Monday, 30 November 2009

Solat Jumaat di Masjidil Haram dan di sebaliknya...





MasyaAllah...sampai kat jalan raya depan Hotel Lee Meriddien orang solat Jumaat. Kalau lah jumlah sebegini yang benar-benar memperjuangkan Islam seperti zaman khulafa' Ar-rasyidin, zaman Bani Abasiyyah dan zaman-zaman seterusnya;
  • sudah tentu dunia ini dimiliki oleh orang Islam.
  • sudah tentu Masjidl Aqsa milik Islam.
  • sudah tentu 2/3 dunia atau lebih ditakluki oleh Islam.
  • sudah tentu sistem khalifah kembali mekar.
  • sudah tentu al-Quran dan as-Sunnah panduan dalam segala aspek, bukannya retorik, ideologi, gagasan, polemik, tipu daya orang Yahudi dan Nasrani!!!

Tapi malang jumlah ini seperti buih-buih di lautan. Tak boleh buat ape-ape untuk dunia? Terlalu sayang...dan jumlah ini lah yang terhanyut dengan sosok pemikiran Yahudi seperti budaya Hedonisme (suka berhibur) serta malangnya pemimpin mereka melunaskan/mengiktiraf perkara ini...

Jawabnya, mereka tidak bersedia dan mereka takot untuk membicarakan apa-apa tentang Islam, kerana mungkin mereka ini terikat dengan suatu perjanjian yang mana isi kandung perjanjian itu menjanjikan harta, kuasa, nama dan sebagainya. Impak daripada perjanjian itu, mungkin mengimpikan sebuah negara yang aman dan sentosa. TETAPI....

adakah kita rela duduk dalam keadaan bermaksiat?? ataupun kita sanggup hidup dalam kedaan melaksanakan hukum hakam Islam seperti terkandung dalam Kitabullah (al-Quran nul kareem) tetapi negara itu diganggu oleh barat?

Sama-sama renungkan... ;)