Thursday 10 September 2009

10 malam berbaki...

Assalamualaikum w.b.t..
Dah lama sangat tak mencipta posting terbaru... Mungkin kerana malas.. Mungkin kerana sibok?? or mungkin disebabkan kelesuan idea... Tapi apa2 pun kpd2 pengunjung melodiperjuangan, syukran diucapkan kerana sudi melawat blog saya yang lesu dengan idea2 menarik dan lemah mengupas isu2 terbaru masa kini...

Namun, kesempatan yang ada menarik ingin berkongsi cerita tentang mujahadah kita di bulan Ramadhan ni... Pejam celik, pejam celik... Rupanya kita dah berada di penghujung Ramadhan.. Kalau bagi orang2 beriman, mereka akan menangis menitis kan air mata kerana rindunya pada bulan Barokah ni taktala Allah hadirkan pula malam yang besar ganjarannya dari malam seribu bulan yakni Malam Lailatul Qadr.


Kalau di POLISAS, ada program di 10malam terakhir.... Nak join bleh ler...
Program ni anjuran kamsis al-Biruni... Menarik dan tahniah saya ulungkan ucapan kepada pihak pengajuran kamsis al-Biruni.

Saya terus kepada penceritaan di 10 bibik2 terakhir Ramadhan ni, kalau nak diperhatikan memanglah kebanyakan kita sibok mencari juadah2 raya, baju2 raya, kelengkapan2 raya.... Nasib baik tak repair jalan raya..huhu.. Tapi renung2 kan, sejauh mana pula kita ni sibok mempersiapkan diri, mengukuhkan iman untuk memanfaatkan bulan Ramadhan ni?? Adakah sekadar berpuasa untuk mencipta perayaan. Tak dinafikan hari raya eidulfirti adalah hari kemenangan bagi umat Islam tetapi ia hanyalah sekadar renungan kita bersama....

Adakah kita sudah bersedia??? Kerana bila mana berakhir nya Ramadhan terlepas mereka2 yang bergelar SYAITAN.. Adakah kita sudah mempersiapkan jentera Aqidah, senjata Iman, bisikan zikrullah, ukiran syahadah?? Untuk apa?

Untuk menempuh hari2 mendatang yang penuh dengan fitnah dan pancaroba!
Sampaikan lah ucapan selamat tinggal mu pada Ramadhan jika masih hanyut dibuai MAKSIAT!! Masih selesa kee?? Mati itu datang tak syarat nya sakit dan Mati itu datang tak syarat nye tua. Kalaulah Mati itu dianugerahkan kepada warga2 tua, maka bersenang2, berpesta rasta lah golongan2 muda kerana mereka tahu akan Matinya mereka pada usianya tua...

Mari kita sama2 memburu Lailatul Qadr dengan keadaan kita bersedia tunduk akur dengan penuh mujahadah agar kita tak tergolong di kalangan orang2 yang ingkar kepada Allah.. Nauzubillah!!!