Thursday, 25 June 2009

Tabiat tak menghalalkan matlamat!

Diceritakan sebuah kisah seorang pahlawan bernama Hang Chor bin Mas Chor. Hang Chor adalah anak kelapan dari lapan org adik beradik. Kiranye anak manja la tapi Hang Chor sangat marah bila rakyat2 kampung memanggil nye dgn gelaran anak manja sbb dia cuba menjelaskan, anak terakhir bukannye anak manja, cume dia diberi perhatian lebih dari abang2 dan kakak2 nye yg lain... Samalah pun kalau nak panggil anak manja, tp Hang Chor tak mahu di "anakmanjakan"... Kate dia, tak macho la!!! Haha. Mcm2 Hang Chor ni....


Berbalik pada kisahnya, Hang Chor sangat digeruni oleh rakyat2 kampung pada ketika itu disebabkan kehebatannya bertempur dgn ilmu keSILATan nya. Ramai yg tumpas bila ada yg mencabar kehebatannya itu. Lebih menarik, dia tak pernah berguru dgn siapa2 kerana sifat dan bakat yg dikurniakan kpdnya telah diberi mandat kehebatannya bersilat dan menetang musuh2 yg cuba mencabar nya...


Pada suatu hari, Hang Chor pergi ke pasar utk membeli ikan. Hehe... Pahlawan, pahlawan jgk, nak makan kena la cari... Dalam perjalanan, Hang Chor terpaksa meredah lumpur, paya, bukit dan kemudian taman permainan. Halangan terakhir amat sukar bagi Hang Chor. Al-maklumlah org kampung... Pakaian kena la dikekalkan sbg pahlawan. Alamat nye, kena gelak la dgn budak2 yg di taman permainan nun. Sbb tu lah Hang Chor sukar melalui halangan terakhir ni. Hahahahaha... Kesian.... Tapi Hang Chor sangat kuat menabahkan hatinya kerana dia tahu, budak2 ni kacang goreng je bagi dia.



Sampai di pasar, Hang Chor terus ditertawakan oleh warga2 pasar kerana pakaian nye ala2 pahlawan zaman Hang Jebat!! Mane ada dah org pakai macam tuh.. Hang Chor....Hang Chor.... Tapi Hang Chor cekal dan tabah menghadapi kerenah orang ramai, kate dia;

"Lantak pi la hang nak kata cek ni lagu mana, cek pakai gini ka, cek pakai gitu ka, cek x nyusahkan orang...yg penting!!! cek pakai baju tutp aurat!" tegas Hang Chor di dalam hati.

Wah... bagos jgk si Hang Chor ni. Hehe. Berbalik pada cerita...
Setelah selesai membeli ikan, matlamat seterusnya adalah pulang ke rumah. Maka, Hang Chor terpaksa meredah jalan pulang seperti mana yg dia datang. Sampai di Taman Permainan, macam biasa lah...kena kacau dengan budak2. Tetapi kali ni Hang Chor tak dapat menahan kesabaran nya lagi. Maka, dikeluarkan ilmu keSILATan nya utk menyepak, menerajang bdk2 berkenaan. Lalu, bapak budak pun keluar utk membalas serangan yg dilakukan Hang Chor.


Secara kesimpulannya, Hang Chor tewas dalam pertempuran berkenaan kerana terlupa nak bawak keris sakti nya. Lalu, ikan yg dibeli di pasar dijadikan senjatanya utk bertempur...

p/s: Hang Chor punya satu perangai, kalau nak bertempur kena ada sesuatu di tangan!

Maka berteburai lah ikan2 berkenaan akibat ketaksuban Hang Chor menentang musuh2 nya! Mana tak nya, dari jauh Hang Chor datang terpaksa meredah berbagai2 halangan. In the end, matlamatnya membeli ikan, musnah di pertengahan jalan. Semuanya akibat ketaksuban Hang Chor dalam menentang musuhnya. Tanpa berstrategi, tanpa berfikiran tinggi.... Persiapan tak mencukupi akhirnya membinasa diri sendiri... Mengidam nak makan ikan keli, termakan pula penumbuk di dahi... Hai lah Hang Chor, balik rumah ngaji la tinggi2... Nanti tenang kau hidup berdikari... Bukan nya ikutkan kata hati, nanti MATI!!!


Konklusinya


Para da'i menghadapi jalanan yang panjang. Liku-liku dan lorongnya penuh ranjau dan duri2. Tetapi dalam menghadapi cabaran dan liku2 ini, mereka perlu kepada sesuatu bekalan yang amat penting yang akan menentukan sejauh mana keteguhan pendirian mereka dalam meneruskan perjuangan!


Bukanlah mcm Hang Chor tadi. Berlagak hebat tanpa berguru, tanpa ilmu. Akhirnya tabiat sukar ditinggalkan (nak berlawan kena ada sesuatu di tangan). Bukan kah itu satu tabiat Hang Chor?? Sehingga tak menghiraukan, matlamat yang sebenar ingin dicapai, terkoban akibat tabiat yang selalu diamalkan. Walaupun tabiat itu satu kebiasaan, Hang Chor tak hiraukan matlamat atau amanah yang lebih lagi AULA itu. Terpaksa mengorbankan ikan demi semata-mata kerana tabiatnya.


Dalam konsep berdakwah, kita bimbang mereka ini akan tewas dengan tabiat atau kebiasaan mereka sebelum mereka diberikan Hidayah oleh Allah SWT. Akhirnya, dakwah yang dahulunya diterima masyarakat menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri.


Seperti Malaysia hari ini, digembar gemburkan dengan seorang pendakwah yang dihormati oleh masyarakat. Dia tewas dengan tabiatnya. Kita kenal latar belakangnya yang dahulu seorang penyanyi 'rockers' terkemuka tanah air dan lansung mendapat hidayah untuk kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya lantas menjadi pendakwah yang hebat! Malah ke'Izzah'an pada wajahnya menjadi faktor penarik kepada yang melihat dan mendengarnya.


Tetapi malangnya, dia tertawas dengan tabiatnya yang lampau... Berdua2 an dengan wanita bukan mahramnya. Bergelak, bertawa tanpa batas2 syariat... Tidak pulang ke rumah selama tempoh beberapa bulan demi semata2 kerana kerjanya! Alasannya, terlalu sibok dan tak cukup masa!!! Kalau duduk kat tepi pantai berdua2 an dengan wanita bukan mahramnya, ada pulak masa?? Mukhtahirnya, menjadi fitnah kepada Islam. Masyarakat lebih sukar mempercayai telunjuk kata pendakwah2 yang sememangnya ikhlas. Bak kata org2 Melayu, "kerana Nila setitik, habis rosak susu sebelangga"



Saya tak mahu menyebut nama nya. Tapi pembaca boleh faham sendiri. Tak guna jgk saya marah2 pada orang yang dah arif tentang hukum hakam ni. Tapi realitinya, seorang da'i atau pendakwah itu akan menghadapi liku2 dalam meniti kehidupan nya. Cuma jangan termakan akan tabiat yang buruk. Ubatnya, bekalan bagi seorang da'i perlu dihebatkan, mesti disemaikan dengan kasih sayang. Kasih sayang bermaksud ukhwahnya dengan sahabat-sahabat yang lain, yang bersama2 dengannya dalam satu barisan. Seperti mana kata Allah:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang di jalanNya di dalam satu barisan, seolah2 seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh"


[ Surah as-Saff ayat 4 ]

Moga2 para da'i sekelian menyediakan bekalan secukupnya untuk menghadapi pelbagai halangan dan cabaran dari segenap sudut serangan terutama dari serangan2 Nafsu yang merangsangnya, Org Mukmin yang dengki kepadanya, Org2 Munafiq yang benci kepadanya, Org2 Kafir yang memeranginya dan Syaitan yang menyesatkannya... Wallahu'alam


Saya berpesan kepada diri saya dan kamu semua...moga2 bermanfaat!™

No comments: