Wednesday 29 July 2009

H1N1 ; antara istidraj dan kelekaan!


Alahai...
Lepas satu2 pusat pengajian ditutup ekoran wabak H1N1. Hangat dengan berita UiTM Seri Iskandar, Ipoh ditutup, mari plak kes dekat IPT lain. UiTM satu Malaysia ni ditutup disebabkan penyelarasan sistem pembelajaran. Hangat jugak wabak ni dekat Terengganu di mana Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun pun kena tutup jugak. Bukan politeknik dungun saje tapi Politeknik JB dan Seberang Prai jugak ditutup ekoran beberapa pelajar yang disyaki dijangkiti penyakit ini. Tapi persoalannya, kenapa sistem di Politeknik tak diselaraskan??

Kenapa hanya UiTM yang mendapat keistimewaan begitu??

Kenapa baru nak terkena nak baru nak bertindak?? Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati... Kalau POLISAS dapat kesan seorang pelajar terkena wabak ini, barulah terkial2 nak tutup seminggu!!




Baru ni saya bersama beberapa rakan yang lain pergi ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sebab hantar budak yang demam. Ada la dalam 4 atau 5 orang yang demam panas... Sehinggakan pegawai perubatan di POLISAS tak dapat nak ubati kerana suhu badan yang sangat tinggi boleh mencecah 40 darjah celcius. Termengah2 la kami hantar mereka ke hospital sambil pakai "face-masking". Ingatkan diorang ni suspek H1N1. Memang tu pun yang kami ingat dan bermain2 dalam kepala. Rupa2 nya Allah kasihi akan hambaNya, Allah berikan satu persediaan. Mereka hanya demam biasa kata doktor...

Merobek jgk mata kami semua sebab terpaksa menunggu giliran sampai jam 4.30 pagi barulah selesai sesi merawat. Tapi apakan daya, atas dasar tanggungjawab!! Tak hantar kang, salah... Hantar plak, serba salah... Jadi kami buat tak kesah...


Baru2 ni, 11 kem latihan program khidmat negara ditutup jugak seminggu... Difahamkan, kematian rakyat Malaysia yang terkena wabak ini sudah mencapai jumlah bilangan 4 orang. Apa punca bagi kesemua perkara ini??


Memang sahih ia adalah kemurkaan Allah. Bala Allah kepada umat manusia yang enggan bertakwa kpdNya. Akhirnya, terimalah istidraj (kemurkaan) Allah...

Lali dengan perkara begini, manusia mencari2 di mana sikap pergantungan mereka kepada Rabbul Izzati?? Sekadar mencari kaedah untuk menyelesaikan tetapi tak sedar bahawa kaedah yang dicari itu rupa2 nya kemurkaan Allah itu Maha Menggerunkan... Apatah lagi jika dibayangkan di padang Mahsyar kelak!
♫ Ya Allah, hamba hina ini berlindung dari kemarahan Mu! ™♫

Sunday 26 July 2009

Taktala manusia sibuk membicarakan tentang H1N1

Kes H1N1 cecah 1,000:
Jangkitan influenza A (H1N1) di Malaysia kini mencecah 1,000 kes apabila 54 lagi kes baru dilaporkan di seluruh negara hari ini, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican.

Maklumat kat atas di "copy n paste" dari website Malaysiakini (klik sini).
Wow! Terkejut kes selsema babi dah mencecah 1000 kes taktala Malaysia membuat macam2 langkah berjaga2... Tapi nak salahkan siapa?? Jemu dah mendegar perkataan begini 'pihak Kementerian akan terus memantau kejadian kes H1N1 mahupun "Influenza-like illness"(ILI)'.

Kat POLISAS ni, aku dapat kenal satu penyakit dan wabak. Aku namakan penyakit 'batuk+selsema=basema'.... Main ikut sedap je ni (p/s;jangan percaya dengan fakta berkenaan). Sebab apa orang ramai mengambil berat tentang kesihatan, tentang langkah berjaga2 sana dan sini, tapi akhirnya tertembus juga ke mana2 wabak H1N1 ini.

Teringat cerita dari seorang sahabat saya, dia kata "Cara yg terbaik, kita kuarantinkan negara yang pertama disyaki wabak H1N1. Misalan kata Mexico disuspek negara pembawa wabak ni, kenapa tak kuarantikan masyarakat di situ dari segi keluar masuk negara?". Kadang2 betul jgk pendapat dari kawan2 tapi kenapa lewat fakta ni diutarkan?!!

Hari ini, dunia sibuk menceritakan tentang wabak ini termasuk negara2 Islam yang banyak mengutamakan perkara2 sebegini. Tetapi!!! Persoalan tentang MURTAD siapa yang hendah? Mana suara pemimpin yang membangkitkan isu ini? Sensitiviti agama semakin disisihkan di kalangan pimpinan, justeru masyarakat terikut2 budaya yang dibawa pemimpin!!

Saya ambil fakta dari malaysiakini berkaitan dengan gejala murtad, bertarikh 25 Mei 2005. Hok ni yang bulan Mei tahun 2005, yang terbaru ni tak tahu la.....
"Baru-baru ini, seorang ustaz dari Jabatan Agama Islam di salah sebuah negeri di Malaysia, telah menyampaikan ceramah di Seremban mengenai Maulidur Rasul. Beliau menceritakan di kala umat Islam di Malaysia sedang meraikan Maulidur Rasul, pada masa yang sama, beliau mendakwa 50,000 remaja Melayu di Lembah Klang sedang membuat permohonan untuk murtad. Kes-kes murtad sebelum ini dianggap satu kes yang sensitif di mana ianya tidak dibincang secara terbuka dan statistiknya tidak didedahkan kepada umum." Mengapakah isu murtad ini tidak dibincang dengan fikiran yang terbuka di kalangan umat Islam?

Apa tindakan kerajaan?

Gambar di atas sebagai hiasan, banyak lagi gambar2 yang teruk dan rosak dan saya percaya anda semua peka dengan perkara begini... Tapi dalam kes ni, kita nak salahkan siapa?? Bak kata Nabil "lu pikir la sendiri....."

Renung2 kan dan sebagai perkongsian!!!

Pemergian seorang pengarah terkemuka ( Yasmin Ahmad )


Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, telah meninggal dunia setelah dilaporkan tenat awal malam ini.

Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya sendiri, diumumkan dalam berita tengah malam TV3 sebentar tadi.Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara, lapor Bernama, yang memetik pengesahan daripada ketua pegawai operasi Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di situ.


Khamis lalu, Yasmin dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta itu setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.Beliau waktu itu berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan menghadapi kesukaran bernafas dan pengsan.Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, dilaporkan turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.Di hospital pakar itu, para doktor dilaporkan berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan otak kira-kira jam 6 petang hari yang sama.

Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.
sumber; Malaysia kini

Saturday 25 July 2009

A. Samad Said bersuara!

Apabila Sasterawan bersuara..........
Slogan yang ringkas dan menikam pemimpin yg berkaitan.
Tak pernah didengarkan slogan "bertelinga satu, berlidah dua"

Tu lah..bila A. Samad Said dah bersuara, memang slogan yang membantai pihak kerajaan berkaian PPSMI, menganggap pemimpin yang tak mendengar suara rakyat, bercakap putar belit (berlidah dua). Manatap sungguh bahasa beliau! Teruskan memperjuang bahasa ibunda hatta orang Cina dan India boleh mengekalkan tulisan ibunda mereka di bumi Malaysia... Kita yang berada di Malaysia berbangsa Melayu, tak mengekalkan tulisan jawi dan bahasa Melayu?!

Itulah suara orang vateran menegur!

Cinta Taj Mahal

Bersaksikan Taj Mahal, aku duduk berdoa memohon secebis keampunan...
Ya Allah, himpunkan daku bersama org beriman dan beramal soleh kelak di Padang Mahsyar!

Bersaksikan Awan biru, aku tunduk pada kebesaranMu Ya Rabbi demi membuktikan kepapaanku...
Ya Rahman, berilah peluang untuk aku buktikan cinta ku padaMu seperti cinta sebuah Taj Mahal!!!

Bersaksikan lantai marmar, aku menapakkan kaki untuk bercakap denganMu, untuk ku luahkan perasaan hibaku, untuk ku tangisi dosa maksiat aku tika dahulu...
Ya Aziz, janganlah cabut nyawaku sebelum aku bertaubat dan berserah sepenuh kalbu untukMu. Bagaimana Ya Allah mahu membuat sifat aku yang keji dan hina ini, Sesungguhnya hamba yg daif ini tak layak untuk ke syurgaMu!!!

Sekadar muhasabah!

Monday 20 July 2009

Karnival Sukan Kamsis al-Ghazali



Minggu ni sepanjang 5 hari (rabu-ahad) ada karnival sukan. Banyak la sukan dipertandingkan di antaranya, bola sepak, bola tampar, pingpong, tarik tali, marathon dan 'treasure-hunt'. Maaf.....pertandingan ni tertutup untuk pelajar kamsis al-Ghazali shj. Kalau nak mai tengok, dialu2kan. Tp, kalau nak mai buat kecoh, duduk rumah makan kacang. Hehe...




Moh la pakat ramai2 datang kamsis al-Ghazali khususnya, POLISAS amnya. Kita tengok budak2 bersukan, mengaktifkan diri mereka seaktifnya! Pada awalnya, berebut juga nak pilih design banner ni. Al malklumlah ada dua org designer. At last, pilih jgk banner yg dekat atas nun dan satu lagi design dekat bawah ni..................





Ape2 pun yg terbaik untuk siswa POLISAS merujuk pada tema karnival kali ini, "kecergasan menjana kecerdasan".. Susah nak sebut tapi sungguh bermakna. Good Luck KarSuKa! Majulah sukan untuk Manchester United... =)

Sunday 19 July 2009

Amanat untuk tatapan semua...vol. 3


LAKONAN atau KEIKHLASAN?!! :

Padi akan layu bila tak dibajai Iman,
Hati akan lesu jika dibiarkan kekosongan,
Seperti jasad semestinya lemah tanpa tenaga keupayaan,
Samalah jua jentera yang terhenti kesan kurangnya pemakanan...


Saban hari, menantikan hari yang sesuai untuk aku buktikan pada Allah. Betul kah aku benar2 berIMAN?? Adakah sekadar perkataan IMAN itu di pinggiran?? Menjadi persoalan dalam benak kalbu milik Rabbul Izzati ini, sentiasa merasai kekurangan yang teramat... Jiwa ini bergetar, berkocak seribu mencari kesempurnaan Iman. Di manakah letaknya pendirian ini? Kadang2 terikut perasaan, kdg2 terikut rasa, kdg2 terikut kata hati....


Memang hati ini lesu tanpa pengisian USRAH. Kerana Usrah ini melahirkan rasa kesegaran pabila mendengar azimat kata seorang naqib yang menyampaikan taujihat atau semangat untuk terus berada di atas paksi perjuangan ini. Bila tanpa Usrah, jiwa kontang kanting bak sebuah motor yang dah berbulan tak tukar minyak hitamnya...


Seorang pemimpin perlu juga dipimpin, dan yang memimpin perlu juga dipimpin agar kisah perjuangan itu bersanad dari akar umbinya hinggalah ke pucuk pokoknya. Jangan pernah menganggap diri itu sudah sempurna dengan kekuatan fizikal dan mental, bahkan seorang pemimpin harus ada sifat rendah diri; mengutamakan orang lain berbanding kepentingan sendiri untuk rasa dihormati malahan disayangi oleh masyarakat! Rasa dihormati oleh masyarakat mudah untuk dibentuk kerana atas dasar jawatannya. Tetapi rasa disayangi oleh masyarakat agak sukar kerana dia perlu menjaga akhlaknya, seperti seorang pemimpin berada di atas puncak bukit dan orang lain berada di bawahnya. Beribu mata memandang akan perbuatannya (akhlak), tetapi dia hanyalah mempunyai dua mata untuk melihat kesemuanya. Begitulah akhlak yang perlu dijaga dari sebesar2 hingga sekecil2 perkara. Seperti pergi ke tandas misalnya, dengan tuala yang pendek, baju tak pakai, berus gigi kat mulut.... Walaupun ia nya remeh dipandang, tapi itulah yang dipandang masyarakat. Mereka tak melihat kebaikan di dalam masjid, tetapi kebaikan di luar masjid menjadi sasaran untuk menilai pemimpin tersebut.


Sekali kesilapan, seribu kali firman Allah dikeluarkan tak dihiraukan. Itu bagi sesetengah masyarakat yang tak boleh menerimanya. Tapi andaikata ianya berlaku, agak malang bagi pemimpin tersebut untuk meneruskan agenda dakwah fardiahnya! Tanda kehormatan kepada pemimpin itu hilang akibat kesilapan yang sukar untuk diterima masyarakat. Ada segelintir nya yang mampu menerima tetapi sebagai pemimpin perlu jagalah sifat 'thiqah' itu sedaya mana yang ia mampu. Bukannya secara lakonan, tapi secara semulajadi "natural" dengan peribadinya. PERCAYALAH!!! Lakonan tak sama dengan keikhlasan!


.........................akan bersambung (Insyallah)

Thursday 16 July 2009

Amanat utk tatapan semua...vol. 2


Ujian kematangan membuatkan diri ini semakin hebat diuji, semakin kuat tentangan, semakin banyak pujian, semakin bergulung sanjungan dan taktala diri keseorangan, baru ku sedar aku hanya insan biasa yang kala dulunya banyak dosa noda. Sehingga kan tika saat ini, masih kurang amalan Taubat kpdNya. HambaMu ini Ya Allah sangat sedikit amalnya, banyak dosanya!

Walaupun di hari ke hari mengejar tanggungjawab yang penuh dengan onak dan duri, kadang2 terlupa amalan harian yang sentiasa di amalkan. Adakah salah aku? atau salah jawatan ini?

Termenung merenungkan....tiba2 datang seorang sahabat memberi semangat dan dorongan. Katanya, "bila dah pegang jawatan, bukanlah kita nak ambil kesempatan ke atas diri seseorang, bukan juga nak lantik yang hebat bercakap tapi kita lantik atas dasar Asyraf menjalankan tanggungjawab seperti mana yang diamanahkan. Biar lah orang tu tak pandai bercakap, tapi bila mana ada rasa tanggungjawab maka dia akan belajar lah cara nak urus tadbir, cara nak bergaul, cara nak handle program, cara nak berdepan dengan orang ramai, cara nak buat kertas kerja dan sebagainya".


Lantas aku menghentikan masa berfikir dan aku duduk termenung mengosongkan minda dengan sinaran zikir munajat.


  • TERLEPAS PANDANG pada sahabat2 yang sentiasa ada.
  • TERLEPAS PANDANG dengan zikrullah dapat metenteramkan jiwa.
  • TERLEPAS PANDANG kelemahan dalam diriku sungguhpun aku sibuk membicarakan kelemahan orang lain dalam sesi post-mertem.

  • TERKADANG ELOK jawatan ini dipikulkan bagi mematangkan pemikiran.
  • TERKADANG ELOK rentetan perubahan pada diriku walaupun aku menganggap biasa seperti dahulu, tapi orang lain yang menilainya.
  • TERKADANG ELOK jawatan ini untuk jangka masa panjang bagi pembahagian2 masa, peluang pekerjaan dan aset pengalaman.

Seperti kata2 orang Melayu, ikut resam padi, semakin tunduk semakin berisi.........

Menggulingkan selimut kejahilan, membuka cadar kebaikan akan itulah yang diharapkan. Membentuk peribadi yang senantiasa rendah diri dan patuh serta tunduk dengan tuntutan sebagai seorang yang bergelar Islam. Keegoan bukan kaedah yang elok untuk diguna pakai sebagai seorang mahasiswa yang menjadi pimpinan bahkan keegoan bukan setakat bagi mahasiswa sahaja malah untuk seluruh umat manusia khususnya bagi pemimpin2 yang dilantik mahupun yang tidak dilantik secara kemenangan tanpa bertanding!!


Suka aku ceritakan, buat pertama kalinya di POLISAS, sistem Pilihan Raya Kampus akan berjalan pada semester ni untuk pemilihan jawatankuasa induk, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Ini dapat membuktikan sistem demokrasi melalui pilihan raya sudah mula berjinak-jinak di POLISAS walaupun banyak IPT lain yang telah lama mentradisikan nya. Melalui pilihan raya ini juga, mahasiswa dapat mempraktikan kehidupan berkempen dan pengedaran manifesto yang mana dijalankan di luar sana. Seperti contoh Pilihan Raya Kecil Manek Urai baru-baru ini menjadi satu misalan untuk warga2 kampus POLISAS mempraktikan nya di dalam kampus sebelum di bawa ke medan yang sebenar iaitu Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil yang sedang hangat diperkatakan tika ini...

Apa2 pun selamat mengudi buat semua warga POLISAS. Carilah pemimpin yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan umat bukannya menambah atau memberatkan lagi masalah umat bahkan menjadi contoh tauladan buat semua umat manusia dan yang penting punyai sifat tawadduk kepada Allah seperti diibaratkan padi yang berisi yang semakin tunduk. Jika diaplikasikan, semakin bertambah ilmu, semakin tunduk pada tuntutan agama

............bersambung vol. 3

Tuesday 14 July 2009

Apabila telah datang pertolongan dan kemenangan


Tajuk kali ini agak berkias sedikit tetapi apa pun saya ingin mengajak pembaca mengetahui tersirat sebenar di sebalik pertolongan dan kemenangan yang Allah berikan kepada golongan Mukhlisin.

Fenemona yang berlaku tika ini amat memberansangkan bagi golongan2 yang memperjuangkan Islam kerana mereka telah mengapai kemenangan hasil dari pertolongan Allah SWT, merujuk pada firman Allah di dalam An-Nasr ayat 1-3;

"Apabila telah datang pertolongan dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh Dia Maha Penerima Taubat"

Berkisar dengan kemenangan, masyarakat terkejut dan bangun melihat suasana kemenangan yang dicapai Islam dan benarlah kata Allah apabila kemenangan itu datang maka manusia berbondong-bondong masuk agama Allah. Cuba lihat dari konteks umat akhir zaman tika ini golongan2 bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan ayat-ayat Quran bagi mengisi setiap ceramah dan ucapan mereka.

Mungkin ada yang masuk Islam atas dasar tarikan kemenangan Islam itu sendiri. Alhamdulillah... Dan ada yang tertarik dengan akhlak yang dibawa para pendakwah. Juga tertarik dengan alunan kitab suci aL-Quran. Itu semua atas Hidayah Allah SWT kepada sesiapa Dia kehendaki.

Seperti sebuah kisah bagaimana Saidina Umar al-khattab yang terkenal sifat ketegasan dan kegagahannya. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.
Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.

Jangan kita menyangka orang yang memerangi Islam itu akan kafir selamanya, berpada-padalah dengan orang itu manakan tahu suatu hari ia memeluk Islam dan menjadi pemimpin utama Islam seperti mana kisah dari pengajaran khalifah kedua Islam; Saidina Umar al-khattab.

Saya cuba menerapkan nilai-nilai kemewahan Islam yang menjadi faktor penarik dari segenap sudut, melalui al-Quran nya, akhlak nya, peribadi nya, sedekah nya, pemurah nya dan sebagainya. Masyarakat melihat Islam itu lengkap dan sempurna dengan pelbagai penetapan termasuk dari seburuk-buruk perbuatan, ada kaedah dan cara yang dihalalkan.
Bila mana masyarakat melihat Islam menjadi aspek penting bagi mereka, maka ketidak raguan untuk mendekatinya semakin ampuh bahkan menjadi modal perbincangan dan perdebatan!

Eloklah, ramai manusia berbondong-bondong masuk agama Allah... Dan ada riwayat mengatakan, selepas surah ini diturunkan, Rasulullah SAW telah wafat beberapa tahun kemudian. Antara setahun atau dua tahun, saya tak ingat!!

Justeru samalah dengan situasi dunia pada tika ini. Kita melihat Islam sudah mula mengorak langkah ke arah kemenangan dan hasil dari kemenangan, PAStinya pimpinan2 Islam akan kembali ke rahmatullah seperti mana lumrah dan sunnah bagi orang berjuang. Contoh ramai pimpinan2 dan cedekiawan2 Islam yang telah pergi meninggalakan dunia seperti contoh Dr. Fathi Yakan, Syeikh Ahmad Yasser, Dato' Fadzil Noor, Ustaz Roslan Shahrum, Syed Qutup, Hassan al-Banna, YB Ismail Yaakob pergi menghadap Illahi selepas letih menghabiskan masa demi Islam yang dimuliakan...

♫ Maka apa peranan kita?
"......maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh Dia Maha Penerima Taubat" ™♫

Saturday 11 July 2009

Amanat untuk tatapan semua...vol. 1


Seminggu sibok dengan Minggu Suai Kenal (MSK), macam2 pengalaman dan kefahaman yang saya dapat di sepanjang memegang tampuk utama dalam jawatankuasa pelajar. Saya terkejut dan berdebar bila mana ditabalkan sebagai Presiden Kamsis al-Ghazali di POLISAS. Memang pada awalnya saya dah menyangka ia akan terjadi, tetapi perasaan itu yang membuatkan saya tersebak seperti dirobek semangat putus cinta...


Begitulah sebenarnya saya, kadang2 memikirkan tentang jawatan ni tapi saya lintasi, itulah permainan SYAITAN!!! kadang2 cuba mengelakkan untuk berfikir tentang itu, itulah sumber IMAN!!! Benarlah bak kata Imam al-Ghazali, amanah itu adalah perkara yang sangat berat....

Justeru, jawatan bukanlah satu anugerah bahkan satu amanah yang harus dipikul untuk menyebarkan Islam secara ikhlas dan fatonah.


Di sepanjang menjadi Presiden, akal dan penglihatan sentiasa letih dan lesu memikirkan serta memperlihatkan. Jika tak keduanya letih, maka fizikal pula yang akan memunggah segala kepenatan. Kata aku dalam hati "berlelah-lelah dan berpenat-penatlah dengan kebajikan"... Bukan redha manusia yang aku cari, tapi redha Allah yang ingin aku temui!! Secara jujurnya, ujian tanggungjawab sebagai Presiden ini amatlah berat untuk digalas sehingga saya sendiri dapat merasakan hubungan dengan Allah SWT semakin renggang. Mana solat sunatnya?? Mana bacaan al-Quran nya?? Mana zikir munajatnya?? Mana tahjudnya?? Amanah dunia yang saya pikul ini bersungguh-sungguh saya laksanakan, tetapi bagaimana pula amanah sebagai seorang hamba Allah?!!!


Pernah terfikir jugak dengan aktivis2 Islam atau penceramah2 bebas tentang pembahagian masa mereka dalam seharian. Mereka sempat melakukan kerja2 Islam, menyampaikan tazkirah, menghadiri kelas2 agama, menjadi naqib usrah, menghantar anak2 mereka ke sekolah, membaca buku dan yang bestnya...mereka sempat buat posting terbaru yang menarik dalam blog mereka sendiri. Allahu Rabbi, sungguh dekat hubungan mereka dengan Engkau, Ya Rahim...


Bila saya cakap tentang hubungan dengan Allah, ia berkait rapat dengan ibadah seseorang itu. Secara hipotesis nya, semakin ikhlas dan istiqamah seseorang itu dalam melakukan ibadah, semakin dekat hubungannya dengan Allah SWT... Kita jangan sangka tak cukup masa, sebenarnya Allah yang memendek dan memanjangkan masa, meluas dan menyempitkan masa bergantung dengan ketentuanNya. Segala yang di dunia adalah makhluk Nya termasuk lah perkataan "mati" itu sendiri dan bila di Mahsyar kelak, Allah akan mematikan "mati" berkenaan di hadapan penghuni2 neraka kerana mereka menyangka selepas dibakar di dalam Neraka, mereka akan mati tapi sebenarnya tidak... Mati itu telah dimatikan. Maka tak ada makhluk yang akan mati di Mahsyar kelak.
..........bersambung vol. 2