Assalamualikum...
Petang sebelum nak berbuka puasa, aku tolong la mak memasak dekat dapur. Aku pergi ke dapur dan melihat mak tengah bersungguh-sungguh sorang2 memasak. Rasa tak berjasa pulak kalau tolong tengok. Hehe... Sempat jgk aku menyelit lalu bertanya:
"Mak, nak tolong boleh?"
"Apa salahnya...", mak menjawab
Aku mundar mandir di sekitar dapur... Tak tahu nak buat apa. Sebab tengok banyak benda yang dah seakan2 nak siap dihidangkan! Secara tak semena-mena lagi, bertanya pula utk kali kedua:
"Mak, nak mintak tolong buat apa?"
"Ha...soalan cepumas. Ko tolong goreng ikan", lantas mak memberikan tugas!
Adesss...lemah betol kalau suruh goreng ikan ni, tp atas dasar kita nak tolong, terpaksa la tolong!!! *aku berbisik dlm hati
Secara profesional dan bergaya, aku menggoreng ikan dengan penuh ketenangan, menghirup bau2 masakan ikan yg sedang dibakar di dalam api bertatangkan minyak masak yg panas membara... Fuyooo...sempat jgk aku bersastera! Hehe
Dalam kepayahan menghayati kesungguhan untuk menghasilkan ikan goreng, teringat akan kepanasan azab api neraka. Aku takot melihat minyak itu membakar ikan seolah2 aku melihat neraka yg sedang membakar manusia. Cuba lah kita renung sekejap dan kita bayangkan ikan itu ialah manusia?!! Bagaimana ya? Ikan itu meraung, menjerit, mengelupas kulitnya, terbeliak matanya, meletup2 anggota seluruhnya kerana dibakar!!!
Cerita ini sekadar muhasabah utk kita sentiasa berhati-hati dgn perbuatan pabila terkenang dan terbayang akan membara nya api NERAKA. Baru tengok api dkt dunia. Tak pyh gi jauh pun takpe, bagi api lighter je dah meraung 2hari 4malam... Inikan pulak sebesar-besar api kan?!! Memang ada sesetengahnya yang tak berapa takot, sebab mereka tak lihat NERAKA tu. Tapi bagi org2 Mukmin, mereka sentiasa yakin dgn azab Allah SWT sehingga kan mereka berserah sepenuh dan sesungguh-sungguhnya kpd Allah azza wajalla...
♫ Allahu Rabbi, Aku tidak layak Ya Allah untuk ke syurgaMu...namun tak pula aku sanggup untuk aku ke NERAKAMU!™ ♫
2 comments:
Subhanallah....satu analogi yg cukup menarik....cuba direnungkan kisah isra' wal mi'rajnya Rasulullah SAW yg dititipkan di dalam alquran, pelbagai gambaran yg Allah perlihatkan kepada baginda sbg 'ibrah(pengajaran) buat manusia yg beriman. Tapi berapa ramai jer yg mahu berfikir???
Alhamdulillah Mr. K...
Seringkali bagi org2 beriman akan terlihat akan 'ibrah nya.mereka tahu akan bahana kedosaan di hadapan mereka, tp ada sesetengahnya kecundang pd jalan kemungkaran!
Kita mengharapkan, Allah menetapkan hati ini dalam jagaanNya!! Jazakallah
Post a Comment