Seminggu sibok dengan Minggu Suai Kenal (MSK), macam2 pengalaman dan kefahaman yang saya dapat di sepanjang memegang tampuk utama dalam jawatankuasa pelajar. Saya terkejut dan berdebar bila mana ditabalkan sebagai Presiden Kamsis al-Ghazali di POLISAS. Memang pada awalnya saya dah menyangka ia akan terjadi, tetapi perasaan itu yang membuatkan saya tersebak seperti dirobek semangat putus cinta...
Begitulah sebenarnya saya, kadang2 memikirkan tentang jawatan ni tapi saya lintasi, itulah permainan SYAITAN!!! kadang2 cuba mengelakkan untuk berfikir tentang itu, itulah sumber IMAN!!! Benarlah bak kata Imam al-Ghazali, amanah itu adalah perkara yang sangat berat....
Justeru, jawatan bukanlah satu anugerah bahkan satu amanah yang harus dipikul untuk menyebarkan Islam secara ikhlas dan fatonah.
Di sepanjang menjadi Presiden, akal dan penglihatan sentiasa letih dan lesu memikirkan serta memperlihatkan. Jika tak keduanya letih, maka fizikal pula yang akan memunggah segala kepenatan. Kata aku dalam hati "berlelah-lelah dan berpenat-penatlah dengan kebajikan"... Bukan redha manusia yang aku cari, tapi redha Allah yang ingin aku temui!! Secara jujurnya, ujian tanggungjawab sebagai Presiden ini amatlah berat untuk digalas sehingga saya sendiri dapat merasakan hubungan dengan Allah SWT semakin renggang. Mana solat sunatnya?? Mana bacaan al-Quran nya?? Mana zikir munajatnya?? Mana tahjudnya?? Amanah dunia yang saya pikul ini bersungguh-sungguh saya laksanakan, tetapi bagaimana pula amanah sebagai seorang hamba Allah?!!!
Pernah terfikir jugak dengan aktivis2 Islam atau penceramah2 bebas tentang pembahagian masa mereka dalam seharian. Mereka sempat melakukan kerja2 Islam, menyampaikan tazkirah, menghadiri kelas2 agama, menjadi naqib usrah, menghantar anak2 mereka ke sekolah, membaca buku dan yang bestnya...mereka sempat buat posting terbaru yang menarik dalam blog mereka sendiri. Allahu Rabbi, sungguh dekat hubungan mereka dengan Engkau, Ya Rahim...
Bila saya cakap tentang hubungan dengan Allah, ia berkait rapat dengan ibadah seseorang itu. Secara hipotesis nya, semakin ikhlas dan istiqamah seseorang itu dalam melakukan ibadah, semakin dekat hubungannya dengan Allah SWT... Kita jangan sangka tak cukup masa, sebenarnya Allah yang memendek dan memanjangkan masa, meluas dan menyempitkan masa bergantung dengan ketentuanNya. Segala yang di dunia adalah makhluk Nya termasuk lah perkataan "mati" itu sendiri dan bila di Mahsyar kelak, Allah akan mematikan "mati" berkenaan di hadapan penghuni2 neraka kerana mereka menyangka selepas dibakar di dalam Neraka, mereka akan mati tapi sebenarnya tidak... Mati itu telah dimatikan. Maka tak ada makhluk yang akan mati di Mahsyar kelak.
..........bersambung vol. 2
5 comments:
salam wahai adik seperjuangan.
alhamdulillah, bertambah lagi delegasi 'ore kito' di al-ghazali.
abe pernah jugak jadi presiden (masa itu ydp) al-ghazali, namun susah nak ketchup semuanya. program sekian, usrah sekian, kuliah sekian, mcm2 lagi yg perlu difikir dan direncanakan.
ttp ingat semua itu cukup banyak membantu kamu apabila di luar nnt. di medan perjuangan yg sebenar. aplikasinya di sini. itu utk belajar bgaimana membahagikan masa.
btw, congratez 4 ur 'job'..Allahuakhbar!!
wsalam.syukran d atas komen dan kritikan membangun!
kdg2 terfikir duk keseorangan memikirkan bebanan yg berat ini tp dgn bantuan shbt2, Alhamdulillah kerja2 Islam ini berjalan dgn baik dgn kemampuan masing2 walaupun terdapat kelemahan dan kedaifan...
smg medan blog ni, dapat meluahkan kesengsaraan daku dan keperihan hidup di dlam perjuangan.ttp semuanya INDAH jika kita Ikhlas kerana Nya!
Allahuakbar!!!
Salam Ukhuwwah...
lama benar rasanya x jenguk blog acap ni, lg pon mutakhir ni blog sndr pon entri baru lama xdihasilkan.
Sy penah merasai apa yg acap rasa skrg,(tatkala dulu pernah menjadi kepala kpd MPP dan PMI dlm satu sessi) memikul satu amanah yg maha hebat, org yg cekal , sabar dan istiqomah shj akan berjaya hgga kehujungnya.InsyaAllah Acap mampu melakukannya.
Bykan bermunajat kpd Allah, itulah senjata yg akan memberi kekuatan kepada kita.
:: apa pon TAHNIAH dpd sya....
Assalamualaikum...
Saudara, jalankanlah amanah yang diberi sebaik-baiknya..
InsyaAllah, DIA akan selau bersamamu dalam apa jua keadaan..yang penting ingatilah DIA dan bertawakal dalam melakukan tanggungjawab anda....
(Misz Jaja)
syukran mizs jaja atas nsht dan semangat.mMg kdg2 tanggungjwb ini membuat kan kite gelisag, gundah gulana kerana ada amanah lain lagi yg lebih besar..aku bimbangkan tika di hadapan Allah nanti.bagaimana lh Allah mempersoalkan aku?!!!
Ya Allah, selamtkan lah aku dari azab siksaan Mu itu....
Post a Comment