Monday 3 August 2009

Saling menyalahkan, sedang mereka tidak bersalah..

Reputasi negara dilihat penuh dengan rimba dan domba puak2 yang suka menyalahkan sesama mereka sedangkan mereka itu berada dalam keadaan yang salah... Umpama makan dengan tangan kiri. Bukankah makan dengan tangan kanan?? Semua manusia tahu tentang ini, mustahil dan ajaib kalau tak tahu makan dengan tangan kanan. Tapi sedihnya, dah tahu salah makan dengan tangan kiri, nak jugak guna... Sebab dia rasa dia cukup bagus untuk menyanggah perkara itu..







Eh, kalau masing2 nak berada dalam keadaan betul, sampai KIAMAT mende ni tak selesai. Cuba la akur dan baiki kelemahan tu. Ni kan pulak dah tahu salah, tapi cuba lak duk mencari kesalahan orang lain sedang diri dalam keadaan bersalah!!! Dah kesalahan dulu? Boleh tutup dengan dapat kenyataan baru? Kiranya kalau saya ada kenyataan terbaru tentang keburukan orang itu, maka saya terselamat dari kesalahan dulu??? Macam tu ka?

Sabda Rasulullah:

"Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya didunia dan diakhirat".(Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)



Manusia ni kata Malaikat, akan sentiasa buat kerosakan di muka bumi. Normal dan fitrah akan ada kelemahan, tak semua dilahirkan sempurna kecuali junjungan Nabi kita Muhammad SAW... Bukan kah kita dilarang menceritakan kelemahan orang lain?!!



Mereka sangat jelas melanggar hukum2 agama Allah SWT yang dirujuk melalui panduan Al-Quran dan As-Sunnah, tapi mereka cuba jugak mencari sesuatu asbab untuk menutup kelemahan mereka dengan perkara2 yang kadang2 kita tak sangka akan perkara tersebut. Mereka ini cuba memeningkan dan mengelirukan masyarakat dengan pendapat dan kenyataan mereka. Memutar belit kenyataan untuk kepentingan sendiri. Memfatwakan sesuatu perkara untuk kepentingan politik. Meredah syari'at untuk tujuan memuaskan nafsu. Memaharajalelakan pemimpin yang buruk rekodnya. Bukankah Allah ada menyebut dalam surah Al-Maidah; 2


"...Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran"



Mencari kesempurnaan hidup ni, tak kan pernah terkejar untuk sempurna seluruhnya tapi dari segi pengisian perlu dihebatkan dengan kekuatan rohaniah bukan batiniyyah semata2. INGAT!! perut sentiasa lapar tapi rohani lapar, ada kita kesah?? Sampai bila nak biarkan hidup ni dipenuhi dengan pembangunan, kemajuan, teknologi dan hal2 duniawi yang manusia tika ini berTuhankan perkara2 sebegitu. Nauzubillah...


Bila aqidah tak kukuh. Macam ni la manusia berTuhankan apa2 sahaja sehinggakan sanggup menghina ulama' yang menjadi benteng terakhir untuk rujukan agama Islam. Perkara macam ni yang sangat2 sedih apabila melihat mereka bertindak sedemikian. Memaki hamun ulama', mencacai ulama', ada yang mengaku ulama' untuk memfatwakan perkara yang tak sepatutnya difatwakan terlebih dahulu. Nauzubillah...


Kenapa saling nak bertekak dan mempolimikkan perkara2 berkaitan Islam yang melibatkan ulama'-ulama' yang berbeza fikrah, kemudian hebahkan di dada2 akhbar dan media elektronik?!! Bukankah itu merumitkan orang2 yang masih mahu menjinak2 kan diri dalam Islam? Kesian kat muallaf, kesian kat remaja2 yang belum fakih dgn Islam. Terkial2 nak cari hala tuju yang betol. Mereka pulak sibuk menghukum sana dan sini.

Justeru, langkah terbaik dengan cara pendamaian dan duduk satu meja dalam memperhalusi masalah ummah pada masa kini! Wallahu'alam...

No comments: