Wednesday 25 November 2009

Kuat beralasan...

Sememangnya hidup dalam kelompok yang sentiasa inginkan kebaikan adalah hidup yang sukar nak ditemui. Lebih-lebih lagi, sesuatu kelompok itu dikatakan mendokong perkara-perkara kebaikan, ia mendapat keberkatan dari Illahi di atas dokongan mereka.

Di suatu masa, bila mana datangnya seorang hamba Allah ini kepada seorang Imam, maka ditanyakan 3 soalan yang sentiasa berlegar di mindanya sejak mengenali Islam...
Justeru, bermulalah pertanyaan beliau :- Di mana Allah, Sakitkah Syaitan jika dihumban ke Nereka dan apa itu Takdir??

Tiga soalan itu dijawab mudah oleh tok Imam berkenaan...
PAAAANNNNGGGG!!!!!



gambar hiasan

Satu putaran momen berhalaju tinggi yang dikenakan beban tangan menuju tepat ke wajah Hamba Allah berkenaan. "Aduhhhh...", mengherdik beliau. Maka disimpulkan cerita, sebenarnya tamparan itu sudah terjawab ketiga-tiga soalan yang ditanyakan. Fikir-fikirkan jawapannya...

Jadi dalam konteks berpasukan atau erti kata lain berJemaah, tidak wajarnya menimbulkan perkara-perkara yang merumitkan keadaan. Seperti contoh: suka beralasan, menimbulkan fitnah, berperang sesama sendiri dan seangkatan dengannya...

Apa yang saya nak "higlights" kan di sini adalah sikap suka beralasan dalam sesuatu kerja. Sebab apa lahirnya perkara macam ni? Saya tafsirkan di sepanjang pengalaman saya berada di dalam organisasi,

  1. Pertama ; bila berlakunya pertembungan di antara tanggungjawab kerja berorganisasi dengan tugas individu (rehat, study, basuh baju etc. etc.), maka perkataan "sibok", sangat popular digunakan ketika ini. Sibok kita dengan urusan dunia, adakah beruntung untuk hari akhirat? Apakah persoalan-persoalan utama yang Allah akan soalkan pada kita? bukankah TANGGUNGJAWAB @ AMANAH itu persoalan yang utama di Mahsyar kelak
  2. Kedua ; bila arahan yang dikeluarkan ketika itu, tidak gemar @ tak seronok nak buat, sebab dia bekerja kerana kesoronokkan diri dia sendiri. Bukan bekerja untuk kepentingan Islam.
  3. Ketiga ; orang yang memimpin sesebuah organisasi tu, bukanlah dari persetujuan dia, maka dia tak redha kepimpinan ketuanya. Jadinya, nak pilih ketua kena dengar cakap dia sorang shj bukannya dari majoriti pemilihan.
  4. Keempat ; cuba menyembunyikan sesuatu perkara MAKSIAT dibelakang ketuanya, sehingga kan bila sesuatu mesyuarat diadakan, dia malu menghadirinya dan cuba mencipta alasan yang pelbagai.

Organisasi menjadi tidak KEMAS sekiranya masih terdapat ahli-ahli yang begini. Umpama memandu kereta dengan tayar yang yang bocor. Tayar yang bocor diibaratkan ahli yang beralasan....Malas........hipokrit.......nafsi-nafsi...... Sukarlah terdapat ahli yang begini, dan mudahlah jika ia tersingkir sebagaimana Salahuddin al-Ayubi membersihkan kerajaan Mesir daripada pemimpin2 yg tak ada kepentingan. Bijaklah tindakan beliau walaupun di sekelilingnya timbul pelbagai fitnah dan bahan mengumpat.

Salahuddin menyingkirkan mereka ini untuk memudahkan pengurusan kerajaan pada ketika itu dan tidak mahu kebocoran rahsia kerajaan tersebar dari mereka-mereka yang menyusahkan ini. Termasuklah ancaman daripada tentera Salib pada ketika itu yang mana mudahnya tentera Salib ini menghulurkan wang kepada pemimpin2 Mesir demi mengetahui rahsia kerajaan Mesir hatta menghancurkan tentera Islam yang sangat dikagumi dengan strategi peperangan lebih-lebih lagi ia dipimpin oleh Panglima Salahuddin al-Ayubi pada ketiku itu

Inginkah kita mengembalikan nostlagia kepimpinan Islam seperti kisah di atas?? Adakah kita bersedia ke arah itu?? Jadi, JANGAN BERALASAN jika gerak kerja Islam diperlukan. Moga Islam akan terus mekar di bumi Allah ini. Insyallah...