Tuesday 24 August 2010

Salam Ramadhan Kareem!

Rasanye belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Bulan Ramadhan terkandung kerahmatan Allah yang tidak putus-putus.

Jom kita 'refresh' balik Iman kita. Yang berdosa, perbanyakkan taubat. Yang lalai, perbanyakkan selawat. Yang lemah, perbanyakkan dzikir. Yang sakit, perbanyakkan tahjud. Yang mudah lupa, kurangkan tidur perbanyakkan bacaan al-Quran. Yang susah, perbanyakkan doa...

Sia-sialah puasa sekiranya seseorang itu tidak berbuat apa2 untuk dirinya dengan Allah. Jangan pula beralasan takut ditimpa dosa dengan tidur seharian. "Topup" iman dengan Taqwa bukan sikap sambil lewa.

Kita boleh berbangga dengan diploma, ijazah atau PhD di universiti2 terpilih tapi bagaimana dengan pengajian kita di Universiti of Ramadhan?? Kita juga boleh berbangga dengan projek akhir dari pelbagai bidang, tapi macam mana pula projek akhir kita dalam bulan Ramadhan?? 10malam terakhir, Rasulullah tinggalkan rumah dan banyak berada di masjid. Orang-orang beriman menangis meninggalkan Ramadhan tetapi mereka yang sebaliknya gembira meninggalkan Ramadhan dan menyimpan dendam syahwah untuk ditebus di bulan berikutnya.

Ayuh semua kita jejaki Lailatul Qadr di 10 malam terakhir. Saya berdoa untuk diri saya dan pembaca, supaya ditemui Laitul Qadr yang dianggap malam 1000 bulan. Usah tinggalkan tahjud walaupun semalam kerana yang ditinggalkan itu lah yang dicari. Ikhlaskan hati dan kuat berusaha, insyaAllah akan ditemukan. Allah merindui suara hambaNya yang meminta di waktu malam...

Kita semua insan yang penuh dengan dosa, apa tidaknya?? Keluar sahaja rumah, kita sudah nampak dosa, sudah nampak maksiat, sudah dengar fitnah, apatah lagi di tempat yang lain dalam suasana kita di akhir zaman ni.

Astaghfirullah... Manfaatkanlah bulan Ramadhan ini. Carilah penawar di bulan kerahmatan ini. Penulis juga ada salahnya, tetapi tak salah kalau saling menasihati. Selamat berpuasa dan Selamat mencari Lailatul Qadr!