Thursday 24 December 2009

LENGAH², LAMBAT², RINGAN² kan solat

Peringatan ini dibaca melalui email yang saya terima.
Sangat mengerunkan dan bimbang tergolong di kalangan yang begitu...

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW telah bersabda:
"Barangsiapa yang mengabaikan solat secara Berjamaah, maka Allah SWT akan mengenakan 12 tindakan merbahaya kepadanya"


Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia, antaranya:
  1. Allah SWT akan menghilangkan berkat dari usahanya begitu juga dari rezekinya
  2. Allah mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya
  3. Dia akan dibenci oleh orang-orang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya:



  1. Roh dicabut ketika dia dalam keadaan sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
  2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.
  3. Dia akan dirisaukan akan hilang imanya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika di alam kubur, antaranya:



  1. Dia akan merasa amat susah akan pertanyaan Malaikat Munkar dan Nankir yang sangat menggerunkan.
  2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
  3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya:

  1. Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
  2. Allah SWT menjadi sangat sangat murka kepadanya.
  3. Allah akan menyiksanya dengan api neraka!

Bagaimana pula dengan orang yang melalaikan solat??

Sebuah kitab ada menceritakan azab seksaan kubur mengenai seorang soleh yang mengebumikan mayat abangnya. Ketika menimbuskan mayat itu, entah bagaimana dompetnya terjatuh dan tertimbus.

Selepas pulang ke rumah, baru dia sedar akan kehilangan dompetnya.
Lalu, dia kembali ke kubur dan menggalinya semula.
Selepas menggali, dia terperanjat melihat api menyala di dalam kubur abangnya lalu menimbusnya semula dan kemudian pulang ke rumah.
Dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya lalu bertanya,

"Wahai ibu, apakah yang dibuat abangku hingga kuburnya ada api?"
Kata ibu, "Mengapa kamu bertanya begitu?"
Sebaik selesai dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya, lalu ibunya pun menangis sambil berkata, "Abangmu selalu melengah-lengahkan solat dan melambatkan waktunya"

Kalau orang yang melambatkan solat akan mengalami hal seperti itu, bayangkan bagaimana orang yang tidak solat sama sekali?!!!


update IMAN : "SOLAT > AL-QURAN > ZIKIR > ILMU" insyaAllah ;)

Monday 21 December 2009

Runtuh lagi?!

Sebagai salah seorang pelajar Kejuruteraan Awam di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, sudah semestilah ilmu berkaitan pembinaan itu menjadi aspek penting dalam P&P, dengan duka nya saya melihat beberapa pembangunan dan infrasturktur yang kian mengalami kehancuran akibat daripada amalan² RASUAH yang sentiasa diamalkan! Selagi tiada ketagasan tentang sistem RASUAH ini, ia akan terus berleluasa sampai ke anak pinak cucu cicit bertujuh keturunan...

Sampai bila nak jadi macam ni??
Terbaru kes yang berlaku di Terengganu ;

Stesen Bas Kuala Berang, Terennganu ( 21Disember 2009 )


Dan lain-lain kes di dalam negeri yang sama ;



Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ( 2 Jun 2009 )



Masjid Kg. Puteh, Kerteh ( 5 Oktober 2009 )


Mungkin terlalu banyak untuk saya lampirkan gambar² tentang runtuhnya bangunan ini tetapi yang peliknya, semasa berlaku nya kejadian runtuh terminal, stadium dan masjid, tiada pulak sebarang angin kencang atau elemen² yang boleh menyebabkan ia runtuh....

*mungkin sebab raksasa datang mengganas kot.huhu

*****************************************************************************
Sebelum ini juga berlau kejadian yang sama di Sekolang Menengah Ajil, siling Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Menara Telekomunikasi Besut dan Pusat Akuatik di Batu Burok....
Apa lah nak jadi??
Patut la negara ni tak ada keberkatan sebab pemimpin mengambil kesempatan!
Lagi info di tentang bangunan runtuh :

Dunia tak akan aman dan maju kalau RASUAH jadi prinsip kenegaraan! Apa² pun marilah kita renungkan kata² ini "1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!"

Wednesday 9 December 2009

Aku Rela - Yang Benar TETAP Benar!!!

Hebat tohmahan sebelum ni ke atas bekas Mufti Perlis, Dr. Asri dengan pelbagai lidah yang berusaha memadamkan cahaya agama Allah tetapi Allah tetap menyinarinya...

Keletihan dan kelesuan Dr. Asri diubati serba sedikit dengan lagu ini yang ditujukan kepadanya secara khusus. Ada orang cakap, lirik ni Dr. Asri yg tulis...
Ntahla...

Jom layan....



KUMPULAN ALGEBRA (album) yang benar tetap benar

Hobi

credit to khairi ; foto bersama fadil & zikri (p.pangkor 14/11/09)


WELCOME!!! to all visitor melodiperjuangan, sejak dua menjak ni agak tertekan dengan final exam yang semakin hari semakin memeningkan kepala. Tapi dalam menghadapi stress, elok juga kita meluangkan masa dengan perkara-perkara yang kita suka...

Jom bersama xACAKx, kita luang masa dengan bunyian melodi gitar...
♫ kreng...kreng....krengg....lalalala ♫

Selamat menghadapi peperiksaan akhir!!! Gambatte ;)

Saturday 5 December 2009

Kem Remaja Unggul


Selaku urusetia yang menguruskan bahagian Publisiti dan Hebahan, sukacita saya mengajak pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM dan STAM khususnya, ke program "Kem Remaja Unggul (KRISTAL '09)" yang dianjurkan oleh Yayasan Dar Al-Quran, Temerloh. Program ini bertujuan :
  • mendedahkan kepada peserta dunia kampus sebenar
  • sebagai persediaan kepada peserta menghadapi cabaran dan dugaan di universiti
  • membantu peserta memilih universiti yang sesuai dengan kursus pilihan mereka

Dengan bertemakan "MELANGKAH MENUJU MASA DEPAN DENGAN PASTI", program mengajak remaja Islam mengenal IPT ini akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 18-20 Disember 2009

Tempat : Sekolah Islam Al-Irsyad, Kuantan

Yuran : RM30

Untuk pendaftaran boleh menghubungi

Nazrul, pengarah program ( 014-8403658), Adibah, S/U program (019-9308783), Asyraf, Publisiti (014-8408128)