Monday 2 November 2009

Bayi satu mata - satu KEJUTAN!!!

Assalamualaikum..

Kali ni nak menyingkap kisah seorang bayi yang bermata satu, diperayai "Dajjal" dan ini tersebar luas dalam email selama hampir sebulan lalu. Wartawan Isu dan Berita Hangat cuba menyiasat kebenaran berita tersebut. Sekiranya berita ini benar, maka benarlah dunia ini sudah di ambang kiamat....

Gambar 1.1; bayi yang bermata satu



Sebenarnya, apa yang dialami oleh bayi ini adalah dari sejenis penyakit iaitu Cyclopia, di mana bayi tersebut dilahirkan dengan memiliki satu mata..

Gambar 1.2 ; Bayi yang dikatakan Dajjal


Tempat dan tarikh saya tak pasti dimana dan bila. Saya cuba buat pencarian dan harapnya perkongsian ini sebagai PERINGATAN untuk kita semua. Kalau benar2 sohih berita ini, maka tunggu lah bermulanya janji Tuhan...................................

Jom kita baca hadith Rasulullah berkaitan dengannya.

Hudzaifah bin As-yad Al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang tiba-tiba datang Nabi Muhammad SAW kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang Hari Kiamat".
Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat 10 tanda :-
  1. Asap
  2. Dajjal
  3. Binatang melata di bumi
  4. Terbitnya matahari di sebelah barat
  5. Turunya Nabi Isa A.S
  6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  7. Gerhana di timur
  8. Gerhana di barat
  9. Gerhana di jazirah Arab
  10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Kesohihan bayi itu masih lagi dikaji, namun kita jangan alpa dengan maksiat dunia sebab kiamat kecil ; MATI akan datang bila-bila masa shj....wassalam