Tuesday 14 July 2009

Apabila telah datang pertolongan dan kemenangan


Tajuk kali ini agak berkias sedikit tetapi apa pun saya ingin mengajak pembaca mengetahui tersirat sebenar di sebalik pertolongan dan kemenangan yang Allah berikan kepada golongan Mukhlisin.

Fenemona yang berlaku tika ini amat memberansangkan bagi golongan2 yang memperjuangkan Islam kerana mereka telah mengapai kemenangan hasil dari pertolongan Allah SWT, merujuk pada firman Allah di dalam An-Nasr ayat 1-3;

"Apabila telah datang pertolongan dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh Dia Maha Penerima Taubat"

Berkisar dengan kemenangan, masyarakat terkejut dan bangun melihat suasana kemenangan yang dicapai Islam dan benarlah kata Allah apabila kemenangan itu datang maka manusia berbondong-bondong masuk agama Allah. Cuba lihat dari konteks umat akhir zaman tika ini golongan2 bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan ayat-ayat Quran bagi mengisi setiap ceramah dan ucapan mereka.

Mungkin ada yang masuk Islam atas dasar tarikan kemenangan Islam itu sendiri. Alhamdulillah... Dan ada yang tertarik dengan akhlak yang dibawa para pendakwah. Juga tertarik dengan alunan kitab suci aL-Quran. Itu semua atas Hidayah Allah SWT kepada sesiapa Dia kehendaki.

Seperti sebuah kisah bagaimana Saidina Umar al-khattab yang terkenal sifat ketegasan dan kegagahannya. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.
Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.

Jangan kita menyangka orang yang memerangi Islam itu akan kafir selamanya, berpada-padalah dengan orang itu manakan tahu suatu hari ia memeluk Islam dan menjadi pemimpin utama Islam seperti mana kisah dari pengajaran khalifah kedua Islam; Saidina Umar al-khattab.

Saya cuba menerapkan nilai-nilai kemewahan Islam yang menjadi faktor penarik dari segenap sudut, melalui al-Quran nya, akhlak nya, peribadi nya, sedekah nya, pemurah nya dan sebagainya. Masyarakat melihat Islam itu lengkap dan sempurna dengan pelbagai penetapan termasuk dari seburuk-buruk perbuatan, ada kaedah dan cara yang dihalalkan.
Bila mana masyarakat melihat Islam menjadi aspek penting bagi mereka, maka ketidak raguan untuk mendekatinya semakin ampuh bahkan menjadi modal perbincangan dan perdebatan!

Eloklah, ramai manusia berbondong-bondong masuk agama Allah... Dan ada riwayat mengatakan, selepas surah ini diturunkan, Rasulullah SAW telah wafat beberapa tahun kemudian. Antara setahun atau dua tahun, saya tak ingat!!

Justeru samalah dengan situasi dunia pada tika ini. Kita melihat Islam sudah mula mengorak langkah ke arah kemenangan dan hasil dari kemenangan, PAStinya pimpinan2 Islam akan kembali ke rahmatullah seperti mana lumrah dan sunnah bagi orang berjuang. Contoh ramai pimpinan2 dan cedekiawan2 Islam yang telah pergi meninggalakan dunia seperti contoh Dr. Fathi Yakan, Syeikh Ahmad Yasser, Dato' Fadzil Noor, Ustaz Roslan Shahrum, Syed Qutup, Hassan al-Banna, YB Ismail Yaakob pergi menghadap Illahi selepas letih menghabiskan masa demi Islam yang dimuliakan...

♫ Maka apa peranan kita?
"......maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh Dia Maha Penerima Taubat" ™♫

No comments: