Saturday, 15 August 2009

Tutup Aurat tak boleh masuk kolam!


PARIS: Pengendali sebuah kolam renang di Paris enggan membenarkan seorang wanita muda Muslim yang memakai 'burqini' daripada memasuki kolam itu kerana pakaian mandi yang dipakainya menutup hampir keseluruhan tubuh. Larangan itu dilakukan ketika ahli Parlimen Perancis berdebat sama ada akan melarang burqa selepas Presiden Nicolas Sarkozy menyifatkan pakaian yang menutup bahagian kepala hingga kaki 'tidak dialu-alukan' di negara sekular seperti Perancis.

Pegawai di Emerainville, sebuah kawasan luar bandar Paris, berkata mereka membenarkan wanita berkenaan memasuki kolam renang itu bulan lalu dengan memakai 'burqini' yang direka khusus bagi wanita Muslim yang ingin ke kolam renang tanpa mendedahkan tubuh mereka. Namun, apabila dia kembali bulan ini, mereka memberitahunya dia tidak boleh memasuki kolam jika berpakaian sedemikian atas alasan mereka memutuskan untuk menguat kuasakan peraturan kebersihan. Kakitangan kolam renang 'mengingatkannya mengenai peraturan di semua kolam renang (awam) yang melarang berpakaian dalam kolam renang," kata Daniel Guillaume, pegawai pentadbiran kolam renang berkenaan.

Akhbar La Parisien berkata, wanita itu yang dikenali dengan nama Carole, adalah warga Perancis yang memeluk Islam dan berhasrat untuk mencabar keputusan itu di mahkamah. "Ini adalah satu bentuk pemisahan. Saya akan lawan bagi mengubah keadaan. Jika saya kalah, saya tidak menolak kemungkinan meninggalkan Perancis," akhbar itu memetiknya. Akhbar juga menyiarkan gambar wanita itu memakai 'burqini' yang dibelinya ketika bercuti di Dubai baru-baru ini. - AFP

No comments: