadi tidak kekok bertemu dan bertanya pada ustaz...tgok gmbr dkt atas tu!!

Gambar tu adalah hari pertama kami bersama ustaz di DeRhu Beach Resort... Walaupun jauh dari rumah sewa kami, tp semangat dan keyakinan kami tetap membara... Tahniah ustaz dilantik dan takziah juga kerana memikul beban amanah yg berat!!! ape2 pun yg trbaik buat ustaz dan Islam. Semuanya datang dari ketentuan Allah azza wajalla...




Keduanya, sy bangga dan yakin dgn kepimpinan ulama' terutama kpd Tuan Guru yg memenangi kerusi presiden tanpa ada yg bertanding... sy tidaklah mahir dalam ilmu politik, tanpa sy rasa satu ke"IZZAH"an dalam parti Islam ini terutamanya apabila rata2 pemimpin adalah dari kalangan yg berakhlak, berilmu, berpedoman, berpengaruh dan yg penting TAKWA yg membezakan di antara manusia yg lain...

Sy sendiri sbg org biasa, melihat dan berfikir, mengapa ramai di kalangan org Islam di Malaysia ini, tidak menyokong ataupun menghormati mereka yg berjuang utk agama Islam??? Sape lagi yg nak berjuang mempertahankan Islam, kalau bukan mereka yg bergelar ulama', da'ie, ustaz, pemuda Islam, pemudi/muslimat.... Dan kita yg beragama Islam ni, kenalah menyokong dan memberi galakkan pada mereka. Ini kan pulak, kita yg menentang mereka!!! Utk ape??? Agama Islam yg dikurniakan Allah ni pun nak tentang!!!! Nauzubillah....

Sy bukan nak memarahi mana² pihak, tetapi sy berfikir sejenak, sy duduk meratap, sy merenung sekejap hanya utk Islam yg dibawa oleh mereka... Sungguh mulia jasa dan pengorbanan mereka utk memuliakan Islam itu sendiri. Asalkan Islam itu mulia, walaupun mereka dicaci dan dihina. Sanggup buat apa saja yg tidak bertentangan dgn hukum-hakam agama, demi memartabatkan Islam yg diturunkan drNya...

Tabik hormat pada Tuan Guru yg menjadi pemimpin paling atasan utk mendaulahkan syariat Islam. Sy skali lagi berkata, sy x mahir dalam ilmu berpolitik, tp sy jadikan Tuan Guru sbg idola sy di sepanjang kehidupan sy sehari² dan yg lainnya membuatkan sy tertarik dgn perwatakan yg dibawa Tuan Guru.. Moga Islam itu menjaminkan perubahan dalam kerajaan yg penuh dgn rasuah dan penyelewengan.


Dan yg terakhir, kelantangan dan kezuhudan Tuan Guru menjadikan sy tertarik dgn keperibadiaannya menjadikan majoriti rakyat di Malaysia, menghormati Tok Guru dlm segenap sudut... Ingin sy ceritakan pada zaman sy kecil dahulu, masa tu tgh sekolah rendah. Fikiran x matang lagi tp dah mula berjinak² sokongkan Parti Islam se-Malaysia.
Kwn sy tanya :
"knape PAS, bukan ke Parti Islam se-Malaysia itu singkatannya ( PIS )" sindir seorg kwn sambil menunjukkan dua jari nya...
Sy ketika itu fikiran x matang lagi, jd sy diam la sbb x tahu nak ckp dan balas ape yg sepatotnye.. Maklumlah tgh zaman budak²... Bila dah semakin hari semakin membesar, Allah berikan nikmat akal utk kita berfikir, rupa2 nya PAS adalah daripada huruf "Fa, Alif, Sin" dari penulisan secara jawi....
Ooo..indah dan terungkai benar pemikiran pengasas ini sehinggakan nama PAS itu pun menjadikan sy tertarik dan tertawan.
Buat Tok Guru, semoga dapat meneruskan perjuangan yg diperjuangkan sejak dari Junjungan Nabi Muhammad SAW dan sy harap²kan inilah di antara golongan yg dikatakan Allah dalam surah al-Hujurat ayat 15:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kpd Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah"

No comments: